Posted by: manjanik | Mei 27, 2009

PAS yang dituduh rasuah, Umno pula yang didakwa.

Ketua Umno bahagian Pandan dituduh terima rasuah RM200,000

etua UMNO Bahagian Pandan dan anggota Jawatankuasa Tender Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Abd Ghani Ismail (kanan) diiringi polis untuk menghadapi pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.–fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Pandan Abdul Ghani Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap sembilan pertuduhan menerima rasuah lebih RM210,000 daripada seorang pengarah syarikat pelupusan sisa pepejal pada 2007.

Abdul Ghani, 43, yang ketika itu Ketua Pemuda Umno Bahagian Pandan, didakwa sebagai anggota jawatankuasa tender, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, menerima rasuah berjumlah RM210,012 daripada pengarah Pancaran Citra Enterprise, Abdul Rahman Yaacob, sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender mengutip sisa pepejal di kawasan majlis perbandaran itu.

Menurut kertas pertuduhan, tender itu adalah bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju, Taman Kencana, dan kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76b, Desa Pandan dan di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76b, Desa Pandan antara 9 malam 4 Ogos 2006 dan 6 petang hingga 9 malam 31 Mac 2007.

Abdul Ghani turut didakwa terhadap pertuduhan menerima suapan daripada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd, melalui pelantikan Syarikat Lembah Rimbun yang mana dia ada kepentingan, sebagai sub-kontraktor syarikat Dwisakti. Menurut kertas pertuduhan, suapan itu adalah sebagai balasan kerana menolong syarikat Dwisakti mendapatkan tender kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan bandar Pandan Indah daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.

Abdul Ghani yang tidak diwakili peguam memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin yang rendah kerana beliau tidak mempunyai kerja tetap, dan mempunyai tiga orang anak yang perlu ditanggung.

Hakim Rosbiahanin Arifin kemudian menetapkan ikat jamin RM23,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Sumber :BERNAMA


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: