Posted by: manjanik | April 24, 2009

Mufti sudah bersuara – Apa kejadahnya kabinet BN

Agama anak: Kabinet mesti rujuk mufti
Apr 24, 09 4:35pm
Keputusan kabinet semalam – anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam – sewajarnya dirujuk kepada mufti, kata Datuk Seri Harussani Zakaria.

Mufti Perak menyarankan kerajaan mendapatkan pandangan Majlis Mufti-mufti Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan berhubung Islam bagi mengelak timbulnya kekeliruan, lapor Bernama.

“Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri,” Harussani dipetik berkata hari ini.

Ketika mengumumkan keputusan kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu sebagai langkah penyelesaian berhubung pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa menukar agama.

Menurut agensi berita itu lagi, beberapa NGO Islam turut menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan itu kerana mendakwa ia dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.

Keputusan itu menafikan hak pihak yang memeluk Islam, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abdul Latif pada sidang akhbar yang turut dihadiri wakil-wakil badan lain termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Dakwah dan Kebajikan Saudara Baru Islam SeMalaysia.

Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

Nazri dilaporkan berkata, langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

Tambahnya, keputusan itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Sumber : Malaysiakini.com

MANJANIK – Jamil Khir dok buat apa sampai begitu sekali keputusan kabinet. Forum hebat sangat nampak.

Walau bagaimanapun itulah kabinet melayu Islam Umno. Tak tau batas apa-apa mengrnai Islam. Persoalannya kenapa tak rujuk mufti dulu? Apakah Nazri lebih alim dari mufti?

Bagaimana sikap raja-raja melayu kita dalam hal ini? Jangan sampai kita disumpah  oleh anak cucu cicit kita di masa akan datang di atas kesilapan yang besar ini.

Persoalannya juga, mampukah para mufti dan ulama kita menangani masalah ini atau sekadar “gitu-gitu” sahaja?

Apa akan jadi dengan agama kita di bumi kita sendiri ini?

NGO-NGO jangan mendiamkan diri. Mana NGO-NGO yang seringkali membuat repot polis mengenai isu-isu Islam?

Orang bukan Islam yang  baru belajar nak dekati dan berjinak-jinak dengan Islam kamu halau seolah-olah kamu tu alim sangat. Nah sekarang kami nak tengok apa tindakan kamu dalam hal ini. Jangan jadi barua UMNO dan BN sudah lah sekiranya kamu benar-benar ikhlas mahu membela Islam.


Responses

  1. sedih la orang islam hancurkan islam sendiri.. x tau lah kenapa tunduk sgt pada org kafir. kata kita negara islam..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: