Posted by: manjanik | April 9, 2009

Kabinet Najib – Kalah DiSanjung, Menang DiPinggir

Permulaan yang baik bagi Pakatan Rakyat apabila melihat tindakan Perdana Menteri baru menyusun kabinetnya. Seoalah-olah serba tidak kena kerana tindakan beliau seolah-olah dilihat cuba membelakangi hasrat dan mandat yang diberikan oleh ahli-ahli Umno sendiri. Apakah masalahnya?

Mungkin kerana di dalam barisan BN sendiri sudah tiada Ahli-Ahli Parlimen yang berwibawa dan yang boleh menerajui kementerian yang ditubuhkan. Jadi, salah satu cara untuk membentuk kabinet yang dikehendaki oleh beliau maka tidak dapat tidak “orang-orang yang telah ditolak oleh rakyat dan Umno sendiri” perlu di bawa masuk kembali.

Apa rasionalnya membawa balik Dr Awang Adek Hussin “yang angkuh dan sombong” itu? Orang yang mendabik dada beliaulah bakal menteri besar Kelantan dan menyedut cerut yang mahal-mahal itu sudahpun ditolak oleh rakyat.

Mukhriz, yang telah ditolak oleh ahli pemuda dipuja Khairy yang menang dilupa. Apakah rahsia disebalik ini semua? Apakah Tun M yang membentuk barisan kabinet ini? Tun M sudah awal-awal lagi menghentam Khairy yang dianggap oleh beliau sebagai perasuah.

Begitu juga dengan Ketua Wanita Umno, mama Izat. Rakyat Lembah Pantai telah menolak beliau tetapi boleh diambil kira apabila ahli wanita Umno menerimanya.

Begitu juga dengan beberapa orang yang telah dikalahkan oleh rakyat seperti Koh Tsu Koon, Chew Mei Fun, Mashitah Ibrahim dan beberapa orang lagi.

Jadi, apakah ini kabinet yang terbaik? Dan siapa pula yang akan dilantik sebagai  Penasihat Ekonomi  Negara yang bertaraf Menteri itu? Mahathir? Yang pasti sudah tentu bukan Pak lah. Undur ke belakang lagi lah jawabnya.

Sebenarnya kabinet yang diwar-warkan baru ini adalah muka lama belaka. Hanya empat orang sahaja yang betul-betul muka baru.

Persoalannya apabila kabinet baru dengan muka lama maka adakah idea akan berubah? Rambut sahaja yang bertukar warna sedangkan otak di dalam adalah otak yang sama semasa Pak Lah dahulu. Melihat kepada rambut memang berubah tetapi otak macamana?

Bagaimana pula dengan para Menteri Besar peneraju negeri yang semuanya kalah baru-baru ini? Apakah mereka dikekalkan? Sekiranya dikekalkan maka muka lama jugalah di peringkat negeri.

Jawapannya adalah tiada apa yang baru dalam kabinet baru ini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: