Posted by: manjanik | Mei 5, 2009

DIAMLAH!! AKHBAR PERDANA SEDANG MEROSAKKAN PAS

PAS: Husam ‘puasa’, enggan komen soal parti

JELI: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang sebelum ini ‘membayangkan’ akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan pada Muktamar parti Jun ini, enggan lagi menyentuh soal parti bagi mengelak timbul salah faham di kalangan anggota parti itu.husam2

Beliau juga enggan mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menegaskan hanya golongan ulama profesional yang layak memegang jawatan presiden dan timbalan presiden parti.

“Saya sekarang ‘berpuasa’ daripada bercakap soal parti. Lagi banyak ia dibincangkan dalam akhbar lagi menimbulkan keresahan kepada anggota parti.

“Tumpuan utama saya adalah soal perpaduan parti supaya imej PAS tidak terjejas menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu melawat mangsa kebakaran melibatkan 13 rumah di Blok Tanah Merah, Kampung Ayer Lanas, di sini Jumaat lalu.

Sumber : MStaronline.

MANJANIK : Bagi orang-orang yang sayangkan parti, berhentilah dari membuat kenyataan yang tidak menguntungkan kita. Forum terbaik adalah selesaikan secara dalaman.

Sedar atau tidak, media massa yang tidak pernah memberi sokongan kepada kita bahkan sentiasa memutar belitkan apa saja berita mengenai kita, sedang tersenyum melihat “kita berlaga” sesama sendiri.

Yang berdarahnya kita, yang patahnya kita dan yang bodohnyapun  adalah kita.

Hebatkah kita kerana sedang menelanjangi tubuh kita sendiri? Hebatkah kita kerana telah berjaya melemah dan menghancurkan parti kita sendiri?

Belajar setinggi mana sekalipun kalau otak pemikiran kita letak duduk di kepala lutut, ianya akan menjadi masalah kepada perjuangan parti.

Kalaulah kenyataan Tok Guru Nik Abdul Azizpun mereka sanggup memutarbelitkan maka tiada jaminan langsung terhadap kenyataan pemimpin-pemimpin kerdil tidak diperlakukan sedemikian. Oleh itu serahkanlah kepada pemimpin-pemimpin agong kita untuk menguruskannya. Jangan di kusut masaikan lagi pemikiran ahli dan rakyat yang menyokong kita.

Orang yang berada di atas tidak sama “rasa”nya dengan orang yang berada di bawah. Orang yang berada di atas itu ada yang tidak pernah merasakan pahit jerih Pak Mat, Pak Leh yang menoreh getah dan menanam padi kemudiannya memberi infak kepada parti Islam ini.

Ada di kalangan mereka datang kerana turun temurun dan ada di kalangan mereka datang kerana ilmu serta sudah terkenal. Pak Mat dan Pak Leh masih tetap seperti dulu, marilah siapapun mereka akan tetap dengan PAS dan memberi infak kepada parti yang mereka sayangi.

Cuma, harapan mereka kepada pimpinan parti, sayangilah parti ini sebagaimana sayangnya mereka.

Berilah kepercayaan kepada kepada pimpinan atasan kita untuk menyelesaikannya. Kita ada Mursyidul Am dan timbalannya, kita ada Majlis Syura, Jawatankuasa PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Mereka mampu menyelesaikannya.

Tahniahlah Dato Husam kerana tidak mengikut rentak media massa yang agendanya adalah MELEMAH DAN MENGHANCURKAN PAS.


Responses

  1. Saya rasa cara Husam ‘berpuasa’ adalah antara cara terbaik. Nampak sangat akhbar perdana ingin menutup isu Penanti dan cuba menyorok muka umno dalam tempayan budu. Daripada kita bercakap, berbincang atau berdebat mengenai isu dalaman parti, lebih baik kita berhujah dengan isu yang memalukan negara diperingkat antarabangsa. Nak harapkan PM kita membersih nama negara, belum tentu lagi dia akan berbuat demikian.
    wassalam.

    MANJANIK

    Bersetuju sangat dengan pandangan depankubur. Kalau kita teruskan bermakna kita sedang menggali kubur. Pihak lawan kita sudah lama mahukan kita berkubur.

  2. JADUAL PENGAJIAN ILMU BULAN MEI 2009

    Tarikh: 14 Jumadilawal 1430H/ 9 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi
    Lokasi: Masjid al-Muhsinin, Taman Danau Desa, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Dato Haji Salleh Haji Ahmad dan al-Fadhil Ustaz Haji Zamihan Mat Zin
    Kitab: Iqna’ (Dato Haji Salleh) dan Jauharatut Tauhid (Ustaz Zamihan)

    Tarikh: 15 Jumadilawal 1430H/ 10 Mei 2009M (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    Tarikh: 21 Jumadilawal 1430H/ 16 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30malam
    Lokasi: Masjid Baitulaman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
    Kitab: Hashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)

    Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Ahad)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zam Zam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
    Kitab: Sairus Salikin Jilid 1

    Tarikh: 22 Jumadilawal 1430H/ 17 Mei 2009M (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib – 9.30malam
    Lokasi: Masjid Baitulaman, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Najmuddin al-Khered
    Kitab: Ad-Da’wah at-Tammah wa at-Tazkirah al-‘Ammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)

    http://pondokhabib.wordpress.com

  3. Saya bersetuju dengan saranan supaya isu-isu dalaman parti hanyalah diperbincang di dalam parti. Tidak semudahnya diperlaung kepada umum. Pasti, kelak, ia akan disalahertikan daripada hasrat asal si pelaung itu.

    Bak orang-orang berumahtangga, selesaikanlah hal di dalam kain hanya sesama suami dan isteri. Jangan mudah dicanang-canang kepada yang lain. Kelak, entah hal kain lain pula diketahui orang.

    Wallahu’alam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: