Posted by: manjanik | Mei 12, 2009

NIZAR : SIREH PULANG KE GAGANG

Nizar, Exco masuk pejabat

KAWAL…Pasukan FRU bersiap-sedia mengawal perkarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)Perak sejak semalam.
BINCANG… MB Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berbincang dengan pihak polis sebelum memasuki bangunan SUK pagi tadi. Foto mStar Online Oleh:G.MANIMARAN

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama lapan Exconya memasuki bangunan SUK pagi tadi – kira-kira 16 jam selepas mahkamah mengisytiharkan beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Mereka dibenarkan melepasi pintu pagar bangunan itu, yang dikawal ketat oleh pasukan FRU sejak petang semalam, pada pukul 7.31 pagi.

Pasukan keselamatan hanya membenarkan Nizar dan Exco memasuki kawasan dalam premis tersebut. Media dilarang.

Ia merupakan urusan rasmi kedua sejak keputusan mahkamah petang semalam.

Tengah malam tadi beliau mempengerusikan mesyuarat Exco di pejabat PAS Perak, yang terletak berhampiran dengan bangunan SUK.

Turut bersama rombongan itu pagi ini ialah V. Sivakumar yang Khamis lalu disingkirkan oleh Barisan Nasional (BN) daripada kedudukan Speaker DUN.

Selepas berada di bangunan SUK kira-kira 15 minit Nizar keluar untuk menuju ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis pengurniaan pingat oleh Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

Sumber : MStar Online

YAB DATO’ SERI HJ NIZAR MULAKAN TUGAS SEMULA DI PEJABATNYA

Pagi ini lebih kurang 7.45 pagi YAB Dato’ Seri Hj Nizar kembali bertugas di Pejabat Menteri Besar. Beliau diiringi oleh EXCO-EXCO Pakatan Rakyat, Setiausaha Politik dan pegawai-pegawai khasnya. Kedatangan Dato’ Seri disambut oleh En. Asri, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia di pintu pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Pintu pagar masih dikawal dengan ketat oleh pihak polis dan FRU.

Sesampainya Dato’ Seri di pejabatnya, beliau disambut oleh En. Shamsuzaman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan juga beberapa pegawai yang lain. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri tidak ada di pejabatnya ketika Hj Nizar memasuki pejabat MB.

Kembalinya semula YAB Dato’ Seri dan seluruh exco dialu-alukan oleh sebahagian besar pegawai dan kakitangan kerajaan negeri. Mereka turut melambai-lambai tangan dari koridor pejabat menyambut ketibaan kami.

Antara tugas pertama YAB Dato’ Seri Hj Nizar sebaik masuk pejabat ialah menyampaikan surat pengantungan kerja Dato’ Abdul Rahman Hashim sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dato’ Ahmad Kamal bin Md Shahid sebagai Penasihat Undang-undang. Penggantungan ini berkuatkuasa serta merta sehingga diberitahu kelak. Beliau turut melantik Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Jamaluddin Al Amini untuk menjalankan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri.

Sumber : blog Setiausaha Politik Menteri Besar Perak
http://misabah.blogspot.com/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: