Posted by: manjanik | Mei 7, 2009

“1 Black Malaysia” Bergema di Perak

ADUN, MP Pakatan ditahan polis
Persidangan DUN Perak yang dinanti-nantikan – yang menentukan hidup mati pentadbiran menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan kestabilan kerajaan pencabarnya Datuk Zambry Abd Kadir – bermula seawal menjelang subuh hari ini apabila sekumpulan 200 penyokong PAS mengadakan solat hajat di Manjoi, beberapa kilometer dari pusat bandar Ipoh.

Berikut perkembangan terkini di Perak:

9.00am Ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong – yang ditahan – dibawa di dalam trak polis.

Mereka menjerit “1Black Malaysia”, “bubar DUN” dan “reformasi.”

8.50am Sekurang-kurangnya 11 orang ditahan polis, termasuk ahli parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin, ADUN Teratai (Selangor) Janice Lee dan ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

8.40am Semua lebih kurang berada di perkarangan lobi bangunan Umno Perak, beberapa kilometer dari bangunan DUN. Sepanduk yang direntang berbunyi, antaranya, “kami anti penderhaka, pertahankan hak rakyat, biarkan DUN bersidang dengan aman.”

Mereka juga melaungkan “daulat tuanku.”

8.35am Mohamad Nizar dan semua ADUN Pakatan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Semua pengawal peribadi mereka disekat masuk di pintu utama. Pemandu dibenarkan masuk.

8.30am Semua ADUN Barisan Nasional tiba di Bangunan Perak Darul Ridzuan dalam sebuah bas. Mereka disambut oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang berpakaian hitam di luar bangunan tersebut – yang menempatkan DUN Perak.

Tiga orang ditahan polis, termasuk ADUN Ayer Keroh (Melaka) Khoo Poay Tiong.

7.55am Kira-kira 100 penyokong BN berkumpul di bangunan Umno, beberapa kilometer dari bangunan DUN Perak.

7.45am Kawalan keselamatan ketat di Bangunan Perak Darul Ridzuan – yang menempatkan DUN Perak – bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada hari pertama persidangan yang akan dibuka secara rasmi oleh Raja Muda Perak.

Sumber : Malaysiakini.com

PERKEMBANGAN SIDANG DUN PERAK
KENDERAAN yang membawa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Mohammad Nizar Jamaluddin tiba di kawasan bangunan SUK Perak kira-kira pukul 8.25 pagi tadi.

BERIKUT adalah perkembangan terkini persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak:

9.25 pagi: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tiba di pekarangan bangunan SUK dan menerima tabik hormat dengan diiringi Speaker DUN, V Sivakumar dan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri.

9.20 pagi: Speaker DUN Perak, V Sivakumar tiba di pekarangan bangunan SUK dan menerima tabik hormat dengan diiringi Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri.

9.05 pagi: Seramai 11 individu yang ditahan kerana menimbulkan kekecohan dibawa keluar dari kawasan bangunan SUK menggunakan trak polis.

8.50 pagi: Ahli Parlimen Ampang dari PKR, Zuraida Kamaruddin dan ADUN Teratai dari DAP, Jenice Lee adalah antara 11 individu yang ditahan polis kerana menimbulkan kekecohan menjelang perasmian sidang DUN Perak.

8.45 pagi: Pembantu khas kepada ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP, P Sugumara ditahan polis di pekarangan bangunan SUK.

8.25 pagi: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memasuki kawasan bangunan SUK, diikuti beberapa ADUN daripada Pakatan Rakyat.

8.15 pagi: Tiga individu yang memakai kemeja T tertera mesej ‘Kembalikan Hak Rakyat’ ditahan pihak polis.

7.30 pagi: Kakitangan bangunan SUK mula memasuki pejabat masing-masing

Sumber : MStarOnline


Responses

  1. JADUAL PENGAJIAN ILMU BULAN MEI
    2009
    Tarikh: 14 Jumadilawal 1430H/ 9 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi
    Lokasi: Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Dato Haji Salleh Haji Ahmad dan al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin
    Kitab: Iqna’ (Dato Haji Salleh) dan Jauharatut Tauhid (Ustaz Zamihan)

    Tarikh: 15 Jumadilawal 1430H/ 10 Mei 2009M (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30malam
    Lokasi: Masjid Baitulaman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
    Kitab: Hashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)

    Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30malam
    Lokasi: Masjid Baitulaman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Najmuddin al-Khered
    Kitab: Ad-Da’wah at-Tammah wa at-Tazkirah al-‘Ammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. salam manjanik,

    saya menyarankan agar tuan tidak menggunakan perkataan ‘bekas menteri besar’ kepada ir Nizar. Gunakanlah panggilan ‘menteri besar rakyat yang sah Datuk Ir Mohammad Nizar ….’

    Sekarang kata-kata menteri besar rakyat yang sah Datuk Ir Mohammad Nizar, sekiranya tidak di bubarkan dun maka krisis politik akan berlanjutan sudah mula menampakkan kebenaranya. BN daripada awal lagi terpaksa menggunakan senjata api. Apabila anggota keselamatan turut terlibat dalam politik, maka senjata api akan digunakan. Mereka akan datang dengan membawa senjata di pinggang. Apakah munkin senjata tidak akan digunakan apabila terdesak? Siapa boleh jamin ia tidak digunakan? Malah sekiranya digunakan maka pemimpin tertinggi keselamatan akan menyokong pengguna senjata tersebut. Kita tengok peristiwa yang berlaku di Kelantan semasa perlawanan bola sepak baru-baru ini. Apabila ada pemuda terkena serpihan peluru gas pemedih mata. Apa pemimpin tertinggi keselamatan kata?

    Sekarang amat jelas penggunaan senjata api itu penting pada BN dalam menyelesaikan isu Perak. Ia disokong pula oleh beberapa ‘perkara’ lain yang ada kepentingan ekonomi peribadi di Perak.

    depankubur nak bertanya kepada Tuan Menjanik, berapa negara yang ucapkan taniah dengan perlantikan PM baru?

    MANJANIK

    Terima kasih di atas ingatan depankubur. Sya bersetuju dengan saranan itu. Cuma apa yang di paparkan itu adalah berita dari sumber malaysiakini bukan dari manjanik sendiri. Apa-apapun saya mohon maaf. terima kasih sekali lagi kepada depankubur.

  3. Setiap kejadian yang berlaku itu ada hikmah sebaliknya, agar kita bermuhasabah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: