Posted by: manjanik | Mei 26, 2009

DEBAT : Kenapa Zahid Hamidi lari dari Husam?

Debat Husam-Zahid malam ini tak jadi

KUALA LUMPUR: Debat membabitkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Hujah TV9 malam ini tidak menjadi kenyataan.

Husam yang ditemui tengah hari tadi berkata, beliau menerima makluman daripada stesen tersebut bahawa Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak dapat mengambil bahagian dalam program malam ini.

“Saya dah buat persiapan tetapi hari ini saya menerima panggilan daripada TV9 bahawa Zahid tidak dapat datang,” katanya.

Sebaliknya TV9, kata beliau, mengesyorkan nama bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd. Noor yang menyertai Umno setahun lalu, sebagai pengganti.

Bagaimanapun jelas Husam, beliau telah memaklumkan kepada TV9 bahawa sedia untuk berdebat dengan Zahid pada bila-bila masa kelak.

“Saya mahu berdebat dengan Zahid, bukannya Ezam,” kata beliau.

Program tersebut yang dijadual untuk siaran pukul 9.30 malam menyentuh soal Rasuah Politik.

Semalam, Husam telah mengesahkan beliau akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS minggu depan.

Sumber : MStar Online

Rata-rata peminat program Hujah yang dityangkan oleh TV9 kecewa apabila Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno menarik diri di saat-saat akhir. Dato Husam Musa yang sudah bersiap sedia untuk menghadiri prgoram itu juga kecewa dengan tindakan Zahid itu.

Persoalannya kenapa Zahid melarikan diri dari Husam? Ada apa-apa yang ditakutinya ke?  Katanya, ada kes yang melibatkan Zahid dan seorang blogger yang boleh juga dijadikan modal oleh Husam dalam tajuk “RASUAH POLITIK” itu.

Namun apakah segala salah laku itu boleh didiamkan begitu sahaja walaupun tanpa didedahkan oleh TV9?

Menurut satu sumber, Husam sudah bersedia menelanjangi blogger tersebut yang selalu menyerangnya. Kita tunggu pendedahan Husam nanti….


Responses

  1. Zahid lari tak mengapa. Umno tak kecoh, akhbar perdana pun tak kecoh, pemuda umno pun tak kecoh, balaci umno pun tak kecoh. Yang kecoh hanya rakyat yang suka dan kempunan dengan keadilan yang telah hilang dan hilang dan hilang dan lenyap. Apakata kalau Saudara Hj Husam yang lari. Maka segala jentera umno akan hentam, kutuk dan akan menyeret saudara Hj Husam ke mahkamah. Dalam mahkamah bergerak cuping telinga dan kembang lubang hidung pemilik mahkamah mendengar hujah daripada peguam umno yang mengatakan saudara Hj Husam mesti di kenakan tindakan mahkamah. Maka atas dasar KEPENTINGAN AWAM KHAS NYA DAN KEPENTINGAN NEGARA AMNYA satu hukuman dikenakan keatas saudara hj Husam. Apa salah Hj Husam sebenarnya? Aku pun tak tau. Tapi pemilik mahkamah kata Hj Husam bersalah, terima ajelah kenyataan tu. alaaaah, apa nak diherankan, Mat Kilau pun mati kena bunuh, Dato Bahaman pun gitu juga. yang hidupnya siapa? pengkhianat keadilan barangkali. depankubur hampir setiap hari melihat kubur, bilalah karut marut, rasuah, salah guna kuasa, kroni, membazir wang rakyat nie nak berkubur?

  2. mampus zahid dgn mso penulis bodoh tu


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: