Posted by: manjanik | Mei 1, 2009

Kepimpinan Ulama – Fatah Sanggah Mat Iraqi

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap.

Kepimpinan ulama yang sebenarnya ialah kombinasi antara kalangan ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti, katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau, juga ADUN Bukit Tuku, diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamad Daud yang mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden diberi kepada ulama bagi
memastikan kesinambungan masa depan parti.

Abdul Fatah berpendapat saranan Mohamad itu tidak berbangkit kerana kombinasi antara dua golongan itu penting jika PAS mahu terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa.

Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda PAS pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam.

“Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli PAS mahu PAS hanya dimonopoli oleh golongan ulama,” Abdul Fatah dipetik berkata hari ini.

Semalam Mohamad dilaporkan berkata, kepimpinan tertinggi PAS perlu diterajui golongan ulama.

“Orang nombor satu (presiden) dan nombor dua (timbalan presiden) mesti ulama.

“Sebab kalau orang nombor satu ada tugasan lain, seperti cuti, sakit dan sebagainya, tugasnya mesti diambil oleh orang nombor dua,” Mohamad dilaporkan berkata.

Beberapa tokoh PAS yang bukan daripada golongan ulama kini disebut-sebut berminat mencabar penyandangnya Nasharuddin Mat Isa.

Nama-nama yang dicalonkan itu termasuklah dua naib presidennya Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Sumber : Malaysiakini.com

JENGOK PERLEMBAGAAN, INGAT SEJARAH

Abdul Fatah Hj Haron adalah Exco pemuda PAS Pusat pada masa gagasan kepimpinan Ulama di ketengahkan ke dalam parti PAS. Beliau adalah di antara orang yang terlibat dengan muktamar di Bukit Mertajam pada masa itu.

Sebenarnya konsep kepimpinan Ulama adalah konsep yang cukup baik dan terbukti ianya bersesuaian dengan iklim politik di negara ini. Apa yang perlu diperjelaskan ialah apakah benar apabila konsep itu diterima pakai maka semua kepimpinan utama di dalam segenap dewan yang ada di dalam PAS mesti di pimpin oleh golongan yang berpendidikan agama khususnya Ulama?

Bagaimana dengan Dewan Pemuda selepas Uszat Abu Bakar Chik? Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Solahuddin Ayub, mereka bukan dari golongan ulama? Bagaimana kepimpinan mereka? Sah atau tidak?. Terkeluar dari Jamaahkah kepimpinan mereka?

Dan sayugia dingatkan, bahawa Ustaz Mohamad Daud Iraqi juga pernah kalah kepada Mohamad Sabu di Kubang Kerian semasa merebut jawatan Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan.

Ustaz Mat Iraqi juga berpendapat kepimpinan nombor satu dan dua di semua peringkat mestilah ulama.

Masalahnya apa yang berlaku sekarang ini, tidak seperti mana yang beliau sarankan. Bukan sehaja sekarang ini, dulupun tidak berlaku begitu.

Contohnya, PAS Kawasan Tumpat, Pasir Mas, Rantau Panjang, Ketereh, Kota Bharu, Jeli, Gua Musang, Pasir Putih, Kuala Krai, Machang, Kubang Kerian, Tanah Merah dan Bachok semuanya adalah tidak memenuhi syarat yang Mat Iraq mahukan.

Ada di kalangan kawasan itu yang YDPnya adalah Ulama tetapi timbalannya bukan dari kalangan ulama. Dan ada juga setengahnya YDPnya bukan dari kalangan ulama manakala Timbalannya adalah ulama. Salahkah?

Sekiranya PAS di Kelantan sendiri yang mempunyai 14 kawasan hanya 1 kawasan(Pengkalan Chepa) sahaja yang mengikut syarat Mat Iraq, maka bagaimana dengan negeri-negeri lain.

Dua penggal yang lepas, Datuk Mustafa Ali pernah juga bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden bersama dengan Ustaz Hassan Shukri yang akhirnya di menangi oleh Ustaz Hassan Shukri.

Pada masa itu tidak timbulpun bukan ulama tidak boleh merebut jawatan Timbalan Presiden.

Persoalannya adakah dalam satu jamaah Islam ini, hanya ulama sahaja yang boleh memimpin sedangkan ada juga di kalangan mereka apabila di beri amanah hanya duduk diam di rumah sahaja.

Ulama  sebenarnya adalah pengawal yang menjaga supaya mana-mana orang yang memimpin tidak “tergelecoh” dari landasan kepimpinan Islam. Sekiranya ulama yang memimpin kemudian “tergelecoh” dari landasan itu, maka mereka juga wajib diperbetulkan.

Walau bagaimanapun, apa yang penting, sepatutnya Ustaz Mat Iraq perlu merujuk kepada perlembagaan PAS dahulu sebelum membuat kenyataan yang kontroversi.

LIHAT PERLEMBAGAAN PAS apakah konsep kepimpinan ulama yang beliau sebutkan itu sama dengan apa yang ada di dalam perlembagaan.

Dan apa yang lebih penting lagi, samada ulama atau bukan ulama yang menerajui kepimpinan PAS di nombor satu atau nombor dua, JANGANLAH mengheret PAS berada di bawah kerajaan BN selagi mereka tidak mahu bersama Islam.

Apalah gunanya “Kerajaan Perpaduan” kalaulah dalam PAS sendiri “parti perpecahan”. Bodoh sangatkah Umno untuk memberi jawatan-jawatan utama kepada PAS?. Kita bukan sedang berlakon filem hindustan.

Sanggupkah ulama-ulama kita berada di bawah Najib Razak dek kerana kepingin sangat kepada Kerajaan Perpaduan?

Janganlah jadi Pak Kadok, yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran, ayam ditangan terlepas, tahi juga dalam gengaman.


Responses

  1. Ulamak. Siapakah ulamak? apakah kriteria yang perlu ada pada seserang untuk di gelar atau di panggil ulamak. Adakah ia terdiri daripada cendikiawan yang dahulunya belajar lughah atau usuluddin atau syariah dimana2 universiti. kebanyakannya sekarang ini, yang kita panggil ulamak adalah pendakwah yang selalu menyampaikan dakwahnya di mana-mana saja. Adakah cara pengiktirafan ini betul?

    Apakah tidak mungkin seorang doktor, jurutera, saintis, peguam, arkitek, akauntan, atau mana-mana tenaga pakar boleh digelar ulamak sekiranya mereka belajar daripada mana-mana guru yang mengajar ilmu berkenaan agama dan kemudian mereka pula menyampai ilmu agama tersebut kepada masyarakat.

    Kanyataan Datuk Mohamad Daud terlalu sempit dan menyempitkan laluan kepada golongan ulamak professional untuk sama-sama mentadbir dan membawa PAS kehadapan. Pemikiran sebegini sepatutnya telah dikeluarkan daripada kepala Datuk Mohamad Daud lama dahulu setelah PAS menawan Kelantan.

  2. Cadangan Ustaz Datuk Mohamad Daud ada pro dan kontra. Mungkin beliau melihat PAS akan datang boleh menang keseluruhan kerusi PRU. Jadi beliau risau, golongan ulama akan di cah keting oleh golongan profesional pada masa akan datang. Siapa tahu kan.. Tidur satu bantal pun boleh mimpi lain-lain.

  3. salam..
    cek nak tanya? ada beza ka golongan ulama dengan golongan ulama dalam Pas? sapa yang letak garis perbezaan antara ulama dngn profesional nie? ish2

    kalo golongan profesional 2 pandai agama, tak ke dinamakan ulama?

    seolah-olah ulama takkan jadi profesional dan sebaliknya. pikir la dulu sebelum tulis.

    sory, kalo bahasa kasar..

  4. Akum..Jijol

    Sebelum nak tulis apa-apa…baca biar faham dulu.. pastu baru komen. Apa yang saudara tulis tu saya sendiri tak faham…baba mana yang bercanggah dengan apa yang saudara komen tu… OK. apa-apapun tq..

  5. Tok Guru pernah sebut dulu ” Kerajaan Kelantan mahu melahirkan Ulama’ yang boleh mengajar kitab dan dia seorang Jurutera, seorang doktor, seorang akauntan, seorang ahli sains, seorang usahawan dan pakar pelbagai bidang. Sebab itulah di wujudkan Sekolah Tahfiz Sains di Kelantan. Oleh itu kena fahamlah konsep Ulama terlebih dahulu sebelum membuat komen.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: