Posted by: manjanik | April 30, 2009

19 TAHUN PEMBANTU DAN TOK GURU SESAT?

Persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Nik Abduh adalah berkaitan dengan pembantu-pembantu Tok Guru yang memberi nasihat tidak betul dan sesat terutama dalam soal Unity Government.

Saya terkilan apabila perkataan SESAT kepada orang yang membantu Tok Guru sampai bertahan 19 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan keluar dari tulisan anakndanya sendiri.

Masalahnya sekarang PAS sudah kedepan dalam situasi politik negara, PAS juga telah menerima berbondong-bondong dari orang bukan Islam melalui Kelab Penyokong dan PAS juga mempunyai identiti yang telah di terima oleh orang Islam.  Tiba-tiba dalam keadaan ini anak Tok Guru sendiri yang mengatakan pembantu-pembantu Tok Guru sesat….

Saya tidak pandai bermain-main kata dan tidak juga mempunyai Ilmu Agama yang banyak. Namun saya mencari Ilmu dan setiap pagi Jumaat berguru dengan Tok Guru semenjak tahun 1978 waktu di dewan Zul lagi.

Sepanjang pengajaran Tok Guru di pagi Jumaat sehingga habis Tafsiran 6666 ayat dua tahun lepas,  perkataan SESAT hanya di tujukan kepada orang-orang yang mengkhianati Islam dan sentiasa berusaha memusnahkannya.

Namun apabila Ustaz Nik Abduh menyebut perkataan SESAT kepada pembantu-pembantu Tok Guru dengan kes tidak bersetuju dengan UNITY GOVERMENT maka amat sukarlah untuk di terima oleh sebahagian Pemimpin dan penyokong PAS.  Gambaran ini seolah-olah sesiapa yang menentang Kerajaan Perpaduan adalah SESAT.

Dalam keadaan sekarang, perkara pokok yang harus di fikirkan bagaimana menguatkan Jemaah bagi mempertahankan Kerajaan Kelantan. Putaran sekarang adalah sama saperti tahun 1999 – 2004. Pilihanraya 2004 kita begitu menjunam dek merasa kuat selepas pilihanraya 1999.

INGAT ! Mustapha Muhamad adalah seorang yang membuat kerja dalam senyap dan berperaturan.  Kekuatan UMNO 2004 adalah di bawah pimpinan Mustapha Muhamad. Jadi dalam keadaan sekarang tumpuan utama kita adalah kearah memperkukuhkan parti bukan melemahkannya…..

Email pilihan oleh: Yasyaari

Advertisements

Responses

  1. Apabila saya membaca artikel diatas, rasa terpanggil juga untuk menyatakan sikap setengah pemimpin PAS yang mempunyai gelaran ustaz. Kadang-kadang mereka ini terlalu mudah melemparkan kata-kata yang boleh menyinggung orang lain, seolah-olah mereka ini tidak tahu dan tidak mahir pasal pentadbiran, psaikology, terminology, perkara yang macam ni buat saya rasa menyampah berada dalam PAS. Cakap perkara yang berkaitan agama berdegar-degar, tapi bila nak cakap bagaimana nak membangunakan kawsan kontang langsung tak tahu. saya minta tolong berubah, berubah jadi ustaz yang berkualiti.

  2. Anda gagal memahami gaya bahasa dan kebetahan Nik Abduh dalam berbicara. Seni bahasanya nampak agak sukar, tetapi bukan mustahil untuk difahami.

    SESAT yang dimaksudkan disitu bukanlah kesesatan total, tapi sesat dalam memandu arah dan menasihat. Adalah terlebih baik sekiranya kalian yang masih curiga atau tidak faham akan hal ini berjumpa sendiri dgn Nik Abduh. Minta penjelasan secara depan-depan.

  3. Majlis Haul Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani di Melaka
    Assalamualaikum…

    Pengumuman & Jemputan Khas
    Buat Tuan-Tuan & Puan-Puan, Muslimin & Muslimat Yang di DiRahmati Alllah
    Ke

    Majlis Haul

    Syeikh Abdul Qodir Al-Jilani Rodhiallaahu Ta’aala ‘Anhu

    Tarikh :
    3 Mei 2009 (Ahad)

    Jam :
    10 Pagi

    Tempat :
    Surau Jemaah Pdg Kemunting, Pengkalan Balak , Melaka

    Tetamu Khas :

    Syeikh Afifuddin Al-Jilani
    Keturunan ke 36 Syeikh Abd Qadir Al Jilani

    Maklumat Lanjut Sila Hubungi :

    Kamarul

    012-6393481

    Terima kasih, Wasalam.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  4. Seorang yang bergelar pemimpin hendaklah mengucapkan sesuatu (tulisan atau lisan) dalam bahasa yang jelas kepada masyarakat umum. Supaya ia dapat mengelak timbulnya kekeliruan, bila ada kekeliruan, maka adalah spekulasi.

    Bila spekulasi berlaku, maka berlakulah polemik yang berpanjangan sehinggakan melahirkan persepsi yang negatif. Bila persepsi negatif menguasai masyarakat atau ahli, maka timbullah pula krisis keyakinan yang mana natijahnya ditolak ahli dan masyarakat.

    mudahnya,

    Bahasa tidak jelas —-> keliru —-> fitnah —> polemik —-> persepsi negatif —-> krisis keyakinan —-> Ditolak ahli/masyarakat

    Solusi,

    1. Bahasa hendaklah difahami oleh semua lapisan masyarakat (dari petani, nelayan, peniaga hinggalah ke intelektual)

    2. Mesej mesti jelas dan senang difahami sekaligus diterima.

    3. Bila ada kekeliruan, mesti dipadamkan dengan seberapa segera. Jangan lebih dari tiga (3) hari.

    “Janganlah kamu saling memutuskan hubungan silaturahim, janganlah kamu saling belakang-membelakangi, janganlah kamu saling benci-membenci dan janganlah kamu saling hasad dengki. (Sebaliknya) jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim itu memulaukan saudaranya (yang mukmin) melebihi tiga hari”. (Hadis riwayat Imam Malik, Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)

    Mesej ikhlas dari;
    Ikatan Peniaga Mee Celup Bersatu (I-Celup)

  5. biasalah ni mesti penyokong kelompok pembantu2 yang dimaksudkan

  6. […] Meanwhile, Brother Manjanik posted an interesting email he received here,  […]

  7. EMPUNYA BLOG INI SENGAJA MENGELIRUKAN ISU PEMBANTU SESAT.

    MAKSUD NIK ABDUH TULIS PEMBANTU SESAT IALAH MEMBERIKAN MAKLUMAT YANG SALAH KEPADA TOK GURU NIK AZIZ DALAM BEBERAPA PERKARA ANTARANYA ISU MUZAKARAH DAN UNITY GOVERMENT.

    BUKAN SEPANJANG MASA 18 TAHUN SESAT.

    TAKLIMAT KEPADA TOK GURU HAL KAMBING JAPNAPARI PUN MAKLUMAT TAK BETUL. SEBAB TU ORANG KELANTAN RAMAI KENA PENYAKIT DARAH TINGGI DAN LEMAH JANTUNG SEKARANG KERANA BANYAK MAKAN DAGING KAMBING JAPNAPARI YANG DIPROJEKKAN OLEH DATO HUSAM.

    SEPATUTNYA BELI BAKA KAMBING KO. BENIH DEPU KO, KERAJAAN KELANTAN KENA KELUARKAN TENDER BAGI MENDAPATKAN HARGA YANG MURAH, DENGAN KUALITI YANG BAIK.

    BUKAN BELI BAKA DAN BENIH MELALUI KENALAN APABILA DIPERKENALKAN OLEH KAMCENG.
    ITULAH ANTARA MAKSUD PEMBANTU SESAT.

    PEMBELIAN BAKA DAN BENIH HAMPIR SEJUTA DIBUAT TANPA TENDER TERBUKA ADALAH KAEDAH PENGURUSAN YANG SALAH DALAM SESESUAH KERAJAAN. MANA TANGGUNG JAWAB SEORANG EXCO YANG DIAKATAKAN BERSIH DAN BERWIBAWA?????????

    MANJANIK MENJAWAB
    Akum saudara,

    OK kita terimalah alasan saudara bahawa hanya sesat kepada isu unity goverment dan muqabalah. Persoalannya, kenapa perbincangan itu dibuat seca sembunyi-sembunyi?. Kenapa tidak dimaklumkan kepada Mursyidul Am atau kepada Jawatankuasa Harian dahulu? Ambil mandat siapa? Parti PAS ni kita seorang ke yang punya. Bila terdesak baru mahu jumpa Tok Guru Nik Aziz.

    PERSOALAN PALING BESAR IALAH : KENAPA AGENDA BERUNDING DENGAN UMNO TIDAK DAPATKAN MANDAT PARTI TERLEBIH DAHULU?.

    Lagipun, sejarah hubungan PAS dengan Umno dahulu(Kerajaan Campuran), PAS bukan berunding dengan Umno tetapi PAS berunding dengan BN. BN yang pilih dan hantar wakilnya.
    Pastu bagi alasan pula, “kita berunding dengan Pak Lah. Kalau dengan Najib kita tidak mahu bentuk Unity Goverment sebab Najib belum bersih. Apa kebenda Berunding dengan parti ke dengan individu?”.

    Apakah dengan agenda penubuhan kerajaan unity goverment itu maka Umno terima Islam? BN macamana? Tok Guru Nik Aziz kata “kalau hari ini Umno/BN terima Islam, esok kita sokong mereka selalu”. Apa motif sebenar pembentukan kerajaan tersebut selepas RAKYAT mulai memercayai dan menyakini PAS mampu menjadi “leader”. Jangan jadi pengkhianat kepada kepercayaan rakyat.

    Apa yang saudara sebut di atas adalah TIDAK BENAR. Saya telah menghubungi pihak yang terbabit dengan depu(Karas, Gaharu) menanyakan apa yang saudara tuduhkan. Setakat ini pihak kerajaan tidak pernah membeli dan menjual anak-anak pokok karas dan tidak pernah mengeluarkan wang berjuta ringgit bagi tujuan tersebut. Pihak swasta yang terlibat iaitu syarikat AgarWood.

    Sila saudara nyatakan agensi kerajaan mana yang mengeluarkan perbelanjaan berjuta ringgit itu? Kitapun nak tau supaya tidak menjadi fitnah.

    Sekarang ini, Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK Sawit) sedang mengusahakan tanaman itu seluas 500 ekar di Gua Musang dan membeli anak benih dengan pelbagai pihak. Sila tanya PMBK Sawit.

    Ke dua soal kambing japnapari itu(SAYA TELAH BERTANYA KEPADA PIHAK APKB), saya difahamkan perusahaan ternakan itu di jalankan oleh sebuah pertubuhan NGO, Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia(APKB). Mereka memohon tanah ternakan seluas 300 ekar dan kerajaan telah luluskan 100 ekar bagi tujuan tersebut.

    Kambing di beri kepada orang kampung secara pawah. Semua kemudahan dan pasarana ladang tersebut di tanggung oleh APKB tidak terlibat dengan wang kerajaan. BUKTIKAN berlaku salah guna wang kerajaan dalam hal ini. BPR telah masuk dan menyiasat, akhirnya tiada apa-apa salah laku APKB.

    Ramai orang keliru tentang japnapari. Sebenarnya RAKYAT mendapat dua sumber untuk menternak kambing tersebut. Pertama dari sistem pawah APKB dan keduanya dari sumber kerajaan negeri.

    Kerajaan negeri pula tidak pernah membeli hatta seekorpun dari Jihad Ternak iaitu anak syarikat APKB. Kerajaan negeri telah mendapat tawaran dari beberapa syarikat dan membelinya dari mereka.

    Sila saudara nyatakan dokumen sokongan di atas dakwaan yang saudara buat itu supaya saudara bukan tergolong dari orang-orang yang membawa berita fasik.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: