Posted by: manjanik | April 24, 2009

Isu kekalkan anak dalam agama asal – Mufti dan Ulama jangan jadi “Syaitan Bisu”

Anak kekal agama: Keputusan Kabinet disambut baik

KUALA LUMPUR: MCA menyatakan rasa puas hati dengan keputusan Kabinet berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam.

“Langkah ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meningkatkan harmoni.

“Keputusan Kabinet akan menyelesaikan isuisu yang telah memberi kesan keharmonian di negara ini,” kata Gan Ping Sieu, jurucakap MCA Ketua Biro Pendidikan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Kabinet yang menyatakan ibu atau bapa yang menukar agama Islam, anak-anak kekal menganut agama asal semasa berkahwin.

Gan berkata, MCA mengulangi pendiriannya bahawa jika agama anak-anak tidak boleh dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa jika ibu atau bapa memeluk Islam, status quo agama kanak-kanak itu hendaklah kekal sehinggalah mereka berumur 18 tahun.

Namun, kata beliau MCA melihat keputusan Kabinet itu hanya boleh digunakan di dalam kes di mana ibu bapa bercerai dan seorang daripada mereka menjadi “muallaf” kerana memeluk Islam.

Gan berkata, masih timbul persoalan tentang kes-kes perkahwinan sivil yang masih belum diputuskan mengikut undang-undang sivil, contohnya perpisahan walaupun seorang daripada pasangan telah memeluk Islam.

“MCA berpandangan keputusan Kabinet digunakan dalam kes-kes seumpamanya walaupun pertikaian perkahwinan sivil belum selesai,” katanya.

Gan berkata, arahan Kabinet yang sama perlu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama negeri-negeri bagi mengelakkan sebarang percanggahan terhadap kesepakatan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin dalam Kabinet.

Hakikatnya, arahan Kabinet sedemikian mesti terus disepadukan menerusi pembaharuan perundangan atau meluluskan Akta Parlimen atau meminda Perlembagaan Persekutuan, katanya.

Ini, katanya akan mengelakkan kekeliruan apabila keretakkan rumah tangga berlaku tanpa penyelesaian yang memuaskan dan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan dan menentukan agama anak-anak.

Sementara itu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) turut menyambut baik keputusan Kabinet mengenai agama anak-anak.

Presidennya Datuk A. Vaithilingam, yang juga presiden Hindu Sangam Malaysia, berkata keputusan mengenai pegangan agama anak-anak mestilah seiring dengan agama yang dianuti semasa perkahwinan kedua-dua ibu bapa, adalah satu langkah bijak dan permulaan yang baik bagi menyelesaikan pertikaian antara pasangan.

“Kami terbuka untuk lebih banyak perbincangan mengenai penukaran agama seseorang bukan Islam kepada Islam,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata persatuan itu mengharapkan lebih banyak perbincangan dan dialog dengan pemimpin-pemimpin Islam mengenai perkara itu.

“Bagi MCCBCHST, kami sedang di dalam proses memohon mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan kami memuji mereka kerana segera menangani perkara ini,” katanya.

Sumber : BERNAMA

MANJANIKSekali lagi kewibawaan para ulama dan mufti di seluruh negara ini dituntut. “berkata-katalah wahai para pewaris nabi….”. Isu ini memerlukan penjelasan daripada kamu. Kamu yang layak memberitahu kami apakah benar sebagaimana tindakan kerajaan itu.

Apakah kamu telah dipanggil untuk berbincang dalam hal ini? Semua yang ada di dalam kabinet itu bukanlah orang yang arif sangat dan kalau arifpun mereka mempunyai agenda yang lebih tinggi dari menyelamatkan Islam. Tugas mereka untuk menyelamatkan melayu manakala tugas kamu adalah untuk menyelamatkan Islam dari diperkotak katikkan sesuka hati.

Janganlah apabila soal raja-raja,  cepat pula kamu peka manakala soal yang berkaitan dengan Islam ini cepat pula kamu lupa.  Apa yang kami tuntut ialah penjelasan daripada kamu – boleh ke tak boleh!!

Anak-anak itu bagaikan kain putih. “Bayi itu dilahirkan secara fitrah, ibubapalah yang mencorakkan mereka samada menjadi yahudi, majusi dan nasrani”. Jadi, perkara ini cukup penting untuk dibahaskan. Ulama dan Mufti! kamulah orangnya yang layak menjelaskan kepada kami.

MAKA, tolonglah jelaskan dan jauhilah dari menjadi “Syaitan Bisu”.

Nak harapkan kepada UMNO……NO lahhh…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: