Posted by: manjanik | Mei 18, 2009

Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan : Dihukum atau letak jawatan.

Hadi: Tiada politik wang dalam PAS
PAS menafikan wujud amalan politik wang dalam parti itu selepas jawatankuasa hariannya mendengar penjelasan ketua Dewan Ulama, Datuk Mohammad Daud dalam mesyuarat pagi ini.

“Sebarang usaha untuk menembuskan bantera PAS melalui politik kotor terbukti selama ini telah gagal. Kita yakin PAS tidak akan dapat ditembusi dengan amalan politik wang,” kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mesyuarat dewan harian juga mengambil laporan daripada ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh, pengarah pilihanraya parti Datuk Mustafa Ali dan beberapa pemimpin kanan.

“Setelah kita mengumpulkan maklumat dari semua negeri kita dapati tidak ada amalan politik wang dalam PAS,” kata Abdul Hadi lagi dalam satu kenyataan.

Sumber : Malaysiakini.com

KETUA DEWAN ULAMA PAS, Dato Mohamad Daud Iraqi sebelum ini secara jelas mengatakan berlaku politk wang. “Pemberian baju dan jamuan”, itulah matannya. Sekarang ini Datuk Seri Tuan Guru Presiden kata tiada kes. Apakah setakat itu sahaja terhenti tindakannya. Kenapa tiada tindakan tatatertib dikenakan kepada orang yang menjatuhkan maruah parti. Atau kerana orang itu Ketua Ulama maka tindakan itu tidak boleh dikenakan?

Sepatutnya apa sahaja hukuman mesti dikenakan ke atas beliau. Barulah PAS dilihat tidak memilih bulu dalam pendakwaan dan hukuman. Suatu hukuman yang berbentuk pengajaran mesti dibuat supaya tiada lagi anasir-anasir yang boleh memecah belahkan perpaduan parti  selepas ini.

PAS sudah retak jangan sampai ianya terbelah. Ustaz Mat Iraq juga sepatutnya MELETAKKAN JAWATAN KETUA DEWAN ULAMA PAS KELANTAN sekiranya beliau betul-betul bertanggung jawab terhadap apa yang disuarakannya.

Apakah semudah itu untuk kita semua memadamkan dakwaan beliau yang telah menggugat keharmonian parti, menimbulkan resah dan gelisah, kecewa dan marah?

Terserah kepada kepimpinan PAS apakah hukuman yang setimpal yang mesti dikenakan kepada beliau.


Responses

  1. Salam…
    1.PAS ialah parti ciptaan manusia….

    2.YB PAS adalah manusia biasa je….bukan maksum…

    3.Takanla seorang ketua Dewan Ulama cakap tanpa bukti….kalau begitu bagaimana iman dan amal beliau…

    4. Tindakan opocunis….nafikan…

  2. Saya di fahamkan bahawa kenyataan yang di keluarkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan juga Ketua dewan Ulama PAS Negeri kelantan mengenai politik wang yang mempengaruhi pemilihan jawatan dalam PAS berdasarkan kepada dengar cakap=cakap orang.
    Ini termasuk pembahagian baju dan sogokan wang.

    Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat telah menafikan bahawa tidak berlaku politik wang dalam PAS. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Dato’ Presiden setelah menerima maklum lapuran Ketua Dewan Ulama, Ketua Dewan Muslimat dan Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.

    Saya hanya ingin membangkitkan persoalan yang di nyatakan oleh Ketua Dewan Ulama. Ini kerana ianya berkait rapat dengan punca masalah yang di hadapi oleh Parti dan sampai ke peringkat gegak gempita jadinya. Keadaan bertambah gawat apabila UMNO dan SPRM mengambil kesempatan di atas kenyataan yang di keluarkan oleh Dato’ Ketua Dewan Ulama. Masalahnya, kenapa perkara ini dibangkitkan dengan menggunakan Akhbar ? sudah tertutup kah mesyuarat Parti untuk di kemukakan ? Sudah di buat siasatan kah sebelum di keluarkan kenyataan ? Atau kerana ingin menjatuhkan kredibiliti seseorang ? Semua soalan ini hanya perlu di jawab oleh Ketua Dewan Ulama sahaja.

    Suasana haruk pikuk dan haru biru dalam PAS ini seharusnya di ambil tanggungjawab oleh Ketua Dewan Ulama’, Beliau perlu memohon maaf kepada orang yang di tuduh (saya di beri tahu beliau menuduh seseorang berdasarkan kepada bisik-bisik dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan ……). Tuduhan ini jelas berunsur fitnah dan mahu menjatuhkan seseorang. Kalau elemen ini berterusan dalam Jamaah. lambat laun akan hancurlah Parti kita. Jangan sembelih seekor demi seekor ayam dalam Got. Lama-kelamaan tinggal got sahaja. Ayam habis di sembelih.

    Di sini saya ingin mencadangkan jalan terbaik buat Ustaz Dato’ Muhamad Iraq, pertama mohon maaf secara terbuka atas kenyataannya termasuk orang yang di tuduh. Yang kedua meletakkan semua jawatan dalam parti. Begitu juga orang yang menjadi punca haru biru dengan membisik kepada Ustaz Mat Iraq, letak lah jawatan secara terhormat sebelum di telanjangkan secara terbuka. Jangan lah fitnah memakan tuannya sendiri. Fikir lah, renunglah dan bertindaklah secara rasional untuk kepentingan Jamaah,

  3. Ustaz Mohamad Daud Iraqi bercakap dalam ucapan Dasar Muktamar Dewan Ulama. Umum ahli parti mengetahui Muktamar adalah Medan Muhasabah, medan teguran kepada ahli-ahli. Di mana salahnya seorang Ketua Dewan Ulama bercakap kepada ahli-ahlinya tentang perangai ahli PAS akhir-akhir ini yang mirip kepada perangai umno. Salahkah dia menegur dalam ucapan dasarnya ? Beliau bukan membuat Press Statement seperti Naib Presiden yang mempersoal hala tuju partinya sendiri, di mana thiqah Naib Presiden kepada Kepimpinannya, sedarkah Naib presiden yang dia bukannya duduk dalam UMNO tetapi dia berada dalam Jemaah Islam yang mempunyai adab, displin dan prinsip jemaah. Adakah ucapan Naib Presiden ini betul dengan akhlak dan adab berjemaah ?

    Silap Ustaz Mohamad Daud Iraqi ialah beliau tidak menyedari yang muktamar Dewan Ulama turut dihadiri oleh Press, dan petikan ucapannya diambil kesempatan oleh akhbar untuk dimanupulasi. Kenapa perlu pimpinan PAS yang lain melenting dan mengeluarkan kenyataan ? Terasakah ?

    Seperkara lagi, Naib Presiden juga seorang yang tidak faham adab dan displin jemaah bila melantik seorang pegawai media (http://www.kickdefella.wordpress.com) yang memperlekeh dan memfitnah pimpinan PAS sesuka hati, siapa dia untuk mengulas isu dalaman PAS ?

    Kalau Ustaz Nik Abduh dianggap tidak betul kerana mengeluarkan kenyataan terbuka melalui blognya, apa kurangnya pembantu-pembantu Naib Presiden ? Bahkan mereka inilah perintis mendedahkan hal dalaman jemaah melalui blog, memperlekeh Tuan Guru Presiden.

    Macam mana nak meletakkan Profesional di hierarki Timbalan Presiden sekiranya akhlak dan adabnya seolah-olah orang yang jahil tentang adab dalam jemaah Islam.

    Wallahua’lam

    P/s : Minta approve sekiranya admin seorang yang adil, tentu admin faham apa konsep adil.

    MANJANIK

    Jangan memutar belitkan apa yang telah Dato Mat Iraq sudah nyatakan. Apakah bukan suatu tuduhan apabila mengatakan “Pemberian baju dan mengadakan jamuan? Kenapa tidak dibuktikan selepas Dewan Harian Pusat memanggil beliau?

    Lagipun selepas kenyataan pertama, beliau mengeluarkan pula kenyataan kedua dengan melarikan isu lagi. “Kawan-kawan yang bagitahu”. Apakah dengan mendengar berita sahaja maka kita buat tuduhan? Kalau dah tahu salaha kenyataan kita maka kenapa masih nak pertahankan kenyataan pertama itu?

    Di mana asas kita semasa menerima berita?

    “BODOH” lah sekiranya kita tidak tahu ada wartawan di dalam muktamar semasa perasmian. Lagipun kenapa tidak diberitahu dalam mesyuarat Dewan Ulama, Dewan Harian, Lajnah Politik atau bagitahu kepada Peresiden sendiri?

    Ingat tak dahulu semasa muktamar di Pengkalan Chepa apabila beliau juga mendedahkan strategi PAS “supaya memindah pengundi”. Mujur disekat oleh pengerusi tetap. Dimana letaknya kebijaksanaan pemimpin dalam hal ini?

    Kedua; Majlis Syura Ulama telah memperakui bahawa sesiapa sahaja boleh bertanding. Akan tetapi Datok Mat masih membuat kenyataan yang berlawanan dengan keputusan Syura.

    Ketiga: Sudah dua kali Dato Mat memohon maaf kepada Husam Musa. Apakah cukup dengan mohon maaf sahaja sedangkan berita yang beliau sebarkan hampir memusnahkan parti? Kenapa tidak mohon maaf secara terbuka? Menarik balik kenyataan yang tidak betul itu?

    Perangai UMNO ialah menuduh tanpa bukti. Bukankah itu fitnah? kemudian menyusahkan parti dengan kenyataan kita. kemudian tidak bertanggungjawab dengan apa yang kita kata. Kalau tidak betul apa yang dikatakan kenapa tidak saman akhbar terbabit?

    Ingatlah saudara! mujur ada orang menegur dengan pena bukan dengan pedang sebagaimana teguran terhadap khalifah Umar.

  4. Memang Mat Iraq pandai tuduh tak pandai bukti!!

    Boleh cabar Mat Iraq bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa tuduhan beliau tu benar. Dok dengar kaki lima terus tuduh. Baca Quran pandai

    “Bila satu berita kita terima kita kena periksa dulu (siasat) la dulu, lepas buat la pertuduhan dan lepas tu ambil tindakan”.

    Jika berani. Buat apa minta maaf dengan Dewan Harian PAS Pusat. Sampai angkat kedua-dua belah tangan mohon maaf. Apa cerita.

    Sampai wartawan di Kl tanya, tak berani nak jawab. Ketua Dewan Ulamak apa? Tuduh tanpa bukti.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: