Posted by: manjanik | April 27, 2009

SPR Semakin “Celaru Mental”

Apa sudah jadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia? Semakin hari semakin menjadi-jadi peningnya. Nyanyukpun ada. Yang disuruh tak buat yang dilarang itu yang dikerjakannya.

Di manakah cadangan penggunaan dakwat?. Di manakah cadangan suapaya adanya tempuh bertenang?. Di mana cadangansuapaya  melarang penggunaan agensi kerajaan oleh parti-parti politik?

Semuanya itu hanya kosmetik yang tidak dipakai oleh SPR. Mereka hanya menawarkan sahaja tetapi tidak menjualnya. Mereka menggula-gulakan kita supaya kita menjadi gila-gila ingat yang SPR adalah bebas dan baik.

Hari ini Pengerusi barunya mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi demokrasi. Parti-parti politik tidak lagi boleh mengadakan pondok panas semasa hari pengundian. Beliau juga melarang merayu undi ketika hari pengundian. Ianya akan dipraktikkan di PRK DUN Penanti.

SPR sedang mengamalkan dasar tutup pintu kepada demokrasi. Pilihan Raya di negara kita semakin menyempit dan menyulitkan. Sempit bagi pembangkang, meluas bagi kerajaan. Ini kerana pihak kerajaan boleh menggunakan saluran kempen mereka melalui TV dan media cetak tanpa ada batas sempadan. TIDAK BAGI PEMBANGKANG.

Kenapakah jadi begini? Jadi begini kerana penyokong PR lebih ramai dari penyokong BN. Perayu undi PR melebihi petugas BN. Orang yang menyokong PR lebih ramai dari orang yang bersama dengan BN. Jadi, cara nak selesaikan masalah kelemahan BN ini, SPR kena sekat kekuatan PR. Kenapa SPR tak sekat penggunaan media massa kerajaan yang berkempen siang dan malam 24 jam tanpa mengira waktu yang dilarang?. Kerana ianya menguntungkan BN.

Keadaan ini berlaku  kerana SPR sudah jadi kuda tunggangan BN. Bila jadi kuda, dia akan ikut apa yang tuan  suruh. “Bebas” yang ada pada dahi SPR sudah tidak terpakai lagi. SPR hanya akan ikut apa yang BN kata.

Bahayanya nanti, SPR tidak akan dihormati lagi. SPR akan dilihat sebagai satu badan yang menguruskan pilihan raya supaya BN menang. Soal menambah baikan perjalanan dan sistem pilihan raya tidak lagi menjadi keutamaan.

Oleh itu, SPR harus sedar diri siapa sebenarnya mereka. Bebas dan teluskah atau tolol dan kebas hak demokrasi rakyat. Mengurus dan menyekat adalah dua kerja yang berbeza. Tugas SPR adalah mengurus perjalanan pilihan raya dan bukan menyekat dan mengetatkan suara rakyat itu.

Berubahlah SPR kerana sekarang bukan zaman 60an lagi!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: