Kepada tak kira siapalah, mana-mana isu yang boleh melemahkan parti maka berhentilah dari sama-sama telanjang menelanjangi antara satu sama lain. Parti kita tidak berbudaya begitu apatah lagi Agama kitapun tak ajar begitu. Tiada siapa yang untung akan tetapi kita semua yang rugi.
Kita berhadapan dengan Umno dan BN. Itu jelas. Jadi yang jelas itu jangan pula dikaburkan.
Dalam keadaan berbodong-bodong orang bukan Islam menghampiri kita, adalah dirasakan tidak cerdik kita meliarkan mereka kembali dengan cara kita – samada ego atau mentah!.
Berlapang dadalah sekiranya kita berjamaahkan parti Islam. Yang alim adalah pemimpin dan yang jahil adalah pengikut. Yang alim jangan merosakkan kealimannya kerana yang jahil mahu mengikut mereka. Sayangilah ilmu kita yang tidak dianugerahkan oleh Allah SWT kepada orang yang jahil.
Sahabat-sahabat yang turut serta dalam memperbahaskan isu tersebut juga perlu berhati-hati jangan sampai kita berbalah sesama sendiri.
Ingatlah PRU 13 bukanlah lambat lagi. Kita perlu bersiap ke arah itu.
Kembalilah kiambang jangan biarkan rumput-rumput menghalang ukhuwah kita!
Persoalan yang dibangkitkan oleh Ustaz Nik Abduh adalah berkaitan dengan pembantu-pembantu Tok Guru yang memberi nasihat tidak betul dan sesat terutama dalam soal Unity Government. Saya terkilan apabila perkataan SESAT kepada orang yang membantu Tok Guru sampai bertahan 19 tahun sebagai Menteri Besar Kelantan keluar dari tulisan anakndanya sendiri.
Masalahnya sekarang PAS sudah kedepan dalam situasi politik negara, PAS juga telah menerima berbondong-bondong dari orang bukan Islam melalui Kelab Penyokong dan PAS juga mempunyai identiti yang telah di terima oleh orang Islam. Tiba-tiba dalam keadaan ini anak Tok Guru sendiri yang mengatakan pembantu-pembantu Tok Guru sesat….
Saya tidak pandai bermain-main kata dan tidak juga mempunyai Ilmu Agama yang banyak. Namun saya mencari Ilmu dan setiap pagi Jumaat berguru dengan Tok Guru semenjak tahun 1978 waktu di dewan Zul lagi. Sepanjang pengajaran Tok Guru di pagi Jumaat sehingga habis Tafsiran 6666 ayat dua tahun lepas, perkataan SESAT hanya di tujukan kepada orang-orang yang mengkhianati Islam dan sentiasa berusaha memusnahkannya.
Namun apabila Ustaz Nik Abduh menyebut perkataan SESAT kepada pembantu-pembantu Tok Guru dengan kes tidak bersetuju dengan UNITY GOVERMENT maka amat sukarlah untuk di terima oleh sebahagian Pemimpin dan penyokong PAS. Gambaran ini seolah-olah sesiapa yang menentang Kerajaan Perpaduan adalah SESAT.
Dalam keadaan sekarang, perkara pokok yang harus di fikirkan bagaimana menguatkan Jemaah bagi mempertahankan Kerajaan Kelantan. Putaran sekarang adalah sama saperti tahun 1999 – 2004. Pilihanraya 2004 kita begitu menjunam dek merasa kuat selepas pilihanraya 1999. INGAT ! Mustapha Muhamad adalah seorang yang membuat kerja dalam senyap dan berperaturan. Kekuatan UMNO 2004 adalah di bawah pimpinan Mustapha Muhamad. Jadi dalam keadaan sekarang tumpuan utama kita adalah kearah memperkukuhkan parti bukan melemahkannya…..
By: Yasyaari on April 29, 2009
at 11:22 am
Apabila ulasan mengena pada diri kita, atau jiran kita, atau orang dekat dengan kita atau bos kita, maka melentinglah kita membaham, mengaum dan macam-macam lagi untuk menyatakan tidak bersetuju.
Tetapi jika perkara seperti itu mengena pada bukan puak kita, bukan kita, bukan jiran kita, bukan bos kita, maka kita ni pun merasa puas hati yang amat sangat. Baru padan muka, memang betul …… Gembira sakan kita, sebab apa ??? sebab bukan KITA,
Nik Abduh mengolah dailog antaranya dengan ayahnya. Bukan soal Unity Goverment. Tetapi contoh dalam UG, ada pembantu menasihat atau memberikan maklumat salah. Apabila TGNA keluar kenyataan berbalahan dengan TGHH, maka puas hati pemberi maklumat.
kalian semua perlu paham coretan Nik Abduh dalam blognya. tapi aku juga tertanya-tanya siapa mentor Nik Abduh ni.
By: Manjakani Plus on Mei 1, 2009
at 1:12 pm