Posted by: manjanik | April 14, 2009

Umno kembali bergolak – Kerajaan Najib teruji

NASIB MALANG UMNO menimpanya bertalu-talu. Sejak mengalami kekalahan dan kemerosotan teruk dalam PRU 12 lalu, sampai ke hari ini, Umno masih belum kebah dari demamnya. Lepas satu satu penyakit menghinggapi tubuh yang semakin lesu dan tidak bermaya itu.

Manakala pemimpinnya saling salah menyalah antara satu sama lain. Ditambah pula dengan kencaman dan ugutan dari adik beradik tirinya khsusunya MCA dan MIC serta PPP.

Tun M pula menambah luka Umno dengan kritikan pedas beliau sehingga akhirnya beliau mengambil keputusan bercerai dengan Umno. Sebabnya sedikit sahaja iaitu tidak sebulu dengan Pak Lah Perdana Menteri yang beliau sendiri memilihnya.

Dari sudut pilihanraya kecil pula sedikitpun tidak mengambarkan yang Umno telah pulih. Bermula dari Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Batang Ai tidak diambil kira kerana di sana Umno tidak diminati untuk bertapak. Kesemua keputusannya membawa berita buruk kepada Umno.

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat jatuh ke tangan BN akan tetapi Umno sendiri tidak gembira dengan berita itu kerana cara mendapatkan kerajaan itu tidak menjamin yang Umno akan mengaut pengaruh selepas ini. Bahkan Umno dan BN terjejas teruk pengaruhnya di kalangan pengundi hasil dari tindakan tersebut. Pendek kata tiada jaminan selepas PRU 13 nanti BN akan memerintah balik Perak.

Apa yang menyakitkan lagi Umno, telahan dan sangkaan mereka bahawa kekalahan teruk PRU 12 dulu berpunca dari Pak Lah dan Khairy menantunya adalah meleset. Ini kerana selepas Pak Lah tidak ada dan Khairypun tidak terlibat secara aktif dalam PRK-PRK itu, Umno/BN masih terus menerus, meneruskan kekalahannya.

Begitu juga dengan kekecohan dalaman seoalah-olah telah dijadulkan kejadiannya. Meruntuhkan imej Umno dengan Rasuah Politiknya, pergaduhannya, fitnah mengfitnah sesama Umno sehinggalah kepada sekarang ini, isu tidak puashati terhadap kepimpinan Umno negeri.

Perlis dan Terengganu sudah memulakannya. Sudah pasti selepas ini ada lagi negeri-negeri yang bangkit mengganyang sesama sendiri. Sudah nasib Umno semakin tua semakin bermasalah. Anak-anak sudah bergaduh sesama sendiri. Isteri-isteri sudah lari. Cucu dan cicit semakin liar dan mengamalkan budaya samseng.

Pendek kata semua masalah Umno tersebut diluar dari jangkaan kita semua. Tidak terfikirpun kita itulah yang akan diterima oleh Umno. Akan tetapi Allah Maha Berkuasa. DIA mampu meruntuhkan kerajaan Fir’aun dan Namrud. DIA mampu meruntuhkan ego Russia dan Amerika. Jadi tidaklah pelik sekiranya Umno dan BN juga akan runtuh suatu masa nanti walaupun seusaha mana pemimpin mereka cuba mempertahankan dari keruntuhan itu.

Apakah doa PAS “Porak peranda dan hancur leburkan kesatuan mereka” sudah dimakbulkan Allah SWT?

Apa yang pasti sekarang ini Najib sedang meniti titian yang sukar dan tajam. Najib bukannya Tun Razak. Kemampuannya terbatas. Belitan tali isu hitam terlalu banyak melingkari tubuhnya. Satupun belum terungkai dari badannya. Sempatkah belitan tersebut tercabut dari diri beliau sebelum PRU 13 nanti?

Apa yang pasti Najib tidak ada karomah. Najib hanya ada Rosmah.

Advertisements

Responses

  1. muahahahahaah najib..najib…..

  2. ….selepas pru12 umno salahkan dolah dan tingkat 4…maka dolah pun diturunkan dan tingkat 4 jadi ground floor…selepas dolah diturunkan dan tingkat 4 jadi ground floor…umno makin kalut..semakin hari semakin reput…
    sekarang umno nak salahkan siapa?…..
    umno akan salahkan arwah siti aminah…..

  3. JADUAL PENGAJIAN BULAN APRIL

    Tarikh: 22 Rabiulakhir 1430H/18 April 2009 (Sabtu) – Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitulaman, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
    Kitab: Nashihat Agama dan Wasiat Imam – Imam ‘Abdullah al-Haddad

    Tarikh: 23 Rabiulakhir 1430H/19 April 2009 (Ahad) – Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitulaman, Kuala Lumpur
    Tuan Guru: Ustaz Syed Najmuddin al-Khered
    Kitab: Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama – Imam ‘Abdullah al-Haddad

    Tarikh: 26 Rabiulakhir 1430H/22 April 2009 (Rabu) – Maghrib
    Lokasi: Masjid Sayyidina Abu Bakar, Bangsar
    Tuan Guru: al-Fadhil Ustaz Zamihan Mat Zin
    Kitab: Bid’ah – Penjelasan Rapi

    Pengajian Kitab Bersama al-Fadhil Shaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari
    Tarikh: 29 Rabiulakhir 1430H/25 April 2009 (Sabtu)
    Masa: 9.00 pagi – 12.30 tengahari
    Lokasi: Masjid al-Falah, USJ 9, Subang Jaya
    Kitab: Hadits Riwayat 10 Shahabat Jilid -2 dan Nashoih ad-Diniah

    http://pondokhabib.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: