Posted by: manjanik | Mei 15, 2009

KENAPA ULAMA PAS SUKA MEMBUAT KENYATAAN BERUNSUR FITNAH

PELIK SUNGGUH! Kenapa segelintir ulama PAS suka sangat mengeluarkan kenyataan yang samar-samar dan berbau fitnah. Dulu tidaklah sampai sebegini jadinya. Setiap kenyataan yang dikeluarkan sekarang ini sentiasa sahaja menjadi kontroversi dan dipertikaikan oleh orang lain. Apa yang sebenarnya mereka mahukan?

Apakah sudah tertutup lubang-lubang di dalam PAS untuk diselesaikan secara dalaman sehingga perlu di laporkan kepada akhbar? Akhbar-akhbar arus perdana yang KAMU kutuk dan boikot suatu masa dahulu itulah, sekarang ini yang KAMU terhegeh-hegeh memanggil mereka  untuk dibuat kenyataan. Apakah sebenarnya pendirian KAMU?

Banyak lagi isu yang Ulama PAS perlu memberi tumpuan. Semenjak Pakatan Rakyat memerintah di beberapa negeri, sudah berapa kali KAMU menziarahi dan berjumpa dan berbincang dengan para pimpinan kerajaan negeri tersebut? Isu mengekalkan anak yang belum cukup umur dalam agama asal ibubapa mereka, di mana KAMU sebenarnya? Isu murtad, masalah sosial hatta isu orang bukan Islam membaca ayat Al-Quranpun KAMU mendiamkan diri. Hanya Tok Guru Nik Abdul Aziz sahaja yang bertungkus lumus mempertahankannya. Di mana KAMU sebenarnya?

Sekarang ini isu orang Bukan Islam mahu menjadi ahli PAS, macamana dengan pandangan KAMU? Inipun tak boleh diselesaikan. Tetapi kalau isu menghentam sesama sendiri cepat pula KAMU sensitifnya.

Akhir-akhir ini dilihat seolah-olah KAMU mengambil alih kerja-kerja orang jahil – mengfitnah dan mengeluarkan kenyataan yang kabur dan samar. Kerja ULAMAkah ini? Syuk u”zhan(sangka buruk) lebih banyak dari bersangka baik.

INGAT! Dewan Ulama bukan kerana individu tetapi kerana institusinya. Jangan sampai rakyat tidak lagi menghormati KAMU kerana kerja-kerja bodoh KAMU. Di dalam muktamar yang lalu pernah KAMU dedahkan kerja-kerja pilihanraya yang bersifat strategi kepada umum. Sekarang KAMU dedahkan pula kononnya ada unsur politik wang dan rasuah politik. Inilah kerja-kerja bodoh sebenarnya.

Sekarang kita cabar, sila laporkan kepada SPRM sekiranya dakwaan KAMU benar. Silakannnnn….. Jangan membuat tuduhan sehinggakan parti menjadi kelam kabut dengan kenyataan bodoh KAMU. Kalau nak berhenti, berhenti sahajalah jangan menyusahkan ahli dan parti PAS dengan sikap tidak keharuan KAMU itu.

PAS ada tempatnya untuk meluahkan apa yang dirasakan perlu diambil tindakan. Takkanlah KAMU sebagai seorang pemimpin tertinggi parti tidak tahu peraturan itu.

INGATLAH! PAS bukan hak KAMU seorang sehingga sewenang-wenangnya KAMU memecah belahkan pengikutnya. Jangan sampai ada lagi sejarah hitam yang orang akan ingat sampai bila-bila bahawa ULAMA PASLAH YANG MENGHANCURKAN PARTI INI.

Di mana sejarah Hassan Adli, Nakhaie, Mustaffa Taib, Nor Deris, Mohamad Che Wook, Mahmud Zuhdi, Ismail Machang, Hj Ghazali dan ramai lagi orang-orang yang seperti KAMU berada sekarang ini. Insaflah petunjuk Allah SWT amat luas dan DIA akan beri kepada siapa yang DIA mahukan.

PERINGATAN : KAMU adalah merujuk kepada orang yang bersikap sedemikian sahaja.


Responses

  1. Kalaulah ulama yg menegur hal rasuah dikatakan membuat kenyataan berunsur fitnah, apatah lagi kalau aku yg ingatkan tentang rasuah mungkin 1000X dikatakan fitnah!
    Aku yg digolongan bukan ulama baru saja bersama2 PAS pada tahun 78 merasa hairan dng keadaan segelintir pimpinan sekarang ini, kerana sebelum ini tidak pernah kedengaran pun berlakunya perkara sedemikian! Mungkinkah cubaan Tuhan dengan sedikit kemenangan, dan sesetengahnya pula terlampau teruja dengan kekuasan di dunia yg dah sangat dekat!
    Adakah manasabah golongan yg memertabatkan perjuangan PAS masa susah dan senang , yg memperingati perkara rasuah diburuk sangkakan menghancurkan parti? yg melakukan rasuah tu bagaimana pulak?

  2. setuju kembalikan PAS YANG SAMA

  3. Itu ulama dunia namanya.Ulama akhirat tinggi akhlak mereka.Ulama akhirat seperti Imam Saffiee,Imam Malik,Imam Ahmad Hanbal dan Imam Hanafi dan Ats-TsuriNilailah ahklak mereka ini dengan ulama2 PAS itu.

  4. Assalamu’alaykum,

    Ulama boleh ditegur kerana mereka insan biasa yang bukan maksum macam nabi. Cuma gunakan adab menegur yang sepatutnya agar barakah kita sebagai ummah yang mahukan Islam tidak terjejas.

    Apa alasan menggunakan perkataan KAMU yang diMERAHkan pula itu?

    Cara kita menegur anak kecil dan remaja tidak sama. Cara kita menegur adik beradik dan ibubapa tidak sama. Begitu jugalah dengan cara menegur ulama.

    Ada masa mereka melakukan kesilapan, maka kita ingatkan mereka dengan cara yang baik. Lagikan Firaun Allah berpesan kepada Musa a.s agar berlemah lembut.

  5. semua saudaraku,usahlah menghentam para ulama dan profesional buat masa sebelum muktamar,simpanlah idea dan keritikan membena itu selepas ia berakhir.InsyaALLAH keritikan itu akan menjadi lebih jujur.

  6. MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sabtu (23/05/2009)

    7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

    8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

    Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

    Timbalan Presiden PKPIM

    9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

    10:45 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

    2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (1).

    4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (2).

    6:00 petang : Makan Malam

    7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

    9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    10:00 malam : Minum malam & Berehat

    Ahad (24/05/2009)

    4:00 pagi : Qiamullail

    6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

    8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    10:30 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

    Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

    Presiden PKPIM

    1:00 tghari : Makan Tengahari

    2:00 petang : (Check-out)

    Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

    Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
    Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

    …MOHON SEBARAN…
    ‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’

    ” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT

    Explore posts in the same categories: Majlis Ilmu
    This entry was posted on 14 Mei 2009 at 1:11 pm and is filed under Majlis Ilmu. You can subscribe via RSS 2.0 feed to this post’s comments.

    Tags: Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim, Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari, Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi, Aqidah Mursyidah, bertalaqqi, Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir, Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas, KITAB TURATH, Kolej Dar Hikmah, PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM), Universiti Al-Azhar

    http://pondokhabib.wordpress.com/2009/05/14/majlis-pengajian-intensif-kitab-turath-itiqad-aswj-siri-2/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: