Posted by: manjanik | Jun 7, 2009

Nik Aziz: K’jaan perpaduan ‘mengarut’

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai “mengarut”.

“Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.

“Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut,” katanya ketika berucap dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan seorang wakil Hamas, Palestin turut berucap di program yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

Abdul Hadi semasa ucapan dasarnya menyentuh mengenai kesediaan berdialog dengan Umno dan menegaskan keperluan kerajaan perpaduan walaupun agenda itu dibantah dan tidak diterima oleh banyak kalangan dalam PAS.

Nik Aziz berkata, individu dan kerajaan lain tidak kenal Umno sama seperti kerajaan Kelantan.

“(Bagi) otak Umno, di Perak, kerajaan Pakatan Rakyat yang menang dia ambil menjadi kerajaan dia.

“(Jadi) kita perlu matikan Umno habis-habisan,” katanya lagi.

Telur-telur penjajah

Umno adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah Inggeris, tambah Nik Aziz.

Beliau juga mendakwa ada menteri persekutuan yang mengarahkan kakitangan kementeriannya di Kelantan supaya tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

“Inilah (slogan) satu Malaysia kerajaan (Datuk Seri Najib Razak) sekarang ini,” katanya.

Nik Aziz juga berkata, perwakilan muktamar PAS tidak bercakap mengenai ucapan dasar presiden tetapi bercakap perkara lain.

Katanya, beliau sempat mendengar dua atau tiga perwakilan yang membahaskan ucapan dasar presiden semalam.

“Ini restoran, kalau kita masuk restoran kita minta makanan, kita minta minuman.

“Tetapi kita minta minyak silinder, kita hendak betulkan tayar motokar. Ini pelik,” katanya.

“Orang ketawakan kita apabila kita bercakap benda lain di dalam muktamar (PAS).”

Sumber: Malaysiakini.com


Responses

  1. Agaknya apa masalah orang dalam PAS yang sibuk sangat nak berpadu nak bersatu, nak tidur sebantal dengan umNO, dah banyak sepak terajang dan hinaan umNO terhadap PAS tapi pemimpin PAS (beberapa kerat) yang tak sedar diri masih dilihat macam orang gila talak.

    Agaknya ada habuan besar kot atau pun tender tender yang bakal menjadikan kaki gila talak nih kaya raya, tak rugi kalau tak rapat dengan umNO yang memang terang terang takda niat nak jaga agama yang kita sayangi ni.

    Jangan la termakan dakyah kononya berdosa sangat kalau tak jalinkan hubungan dengan umNo
    suruh umNo tu berubah dulu jaga agama ni macam jaga nyawa diorang baru boleh cakap banyak…

    Amaran kepada kaki gila talak dalam PAS kalau tak nak hilang penyokong buat la kerja tak senonoh.

  2. saya dah sepuluh kali review ucapan dasar presiden, tak jumpa pun pasal kerajaan perpaduan ni. boleh bagi reference. yang banyak sebut pasal issue ni UM, BH, TV3, RTM dan blog, itu pun reference pada media lain

  3. Alhamdulillah, Muktamar PAS ke 55 berjalan dengan licin dan sempurna termasuk dalam konteks pemilihan jawatan termasuk Timbalan Presiden. Semua di ketahui umum bahawa YB Ustaz/Tuan Guru Nasaruddin Mat Isa telah mengekalkan jawatannya dengan menewaskan 2 calun lain dengan majoriti 199. Tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan sempurna terutama usaha membawa PAS bermukabalah dengan UMNO bagi mewujudkan Unity Goverment atau Kerajaan Perpaduan.

    Dalam penulisan saya kali ini, saya ingin memfokuskan kepada Jawatankuasa pemilihan atau SPR yang mengendalikan urusan pemilihan pucuk pimpinan Parti. Urusan ini di kendalikan oleh Dato’ Mustapha Ali sebagai Pengerusi dan beliau melantik ramai ahli untuk melicinkan perjalanan pemilihan dan semuanya berjalan licin.

    Perkara yang menimbulkan keraguan saya ialah tidak adanya pemerhati tempat membilang undi. Kita yakin bahawa semuanya ikhlas, tetapi dalam mana-mana pemilihan sekali pun pemerhati tempat membilang undi bagi mewakili calun wajib di adakan walau apa alasan di berikan, ianya wajib di lantik bagi membuktikan ketelusan untuk memilih pimpinan. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia pun meminta di lantik agen-agen untuk polling dan counting agen. Mesyuarat Agung PAS Kawasan pun di lantik wakil calun untuk memerhati pembilangan undi. Ini Muktamar PAS Pusat, kenapa tidak di lantik ??? Atau PAS merasakan semuanya boleh percaya….mana demokrasi yang di laungkan kalau Parti sendiri pun tidak di amalkan dan boleh menimbulkan keraguan. Adakah tidak terfikir bahawa undi 480 yang di perolehi Ustaz Nasaruddin itu adalah undi Dato’ Husam yang sebenarnya ??? saya amat sangsi cara pengendalian pemilihan jawatan parti baru-baru ini… Saya perturunkan beberapa fakta yang meragukan :-

    1 Penolakan perlantikan agen calun oleh PAS Pusat dengan alasan ” TAK KAN TAK PERCAYA KOT ”

    2 Waktu peristiharan Ustaz Nasaruddin sebagai Timbalan Presiden, ianya di sambut dingin oleh perwakilan. Hanya di barisan pemerhati sahaja yang bertakbir.

    3 Setiap kali perwakilan yang berucap menolak unity government berucap, ianya di takbir oleh perwakilan dan sebaliknya pula adalah dingin sambutan.

    4 Kenyataan-kenyataan Dato Mustapha Ali dapat di baca beliau jelas berkempen dan sekali gus memegang Pengerusi Pemilih. Antaranaya beliau menyebut ” SIAPA YANG ACAP KELUAR KENYATAAN DALAM AKHBAR, ITULAH ORANG YANG AKAN KALAH ”

    Kalau lah adanya agenda tertentu pada muktamar kali ini, saya yakin sekali lagi PAS akan mengalami krisis keyakinan di kalangan ahli.
    Kita hanya mampu berdoa semuga PAS terus bersemarak dan mendapat sokongan dari rakyat dan bukan sokongan dari UMNO yang sentiasa mencari peluang memecah belahkan kita semua. TOLAK UMNO DAN TOLAK KERAJAAN PERPADUAN SEBAGAIMANA KATA TOK GURU NIK AZIZ…KERAJAAN PERPADUAN ADALAH KARUT.

  4. saya sokong tuan guru. memang kerajaan perpaduan mengarut. Hj Hadi tak payahlah mengarut sama. Saya menghormati beliau tetapi beliau kena sedar ucapan-ucapan beliau yang sudah-sudah. Saya syorkan Hj hadi dengar balik ceramah dan kuliah beliau sendiri. jangan jadi macam ustaz nakaei.
    Wassalam
    dari bekas Ketua Dewan pemuda PAS Nilam Puri dan Exco Pemuda PAS Kelantan pada akhir tahun lapan puluhan dan awal sembilan puluhan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: