Posted by: manjanik | April 19, 2009

Penanti BN dinanti – Najib sedang timbang, Tun M kata lawan

RAUB: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) tidak sepatutnya mengaku kalah, sebaliknya perlu meletakkan calon bertanding jika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang diadakan.

“Saya fikir kalau kawasan itu kawasan Umno, kita tentu bertanding, ini pasal kita ingat ini kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

“Jadi kalau kita nak tunggu kawasan Umno, nanti tidak ada kawasan Umno, kita tak bertandinglah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pemuda Umno Raub di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa BN akan meneliti sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti atau sebaliknya.

Kerusi itu kosong selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Adun Penanti pada Khamis lepas.

Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat PAS di Kelantan.

Katanya, Umno perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.

“Apabila kita tidak bertanding ini akan menunjukkan kemerosotan Umno di mana-mana kawasan yang ada pilihan raya,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata ahli Umno dan BN perlu terus membuat teguran jika terdapat kesalahan yang dilakukan pemimpin parti.

“Kita perlu bersikap kritis secara baik dan tidak hanya setia kepada pemimpin walaupun mereka jelas melakukan kesilapan.”

Selain itu, beliau turut mengingatkan pemimpin Umno terutama generasi muda supaya tidak mencari jalan mudah untuk memperoleh kedudukan dan kuasa termasuk melalui amalan rasuah yang akhirnya akan membinasakan parti.

Sumber : MStar

Awal-awal lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kata BN belum membuat keputusan lagi samada lawan atau tidak di PrK Dun Penanti. Alasan beliau cukup mudah iaitu “permainan politik PKR” dan juga membazir wang rakyat.

Persoalannya, apakah dengan  BN tidak menyertai PrK itu maka wang rakyat dapat diselamatkan?

Sekiranya ada calon-calon bebas yang menyertainya maka SPR mesti mengadakan proses berpilihanraya seperti biasa.

Persoalannya, sebanyak manakah habisnya wang rakyat yang digunakan untuk SPR jika hendak dibandingkan dengan apa yang digunakan oleh BN sendiri atas nama kerajaan dengan kepelbagaian projek, atas nama KEMAS, JASA, Belia dan pelbagai lagi agensi yang diguna sepenuhnya oleh BN untuk kepentingan parti?

Persoalannya, sebanyak mana Ringgit Malaysia yang Umno/BN habiskan bagi menggunakan tenaga SB, MIO, BKN, jabatan Penerangan dan sebagainya untuk memenangkan BN.

Persoalannya, sejak bila Najib pandai bercakap dan menghitung soal pembaziran ini?

Apapun, adalah dijangkakan, BN akan tetap bertanding kerana Tun M telah “mengarahkan” Najib supaya lawan.

Sekiranya BN tidak meletakkan calon maka sahlah bahawa memang benarlah Najib tidak dicucuk hidung oleh Tun M. Jika sebaliknya maka benarlah suara-suara yang kedengaran bahawa bukan Najib yang memerintah – tetapi orang lain.

Siapa dia orangnya?

Advertisements

Responses

  1. kalau najib tak dengar cakap mahathir maka najib akan jadi macam pak lah (“Must Always Hentam Abdullah Till He Is Removed”) tapi kalau dengar cakap mahathir maka orang akan kata najib di cucuk hidung dan tak mampu buat keputusan sendiri. Ini semua akhbar perdana buat hal sebab cepat sangat siar berita. kalau hamid masih ada tentu dia dah gantung permit akhbar tersebut.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: