Posted by: manjanik | Jun 11, 2009

Boneka Umno’ suka k’jaan perpaduan – Tok Guru

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka “boneka Umno”.

Beliau juga dilaporkan tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, hari ini dilantik setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan.

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu… keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

“(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

“Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno,” Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, “ia sebenarnya adalah ilham Umno”, lapor Bernama.

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

“Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi,” katanya.

Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

“Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup,” katanya.

“Mana boleh tutup mulut manusia.”

Sumber : Malaysiakini.com


Responses

  1. Dalam mencaturi perjalanan perjuangan pas di masa kini,tidak dapat tidak pandangan TGNA adalah pandangan terbaik dan harus menjadi pegangan untok kesinambungan pas itu sendiri.

    Terlalu banyak kecelaruan,kebiadaban,kekejaman yang telah dilakukan umno terhadap pas.

    Kalau pak mufti sanggup berbohong hanya kerana mahu pas perak bekerjasama dengan umno untok dirikan kjaan negeri dan begitu juga apa yang berlaku terhadap pas selangor yang beria ia mengadakan perbincangan dengan umno
    untok tujuan yang sama tanpa mendapat RESTU dari ahli PAKATAN RAKYAT yang lain maka itu adalah FITNAH yang boleh MENGHANCURKAN PAS.

    Cukuplah dengan KEGAGALAN KJAAN PAS TERENGGANU mempertahankan kemenangan disana. Pejuang pas tidak mahu pisang berbuah dua kali dan tidak mahu dipatuk dua kali pada lubang yang sama..

    PAS perlukan pemimpin yang mempunyai kekuatan daya juang dan komited saperti TGNA
    dan bukan pemimpin yang mudah dipengaruhi oleh juak juak umno yang mahu melihat PAS DIRAGUI KEJUJURAN NYA OLEH GABUNGAN DALAM PAKATAN RAKYAT

  2. Collecting Blogs
    Para blogger yang dihormati,

    Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog2 mengikut kategori masing-masing. Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.

    terima kasih, diatas sokongan.

    I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here, North Krai Latest Blog Headlines lists, kindly leave:

    1. Your blog’s name.
    2. Your blog’s url.
    3. Your blog’s category.

    Thanks for support.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: