Posted by: manjanik | April 16, 2009

Krisis Perak – Semua keputusan tidak akan menyebelahi PR

Sudah dijangka. Kesemua kes yang melibatkan Kerajaan PR dan Kerajaan BN di Perak yang telah di bawa ke mahkamah tidak akan menyebelahi PR. Ini kerana implikasi kepada keputusan yang memihak kepada PR terlalu tinggi dan melibatkan banyak pihak serta maruah.

Jadi, para penyokong PR dan rakyat yang bersimpati dengan apa yang berlaku dinasihatkan bersabar di atas apa yang berlaku. Kebenaran dan keadilan bukan ditentukan oleh manusia sepenuhnya. Ada lagi yang lebih adil dan pengasih. Manusia boleh melakukan kesilapan samada tidak disengajakan atau sememangnya disengajakan.

Oleh itu kes-kes yang masih ada dihadapan kita jangan diharap sangat akan memihak kepada PR. Selepas mahkamah memutuskan segalanya, “mahkamah rakyat”  masih ada untuk membuat keputusan.

Jadi, rakyat perlu menangguhkan sesi perbicaraan sehingga ketahun 1011 di dalam PRU 13 nanti. Bila hari perbicaraan nanti, rakyat mempunyai kuasa membatalkan segala keputusan mahkamah itu.

Sabarlah…

Mahkamah batal penggantungan Zamry dan exco

Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan  terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.

Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Oleh itu, katanya, Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang.

Oleh itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif yang mengetuai panal lima hakim itu berkata, keputusan tersebut dibuat sebulan suara.

Manakala, Zambry berkata, notis untuk mengadakan sidang DUN akan dikeluarkan Jumaat ini atau minggu depan.

Sumber : Malaysiakini.com

Advertisements

Responses

  1. Dah lama dah sabaqqq..org Bkt Gantang kata!

  2. Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat “casual vacancy” bermaksud (tersirat) keputusan EC adalah sah disisi undang2. Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat “judicial review” itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.

    Perlu ingat bahawa mahkamah Persekutuan sudahpun memutuskan bahawa 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN? Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat.
    Tambahan pula, kini penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah.

    Isunya sekarang, apakah tindakan jenayah (pendakwaan) akan diambil terhadap beliau?

    Bermakna masaalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).

    Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;

    121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
    Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

    121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
    Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

    124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
    Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.

    Prof Madya Dr Abbdul Rani Bin Kamarudin.
    Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang2 Awam)
    Kulliyah Undang2 IIUM

  3. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090416170917/Article/index_html

    Khamis, 16 April 2009 , 20 Rabiulakhir 1430

    Terima keputusan mahkamah dengan sebaiknya: Dr Zambry

    LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri (DUN).

    Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

    Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri, V Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal.

    Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau dan kesemua anggota exco berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih dedikasi untuk rakyat dan negeri Perak.

    Zambry bagaimanapun masih berteka-teki ketika ditanya mengenai tarikh persidangan DUN Perak yang akan datang.

    Beliau setakat menyatakan bahawa persidangan itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan DUN lalu pada November lalu.

    Menteri Besar itu tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil persidangan yang akan dibuka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu akan dikeluarkan pada esok ataupun awal minggu depan.

    Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. – Bernama

    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517

    April 16, 2009 12:17 PM
    Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

    PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) — After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
    In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void.

    Justice Alauddin also said that under Article 63 of the Perak Constitution, the court had the power to dispose of an originating summons filed by Zambry and the six councillors at the Ipoh High Court on March 2 with no order as to costs.

    Alauddin, who sat with Chief Judge of Malaya Datuk Arifin Zakaria and Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul and Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, had adjourned the hearing for 45 minutes before coming to the decision.

    Zambry and the six — Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid and Dr Mah Hang Soon — brought the case to the Federal Court under Article 44 of the Perak state constitution to seek a declaration that the suspension meted out on them by Sivakumar was null and void.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
    Kulliyah Undang2 IIUM

  4. Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

    Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?

    Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.

    Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini – namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

    “Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).

    Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (jabatan Undang2 Awam) IIUM

  5. Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    Petikan (beberapa saja) dari;
    http://hamirdin.blogspot.com/2009/04/zambry-tak-boleh-hadhir-sidang-dun.html

    Saturday, April 18, 2009
    ZAMBRY TAK BOLEH HADHIR SIDANG DUN
    Assalamualaikum,

    Oleh
    Mohamed Hanipa Maidin

    Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

    Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

    Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

    lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.

    Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

    Komen saya (Dr Abdul Rani):

    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517

    April 16, 2009 12:17 PM
    Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

    PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) — After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
    In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void. (sedikit petikan sahaja).

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Pada pandangan saya,(Dr Abdul Rani) permohonan kesepuluh-puloh permohonan itu bertindih (overlapping) dan mahkamah pada kewajaannya tidak perlu memberikan kesepuloh-puloh permohonan itu. Dengan membatalkan keputusan Speaker Dun Perak V. Sivakumar terhadap Dato Zambry dan 6 Exconya lagi, res ipsa loquitornya (tersirat dan tersuratnya) adalah tindak-tanduk V.Sivakumar tidak mengikut Undang2. Dua permohonan yang dibenarkan itu sudah cukup untuk mereka menghadiri sidang DUN.

    Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?

    1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    Komen saya (Dr Abdul Rani):
    Keputusan mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar tentulah bermaksud (res ipsa loquitor) bahawa “menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    Res ipsa loquitor bermaksud, perkara itu menjelaskan sendiri kedudukan perkara berkenaan – tiada perlu nak dibukitkan. Contohnya, jika sampah terdapat didepan rumah A, maka A yang bertanggungjawab terhadapnya melainkan ada bukti sebaliknya (lihat juga seksyen 106 Akta Keterangan – fakta yang dalam pengetahuan seseorang),

    2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

    Komen saya (Dr Abdul Rani):
    Mahkamah Persekutuan bersidang atas kapasiti bidangkuasa sivilnya bukan dalam bidangkuasa jenayahnya. Persoalan hendak mensabitkan Speaker dengan suatu kesalahan tidak timbul. Dalam hal ini, terserah kepada polis untuk melakukan siasatan (Akta Polis dan Kanun Keseksaan (antara lainnya) terpakai.
    Seterusnya, terpulang kepada PendakwaRaya (Artikel 145(3) Perlembaggan Persekutuan dibaca dengan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah) untuk membuat pendakwaan menggunakan mana-mana undang2 bertulis yang relevan. Seperti semua pengamal undng2 menetahui, beban undang2 diatas bahu Pendakwa untuk mendapatkan sabitan dan baharulah mahkamah boleh tentukan samada sabit atau tidak. Maka dalam bidangkuasa sivil, permohonan ini ini tidak relevanpun.

    3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

    4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

    5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Tugas ADUN adalah isu berbeza. Isu yang relevan kini ialah boleh atau tidak mereka hadiri sidang DUN?

    6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Dengan pembatalan itu, bukankah mereka sudah boleh hadir sidang DUN?

    7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

    8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Pemberian Kos adalah budibicara Mahkamah – mungkin kerana pihak-pihak bertelagah adalah kakitangan kerajaan.

    Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Ap perbezaan diantara “berhenti makan sebelum kenyang” dengan “jangan makan sampai kenyang”? atau air “separuh penuh” dengan “separuh kosong”?

    Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apahalnya pula mereka tidak boleh hadir?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
    Fakulit Undang2 IIUM


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: