Posted by: manjanik | Jun 18, 2009

RM1 bilion Hutang Pusat Kepada Rakyat Kelantan

KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri Datuk Husam Musa berkata mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Beliau berkata menurut laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Kelantan mula menjadi negeri pengeluar minyak sejak 2004 dan sepatutnya mendapat royalti sepertimana negeri pengeluar minyak yang lain iaitu Sabah, Sarawak dan Terengganu, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini.

Husam berkata adalah satu perkara yang sangat memalukan jika kerajaan pusat tidak dapat membayar wang royalti itu lebihlebih lagi kerajaan pusat kini memperkenalkan konsep 1Malaysia, yang mengutamakan rakyat.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai 14 Julai ini, Husam berkata jika Barisan Nasional (BN) benar-benar serius untuk menjadikan agenda kerajaan perpaduan satu realiti, BN tidak perlu meletakkan calon untuk bertanding.

Beliau berkata dengan BN tidak meletakkan calon mereka, ia akan membuktikan keikhlasan BN dalam menjayakan agenda kerajaan perpaduan.

“Kalau serius BN tidak akan letak calon, kalau letak calon juga nampak sangat mereka mainmain mengenai kerajaan perpaduan,” katanya.

Di KUALA LUMPUR, anggota Parlimen Machang Saifuddin Nasution Ismail berkata pakatan pembangkang akan memainkan isu royalti minyak itu pada kempen pilihan raya kecil itu.

“Sekiranya negerinegeri yang lain ini mendapat royalti petroleum, mengapa tidak Kelantan…sekiranya Najib benarbenar ikhlas, saya cadangkan beliau membayar kembali royalti petroleum hak Kelantan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sumber : BERNAMA

MANJANIK : Bila nak bayar? Bila kita kata Kerajaan Pusat diskriminasikan Kelantan, dia kata dok. Ni apa benda?  Pahtu orang semacam ini ke yang kita nak jadi rakan “Kerajaan Perpaduan”? HUH!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: