Posted by: manjanik | Jun 23, 2009

UMNO TERENGGANU MENUJU KEHANCURAN, PAS BUAT APA?

Hisham: Krisis Umno T’ganu parah jika berlarutan
Krisis politik Umno akan menimbulkan masalah besar jika pertembungan dua kumpulan – Datuk Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh – terus dibiar berlarutan, kata naib presiden Umno.

“Kalau dibiarkan (kemelut di Terengganu)… Saya lihat ia akan jadi masalah yang besar.

“Kalau pihak ketiga tidak diminta untuk memimpin, mungkin ia tidak dapat diselesaikan,” kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Beliau, kini dilantik pengerusi perhubungan Umno negeri, berkata perpecahan dalam parti itu akibat beberapa personaliti dan pergeseran di beberapa bahagian – dipercayai bermula sejak pilihanraya umum tahun lepas.

“Saya lihat tidaklah mendalam sangat. Ia berkisar kepada personaliti, berkisar kepada sejarah, pada suasana yang berlaku di beberapa bahagian.

“Bukan semua, mungkin tiga bahagian sahaja,” katanya dalam wawancara dengan

Sumber : Utusan Malaysia.

MANJANIK : Apa yang penting PAS Terengganu memberi penumpuan yang khusus terhadap usaha-usaha menambah kepercayaan rakyat kepada PAS.

Jangan lagi lalai dan leka mengatur strategi untuk menawan Terengganu.

Apalah lah sangat nak dibanggakan dengan ramainya pemimpin PAS atasan asal dari Terengganu akan tetapi apabila berpilihan raya rakyat menolaknya.

Inilah masa dan peluang yang ada pada PAS Terengganu. Ayuh bangkitlah…



Responses

  1. kami tak kisah sapa yang menang kami tetap kena pergi kerja kalau tidak tak berasap lah dapur kami…………………….

  2. Jgn ambil tak kisah mr kamal. politik membawa pembangunan juga kehancuran dan jangan biarkan pilitik yang membawa kehancuran menguasai negara kita. Politik yang loni membawa kehancuran adalah umno. Ambil iktibar dari pergaduhan Ultraman dengan Raksaksa hingga menyebabkan stadium runtuh di Terengganu. Dalam kes runtuhan ni tiada siapa yang bersalah, ultraman telah balik ke angkasa manakala raksaksa telah di lontar jauh ke langit oleh ultraman. Oleh itu kes runtuhan tak dapat di selesaikan. ini antara senario Politik umno yang membawa kehancuran. Undi lah PAS. Jangan buat tak kisah.

  3. Pemimpin PAS Terengganu lebih arif dalam hal ini. Apa yang penting lawan tetap lawan Idris Jusoh Binti Umno


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: