Posted by: manjanik | April 28, 2009

DEBAT GMI VS PEWARIS – Siapa yang tidak akan hadir?

PEWARIS bincang jemputan debat GMI
Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) akan berbincang mengenai jemputan untuk mengambil bahagian dalam debat mengenai ISA anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 9 Mei depan.

Timbalan Pengerusi 11 PEWARIS, Rahimuddin Md Harun berkata jawatankuasa badan bukan kerajaan itu akan mengadakan perbincangan itu secepat.

Beliau membayangkan keputusan sama ada menerima jemputan tersebut akan diketahui sama ada hari ini ataupun esok.

“Saya secara peribadi bersedia menerima jemputan tersebut. Kita nak beranjak buat apa? Itulah yang kita perjuangkan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Debat bertajuk ‘Debat ISA: Haram atau Halal?’ akan diadakan di Auditorium Dewan Sivik MPPJ mulai jam 3 petang.

Menurut kenyataan GMI semalam, PEWARIS dijemput untuk mempertahan ISA ekoran dakwaannya bahawa ISA diperlukan untuk mempertahankan Islam.

PEWARIS menyifatkan diri sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan Islam di negara ini dan berkecuali dari mana-mana fahaman politik.

Selaras dengan semangat kebebasan bersuara, GMI berhartap PEWARIS akan menerima jemputan tersebut.

Menjawab soalan, Rahimuddin berkata, beliau secara peribadi tidak ada masalah dengan tajuk yang dipilih bagi debat tersebut.

“Tetapi bagi pihak PEWARIS, kita kena minta komen daripada rakan-rakan kita,” tambahnya.

Sumber : Malaysiakini.com

MANJANIK – Hmmmmm….. Adalah nanti alasan yang akan dibuat untuk tidak hadir. Apa yang pasti “MEREKA” hanya berani berkokok diluar gelanggang sahaja dan menjadi  “juara report polis” sahaja.

Tengoklah nantii….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: