Saya merasa hairan dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.
Namun undang-undang memperuntukkan dibawah Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman”.
Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).
Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.
Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.
Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.
Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.
Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.
Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.
Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.
Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa “melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu” (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).
Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.
Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.
Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!
Saya khuatir keputusan Haim Datuk Ramly akan mengujudkan satu “precedent” baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini.
Mahkamah UMNO BN lagi berkuasa dari segala Mahkamah yang ada di Malaysia, bahkan di dunia. Tetapi hanya satu Mahkamah yang Mahkamah UMNO BN takut. Kita Hukum mereka dengan MAHKAMAH RAKYAT.
By: amri on Mei 13, 2009
at 1:08 pm
Ya, satu lagi “anak haram” yang dilahirkan dari satu “persetubuhan haram”..masing-masing tidak ada status yang jelas!
Bangang BN!
By: Zane on Mei 13, 2009
at 1:32 pm
minta kebenaran tuan blog untuk copy paste article ni untuk komen di cina islam
MANJANIK
Silakan……
By: ctj on Mei 13, 2009
at 2:11 pm
Aku kesiankan si Ali, bapak kepada Ramly… penat dia sara hidup masa belajar kat universiti dulu. Rupa-rupanya kaki ‘penjilat’ butuh puak-puak UMNO jugak kamu ya, Ramly…. Ramly, Ramly… aku ingat ngko dulu masa belajar tentu kaki meniru dalam tandas ni… dalam degree tinggi-tinggi tapi otak masih jugak duk kat kepala lutut.
By: mesopotamia on Mei 14, 2009
at 8:33 am
MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]
MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]
Anjuran :
PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
&
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
OBJEKTIF :
* Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
* Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
* Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
* Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.
TEMA :
Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.
TARIKH :
23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H
TEMPAT :
Kolej Dar Hikmah,
Jalan Sungai Ramal Dalam,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan
TENAGA PENGAJAR :
1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
SASARAN :
Seramai 150 orang yang terdiri dari:
* Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
* Orang Awam
* Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang
YURAN MURAH :
RM 15 [INDIVIDU]
MODUS OPERANDI :
Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).
(Talaqqi kitab/Pembentangan/)
TENTATIF PROGRAM
Sabtu (23/05/2009)
7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran
8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;
Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli
Timbalan Presiden PKPIM
9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).
10:45 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor
2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Kitab Mukhtasor (1).
4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Kitab Mukhtasor (2).
6:00 petang : Makan Malam
7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’
9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi
Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).
10:00 malam : Minum malam & Berehat
Ahad (24/05/2009)
4:00 pagi : Qiamullail
6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi
8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
10:30 pagi : Minum pagi
11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah
12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;
Saudara Mohd Hilmi B. Ramli
Presiden PKPIM
1:00 tghari : Makan Tengahari
2:00 petang : (Check-out)
Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;
Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
Saudari Izzah Khanani [013-2197192]
…MOHON SEBARAN…
‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’
” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT
http://pondokhabib.wordpress.com
By: ana on Mei 14, 2009
at 11:17 am
‘RAKYAT DI DAHULUKAN’, hahaha, anak aedes belum meningkat remaja dah nampak ada yang tak betul dengan slogan ni. Kalau rakyat didahulukan takkan Perak jadi kalut macam ni. Cuma, definasi ‘rakyat’ tidak pernah diperjelaskan. Siapakah yang dimaksudkan dengan rakyat? Rasanya, Islam Hadhari lama gak bertahan.
By: depankubur on Mei 14, 2009
at 1:21 pm