Posted by: manjanik | April 26, 2009

Sebelum Kalah Begini, Bila Kalah Begitu – Itulah Umno

BERITA 1 – Petanda awal BN akan rampas semula

KUALA LUMPUR 25 April – Pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor yang baru dilihat sebagai petanda awal penguasaan semula UMNO di negeri itu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, langkah itu juga membuktikan UMNO serius dalam usahanya untuk merampas kembali Selangor daripada pakatan pembangkang.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkata, Najib akan menggembeling semula kekuatan ahli-ahli parti itu yang dilihat sedikit lemah ekoran prestasi buruk mereka pada pilihan raya umum tahun lalu.

‘‘Ini petanda awal kita akan menjadi kuat semula di Selangor. Ia menjamin suasana terbaik untuk merampas semula negeri ini pada pilihan raya akan datang.

‘‘Selama ini banyak ahli yang terkejut kerana kita terlepas Selangor. Tetapi kini kita sudah terbayang kejayaan dan perlu berusaha dengan keras ke arah itu,” ujarnya.

Sumber: Utusanonline

MANJANIK – Sebelum pilihanraya Umum ke 12 lalu, begini lah juga cakap-cakap pemimpin Umno Kelantan. CAKAP BESAR dan TAKBUR….

BERITA 2 – Pendapat awal tunjuk pengundi mahu BN bertanding di Penanti

BUKIT MERTAJAM 22 April — Umno Permatang Pauh sedang mengumpul pendapat umum daripada pengundi di Penanti sama ada mereka mahu Barisan Nasional bertanding di situ dalam pilihan kecil ekoran peletakan jawatan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat.

Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata maklumat balas awal yang diterima daripada pungutan pendapat menerusi SMS menunjukkan 80 peratus daripada 300 pengundi yang diminta memberi pendapat mahukan BN bertanding.

“Umno Permatang Pauh akan membuat rumusan daripada pungutan pendapat itu dan mengemukakannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional Permatang Pauh malam tadi.

Sumber : Bernama

BERITA 3 – Najib yakin peluang BN menang di Permatang Pauh

PEKAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinannya calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah mampu memenangi pilihan raya kecil Parlimen itu, Selasa ini.


BERITA 4 – BN tiada masalah menang di Kuala Terengganu – Najib

Bolehkah Datuk Seri bezakan mentaliti antara pengundi di Kuala Terengganu dengan Permatang Pauh?

Jauh berbeza dan tidak boleh dibuat perbandingan. Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Kerusi Permatang Pauh adalah kerusi pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertanding sebagai anak tempatan yang sudah lama memegang kerusi itu. Malah, pada ketika itu, dia menguar-uarkan slogan ‘Dari Permatang Pauh ke Putrajaya’ sedangkan ketika itu rakyat belum lagi melalui tarikh 16 September seperti yang beliau tekankan (untuk ambil alih Kerajaan Persekutuan). Ia sekali gus menyebabkan ramai yang terpengaruh. Masalah dalaman pada peringkat bahagian Umno juga menjadi rahsia terbuka yang menjejaskan prestasi Umno ketika itu. Berbeza dengan Kuala Terengganu yang berada dalam negeri yang ditadbir oleh BN dan kerusi itu sendiri sudah BN menangi. Calon BN pula ialah Ketua Umno Bahagian serta seorang Timbalan Menteri. Banyak bezanya yang perlu diambil kira.

BERITA 5 – Analisis: Peralihan kuasa beri kelebihan BN di Bukit Gantang

PERUBAHAN kepemimpinan negara dengan selesainya peralihan kuasa antara Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak semalam, bukan saja menaikkan semangat rakyat bahkan dijangka memberi impak positif kepada pengundi di Bukit Gantang.

BERITA 6 – Kohilan Yakin BN Akan Menang Tiga Pilihan Raya Kecil

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) — Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Senator A. Kohilan Pillay yakin Barisan Nasional (BN) akan memenangi ketiga-tiga pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan dua Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau dan Batang Ai yang diadakan serentak 7 April ini.

Beliau berkata keyakinannya itu adalah berdasarkan perubahan positif sokongan pengundi terhadap BN yang dilihatnya ketika berkempen di kawasan terbabit.

“Saya dapat lihat semasa berkempen, pengundi sudah mula kembali menunjukkan sokongan mereka kepada BN.

Sumber: BERNAMA

BERITA 7 – Bersandarkan Harapan Baru Di Bukit Gantang, BN Yakin Dapat Sokongan

Calon BN, Ismail Saffian, yakin menang kerana menurutnya PAS tidak mendapat sokongan majoriti orang Melayu di Bukit Gantang sejak kawasan itu diwujudkan pada 1986.

“Apa yang nyata di sini ialah PAS hanya mendapat sokongan kira-kira 40 peratus (orang Melayu). Lagipun, perlu ingat, apabila kami kalah pada 2008, terdapat hampir 3,000 anggota Umno tidak keluar mengundi (ekoran isu dalaman) tetapi kali ini, kami percaya jumlah anggota kami yang tidak keluar mengundi akan dapat dikurangkan,” kata Ismail, yang merupakan bekas pengarah operasi BN pada dua pilihan raya umum lepas.

Di samping itu, BN juga mempunyai rekod baik mendapat sokongan padu pada enam pilihan raya umum lepas kecuali tahun lepas apabila ia hanya memperoleh 45.91 peratus sokongan berbanding 60.37 peratus (2004), 55.59 peratus (1999), 68.97 peratus (1995), 60.35 peratus (1990) dan 60.87 peratus (1986).

“Jadi kali ini, kami percaya kami akan berjaya,” kata Ismail.

BERITA 8 – Gagal Bukan Bermakna Rakyat Tolak Kepimpinan Najib, Kata Hishammuddin

SUNGAI PETANI, 7 April (Bernama) — Kegagalan Barisan Nasional merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau daripada pembangkang bukan bermakna rakyat menolak kepimpinan baru negara yang kini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata terdapat beberapa faktor tempatan dan nasional yang menyumbang kepada kekalahan itu.

“Itu adalah jauh sekali kerana (Datuk Seri) Najib baru pegang tampuk pimpinan dan barisan jemaah menteri belum pun diumumkan dan dalam keadaan ini, saya rasa jauh untuk orang menilai kepimpinannya kerana saya mengenali Najib dengan dekat dan melalui beberapa pilihan raya kecil dengannya.

MANJANIK Begitulah berbelit-belitnya lidah pemimpin Umno. Sukar untuk rakyat mempercayainya. Bercakap selalu berpindah randah macam orang tidak bertamadun. Budak-budak kata “bercakap macam orang mabuk”, sekali ke tepi sekali ke tengah.

Jadi bertepatan benarlah dengan slogan “Umno – kini, dulu dan selamanya… memang begitupunnnn…….


Responses

  1. depa dah penat..kalau icu dah kasi oksigen takat tahap 5 dah….

  2. Ha! ha! ha! Dalam kurun ini pun kita masih membaca “Hikayat Dongeng Melayu.”

  3. lidah pemimpan parti haprak ni bukan saja berbelit2 tapi bercabang2.esok kata eehhhh… lusa kata uuhhh.. tulat bunyi :aaii dah aihh aku xkata pun hampa silap dengar kot.begitulah adanya ,50 tahun dulu.2009 kini dan selakmananya

  4. Majlis Ilmu Di MAsjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara

    Dipersilakan muslimin & Muslimat ke Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, malam ini, 27 April 2009 mulai Maghrib.

    Tazkirah oleh Habib Abdul Rahman Al-habsyi & Habib Omar Abdul Aziz dari Jakarta.

    Harap dapat bersama-sama hadir,

    Syukran
    http://pondokhabib.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: