Posted by: manjanik | Mei 3, 2009

Soi Lek Pula Nak “Lari” Dari MCA.

KLUANG 2 Mei – Pucuk pimpinan MCA perlu menangani sendiri isu membabitkan spekulasi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan melompat parti dan menyertai pakatan pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, isu itu timbul mungkin disebabkan masalah yang telah lama terbuku di hati Soi Lek yang perlu dilihat dan didekati pucuk pimpinan MCA.

Menurutnya, selaku rakan lamanya, beliau berasa sedih jika bekas Menteri Kesihatan itu benar-benar berhasrat keluar MCA dan menyertai pembangkang.

”Ini kerana Soi Lek merupakan seorang pejuang yang memahami sangat apa yang telah kita perjuangkan di bawah Barisan Nasional (BN) sekian lama,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat jawatankuasa UMNO Sembrong di Taman Sri Lambak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai kemungkinan Soi Lek yang juga Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan akan keluar parti dan menyertai pembangkang.

Kenyataan Soi Lek dipetik dalam laman portal The Nut Graph baru-baru ini.

Mengenai anak Soi Lek, Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis (BN) mungkin menuruti langkah bapanya, Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, adalah tidak wajar jika Tee Yong bertindak demikian.

”Kita berada dalam parti dan menjadi wakil rakyat bukan kerana hubungan keluarga tetapi disebabkan tanggungjawab dan amanah kepada orang ramai,” katanya.

Sumber : UtusanOnline

Kenapa jadi begini? Mesti ada apa-apa ni. Kalau tidak masakan pokok bergoncang pula. Angin mana, ribut mana yang melanda Soi Lek sekarang? Makin peninglah BN.

Walaupun begitu ianya telah dinafikan oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri. Tiada apa-apa katanya. Betul ke tiada apa-apa.

Kita tunggu dan lihat lah sejauh mana sebenarnya berita ini.


Responses

  1. Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden

    Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

    Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

    Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

    Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.
    Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

    Kenapa ya?

    Nik d sah berdalih dengan hujah-hujahnya. Kalau dia anak jantan berterus terang sahaja dia bencikan Husam kerana sejak Husam jadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat.

    Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh. Tak payah sandiwara lagi. Ini semua hal dunia dan daak da kaitan dengan Ulama, membela Islam atau Perpaduan Melayu.

    Dulu Nik Abduh bukan main lantang tuduh Husam rasuah sehinggakan dia tersembam dalam keaiban depan ayahandanya sendiri sebab tu dendam kesumat tak habis-habis.

    (Nak baca lagi, gi ke http://kisahbenar.wordpress.com)

  2. Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad

    Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

    Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.

    Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:

    Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
    Hari Sabtu 16 May 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
    Hari Ahad 17 May 2009 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’

    http://pondokhabib.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: