Posted by: manjanik | Mei 6, 2009

KEPIMPINAN ULAMA : PENJELASAN TOK GURU NIK AZIZ

Gandingan ulama, profesional terajui gerakan Islam – Nik Aziz

KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) – Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.

“Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.

“Mereka sebarkan kefahaman itu di sekolah sehingga ke universiti. Sedangkan agama dan politik adalah perkara yang satu tidak boleh diasing-asingkan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Oleh itu beliau berkata, golongan ulama dan profesional merupakan orang yang sama dalam menerajui gerakan Islam dewasa ini.

“Sepatutnya tidak berlaku kekecohan seperti sekarang kerana kita sudah lama wujud gabungan antara ulama dan profesional yang mempunyai asas agama.

“Kita sudah lama gabungkan di antara ulama dan profesional. Saya tidak faham kerana apa pula timbul cerita ini,” ujarnya.

Ditanya takrifan ulama hanya mereka yang mendapat pendidikan formal dalam bidang agama katanya, itu merupakan fahaman lama ketika agama Islam baru masuk ke Tanah Melayu.

Sumber : Harakahdaily

Responses

  1. Huraian Ulamak suku, Profesional suku atau Ulamak terasing daripada Profesional adalah pandangan yang berasaskan Ugama suku, politik suku iaitu ajaran sekular yang memang dianut oleh politik UMNO. Jadi yang menghebohkan perkara ini adalah surat khabar UMNO. Kalau orang PAS terperangkap dengan hal ini maka bermakna orang PAS sudah masuk perangkap UMNO yang dipasang oleh akhbar mereka. Orang PAS kena sedar dan cerdik dalam hal ini. JANGAN MASUK PERANGKAP UMNO. Memang itu yang UMNO mahu. Seperti Iblis mahu manusia (anak cucu Adam) ikut dia masuk neraka. UMNO mahu PAS huru hara seperti dia. Itu sahaja.
    Jadi penulis-penulis blog yang tersahut perangai surat khabar UMNO harap bertaubat dan tulis balik perkara yang berfaedah atas konsep “Bertolong bantu untuk kebaikan dan bukan bertolong bantu untuk kejahatan/keburukan. Sekian TK

  2. Saya sekali lagi terpanggil untuk memberikan komen mengenai konsep kepimpinan Ulamak dalam PAS. Apa yang di sebut oleh Tok Guru betul dan bertepatan dengan konsep asal yang di putuskan oleh Muktamar pada tahun 1983. Oleh itu sebarang pertikaian mengenai konsep ini harus di fahami oleh segenap lapisan dalam PAS.

    Masalahnya Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat sendiri tidak faham atau buat-buat tidak faham mengenai konsep ini. Misalnya pada 5 Mei 2009 beliau menyebut dalam pertemuan dengan Pengelola dan Pegawai-pegawai Dakwah Halaqah, Ulama perlu di pertahankan untuk terus memimpin PAS sebab sudah ada golongan yang cuba mengenepikan pimpinan Ulama dalam PAS. Kenyataan ini jelas membayangkan ada golongan dalam PAS yang mahu menjatuhkan kepimpinan Ulama.

    Sepanjang saya berada dalam PAS semenjak tahun 1978, hingga sekarang tidak pernah berlaku sebarang usaha menjatuhkan pimpinan kecuali pemimpin yang cuba membawa PAS kearah yang tidak betul. Pemilihan pimpinan di semua peringkat pula berlaku dalam suasana bersaudara dan tidak berkempen. Ini kerana semua ahli PAS sedar bahawa memegang jawatan adalah amanah dan sesiapa yang tidak menjalankan amanah, maka jawapannya NERAKA.

    Sewaktu tidak ada kerajaan, tidak ada yang mahu memegang jawatan kecuali terpaksa. Saya masih teringat pada tahun 1982, Tok Guru beberapa kali menolak untuk menerima jawatan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Keadaan ini menyebabkan Dewan Pemuda PAS Kelantan terpaksa memberi kata dua kepada Tok Guru iaitu ” KALAU MENOLAK JAWATAN PESURUHJAYA PAS KELANTAN, TOK GURU MENGKHIANATI PERJUANGAN “. Situasi ini menyebabkan Tok Guru akur dengan keputusan Jemaah dan menerima jawatan Peseuruhjaya sampai ke hari ini. Keikhlasan ini jelas tergambar kepada Tok Guru dan ahli-ahli PAS kelantan bahawa jawatan bukan lah perkara penting. Yang penting hala tuju perjuangan Islam dan jangan sampai orang luar menuduh PAS dengan UMNO sama sahaja bila berebut jawatan. Masing-masing berusaha mendapatkan jawatan walau dengan apa cara sekali pun sampai ada sanggup memfitnah sesama sendiri, surat layang dan melaga-lagakan sesama pimpinan. Ertinya Kerja UMNO telah di ambil alih oleh pihak tertentu dalam PAS yang saya yakin mempunyai agenda tersendiri.

    Pada kesimpulannya, sepanjang tempoh 31 tahun bersama PAS dan masih kental untuk berjuang, saya ingin menyeru semua ahli-ahli PAS hentikanlah melebel golongan Ulama dan profesional kerana konsep kepimpinan Ulama telah pun jelas dan telah pun di fahami tanpa keraguan. Hentikanlah membuat polemik melalui akhbar dan blog yang boleh memecah belah PAS. Perlembagaan PAS jelas semua ahli PAS adalah layak di calun, mencalun, memilih dan di pilih. Ikut perlembagaan Parti, PASTI SELAMAT. Saya mengalami banyak pahit, getir, onak dan duri dalam mengharungi liku-liku perjuangan Islam ini dan saya tidak rela Jemaah yang sama-sama kita sayangi hancur berkecai akibat ribut dalam cawan. Jangan biarkan UMNO mengambil kesempatan meletakkan BAJJI untuk menghancurkan kita.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: