Posted by: manjanik | Mei 8, 2009

Dah agak dah PEWARIS pengecut

Debat GMI diteruskan tanpa PEWARIS
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap akan meneruskan debat “ISA: Halal atau Haram” pada jam 3 petang Sabtu ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

GMI sebelum ini telah mencabar Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) untuk menyertainya untuk berdebat mengenai sejauh mana Islamik atau tidak, akta tersebut.

PEWARIS kemudiannya memberi cadangan balas dengan menawarkan idea agar perdebatan itu ditukar kepada perbincangan dan ia disiarkan secara langsung di stesen Radio 24 milik agensi berita nasional Bernama.

“PEWARIS sebagai pembahas debat jemputan, telah mengemukakan maklum balas mereka kepada GMI melalui satu perbincangan Selasa lalu, diikuti dengan surat faks pejabat GMI pada tarikh yang sama,” kata Presiden GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

“PEWARIS menyatakan sikap mereka untuk sedia berbincang dengan syarat-syarat tertentu yang berlainan daripada pendekatan debat yang dicadangkan.

“GMI menganggap ini sebagai satu penolakan terhadap tawaran debat yang asal,” kata Syed Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, GMI kesal PEWARIS tidak dapat menyahut tawaran debat berkenaan.

“Sedangkan perdebatan secara terbuka, bersemuka dan berdepan dengan khalayak ramai merupakan medan percambahan pendapat serta pandangan yang sihat selagi mana hujah masing-masing dapat dibentangkan dengan jelas, rasional, jujur dan bertanggungjawab,” katanya.

‘Pendebat rakyat’

Malah, tegasnya, melalui perdebatan sedemikian membolehkan rakyat menumpu terus kepada isu pokok dan membuat penilaian secara matang berdasar kepada pembentangan hujah yang kukuh.

“PEWARIS telah dengan lantang mendakwa ISA diperlukan untuk mempertahankan Islam di negara ini.

“GMI telah sekian lama menegaskan bahawa ISA adalah akta zalim, kejam dan haram daripada pandangan Islam.

“Dari sudut inilah seharusnya PEWARIS bersikap bertanggungjawab menjelaskan kepada masyarakat tentang pendirian dan hujah mereka sebagaimana GMI komited dan bertanggungjawab menjelaskan pandangannya.

“Ruang debat ini merupakan peluang terbaik lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir ini ISA menjadi buah mulut percakapan orang ramai,” tambahnya.

Namun begitu, Syed Ibrahim berkata, GMI tetap komited untuk meneruskan debat demi mewujudkan pertukaran pendapat yang sihat di kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, katanya, GMI menjemput rakyat hadir mendengar perbahasan secara langsung dan berinteraksi dengan Wakil GMI – ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib yang juga bekas tahanan ISA.

“GMI juga secara terbuka menjemput PEWARIS dan mana-mana pihak yang mempertahankan undang-undang lapuk ISA untuk hadir,” katanya.

Sumber : Malaysiakini.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: