Posted by: manjanik | April 21, 2009

Sebulan Najib PM – Umno Kalah dan Makin Parah.

Apa sudah jadi dengan PM baru. Belumpun sampai sebulan menjadi Perdana Menteri, Umno dan BN menjadi kelam kabut. Di mana nampaknya Najib membaiki parti dan kerajaan.

BN kalah di dua Pilihan raya Kecil. Imej beliau merudum. Tiada apa yang boleh dibanggakan dalam kekalahan tersebut. Hasrat beliau dan penyokong mahu melihat titik tolak bermulanya era kebangkitan BN/Umno hancur berkecai. Pendek kata sama sahaja macam Pak Lah. Lepas ini Muhyidin si Timbalan Perdana Menteri itu boleh mendesak supaya Najib juga berundur kerana sama sahaja macam Pak Lah – memburukkan reputasi parti.

Selepas itu pula berlaku krisis demi krisis dalaman parti. Di perlis timbul isu “MB Haram”. Pertelingkahan antara Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dengan  Sahidan Kassim bukan rahsia lagi. Cukup dramatik dan mendebarkan.

Di Terengganu pula lagi teruk. 18 ADUN BN telah menghantar memorandum mahukan Ahmad Said diundurkan dari kerusi Menteri Besar. Sekiranya diadakan undi tidak percaya, maka sahlah terduduk Mat Said. Terbaru pula ada dikalangan Exco beliau sendiri yang sudah berpaling tadah dan menyokong kumpulan Deris Jusoh. Mat Said sekarang nyawa jawatannya dihujung tanduk.

Di Pahang tidak kurang juga panas isunya. Menteri Besar “yang gedebe” itu kini terpaksa membayar RM63 juta kepada syarikat Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd, sebuah syarikat pembalakan yang telah diberi konsesi seluas 4000 hektar di Mukim Bebar.

Saya masih ingat dalam tahun 2002/03, seorang yang ada hubungan dengan syarikat ini, bernama Syed telah berjumpa dengan  Husam Musa yang pada waktu itu menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian  dan telah menyerahkan kesemua dokumen mengenai dakwaan penyelewengan pemimpin Umno Pahang terhadap syarikat beliau dan Husam telah membangkitkan di dalam dewan mengenai hal tersebut.

Disebut, ada beberapa orang pemimpin Umno Pahang yang telah mengambil imbuhan masing-masing termasuk seorang bendahari Umno di satu bahagian. SPRM perlu menyiasat perkara ini dengan pihak syarikat tersebut.

Begitu juga di Melaka dan Negeri Sembilan. Kedua-dua Ketua Menteri dan Menteri Besar ini juga tidak selamat untuk mendiami kerusi MB masing-masing. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku kepada mereka.

Pendek kata, kemasukan Tun Mahathir ke dalam Umno sama juga keadaannya semasa beliau berada di luar. Tidak menguntungkan Umno dan BN. Buktinya, apa yang berlaku di Bukit Gantang.

Habukpun tarakkk…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: