Posted by: manjanik | Jun 17, 2009

PrK MU – Perlukah BN Bertanding?

Cadang BN tidak tanding Manek Urai

KUALA LUMPUR 16 Jun – Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir (Mantap) mencadangkan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan pada 14 Julai ini.

Presidennya, Mohd. Saiful Adil Mohd. Daud berkata, pilihan raya kecil tersebut hanya akan membazirkan wang dan tenaga jentera BN selain tidak mampu mengubah landskap politik di negeri itu.

“Jika BN memenangi DUN Manek Urai sekalipun, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan signifikan kepada penduduk Kelantan memandangkan penguasaan Pas di negeri itu masih kuat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai pada 6 Julai ini, manakala hari pengundian dijalankan pada 14 Julai sekiranya ada pertandingan.

Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuat kuasa 23 Mei lalu ekoran penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Allahyarham yang mewakili Pas memenangi DUN Manek Urai pada Pilihan Raya Umum 1985, dan pada pilihan raya umum tahun lalu, Ismail mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

BN sebelum ini pernah memenangi kerusi itu menerusi Mohamed Zulkifli pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.

Daripada segi komposisi pengundi, sebanyak 99.2 peratus pengundi di DUN Manek Urai adalah orang Melayu, manakala Cina (0.46 peratus) dan India (0.23 peratus).

Mohd. Saiful berkata, keputusan BN meletakkan calon untuk bertanding dalam DUN Manek Urai akan memberikan lebih banyak kesan negatif kepada penduduk tempatan termasuk dari segi keharmonian dan ketenteraman awam.

“Saya berpendapat BN harus merenung cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang kerajaan perpaduan seterusnya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai.

“Saya khuatir pertandingan BN dalam pilihan raya kecil itu akan memecahbelahkan orang Melayu sendiri dan mewujudkan situasi negatif yang tidak diingini,” katanya.

Menurutnya, keputusan BN tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Penanti, Pulau Pinang pada 31 Mei lalu telah menyebabkan pilihan raya kecil itu dapat dijalankan dalam keadaan yang lancar.

“Kita juga lihat tiada insiden yang tidak baik berlaku pada pilihan raya kecil tersebut,” kata beliau.

Sumber: UtusanOnline


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: