Posted by: manjanik | April 8, 2009

MENFITNAH – Ali Rustam disaman RM10j


AYER KEROH – Sebutan kes saman malu bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Southern (kini dikenali Hospital Putra) dikemukakan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam ditangguh 7 dan 8 September depan.

Plaintif, Abdul Hamid Mustapah, 49, diwakili pembantu peguamnya, Noraida Md Noor dari Tetuan Putchucheary Firoz & Mai di Mahkamah Tinggi semalam hampa berikutan defendan gagal menghadirkan diri.

Mohd Ali diwakili Lee Hishammudin Allen & Gledhill memohon di hadapan Hakim Datuk Wira Moktarudin Baki supaya: sebutan ditangguhkan berikutan beliau memberikan alasan defendan tidak sihat.:

Bagaimanapun, Moktarudin memberi amaran tidak mahu ia ditangguhkan dan menasihatkan jangan mengambil mudah perkara itu berikutan ia boleh membebankan mahkamah.

Manakala, Abdul Hamid yang tertekan dengan tindakan Mohd Ali, memberi peluang terakhir kepada defendan selepas permohonan peguamnya memohon selesai di luar mahkamah dipersetujui.

Saman malu sebanyak RM10 juta difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akhir 2005 juga pernah tertangguh dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka pada 30 dan 31 Julai lalu.

Terdahulu, saman itu merupakan tindakan susulan selepas Mohd Ali enggan memohon maaf dan membayar ganti rugi sebagaimana yang diminta Abdul Hamid menerusi peguamnya.

Plaintif mendakwa Mohd Ali memfitnahnya dengan menuduh beliau mengarahkan kakitangan Hospital Southern supaya tidak memberi rawatan kepada bekas Exco, Datuk Ab Rahaman Ab Karim yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Kundor.

Selain itu, beliau juga mendakwa turut dituduh enggan memberi rawatan kepada isteri Setiausaha Kerajaan Negeri ketika itu, Datuk Ahmad Roslie Johari.

Tuduhan itu dilakukan Mohd Ali ketika mesyuarat Jawatankuasa Kakitangan dan Kewangan Hospital Southern di kediamannya di Seri Bendahara, di sini pada 15 Ogos 2005.

Beliau mendakwa dalam mesyuarat itu defendan memfitnahnya dengan mengatakan Abdul Hamid membuat penipuan akaun hospital terbabit.

Dalam tuntutan samannya, Abdul Hamid mendakwa tindakan Mohd Ali membawa makna beliau (Mohd Hamid) bertindak secara tidak beretika selain menyalahgunakan kuasanya :sebagai ketua sebuah organisasi milik kerajaan.

Sumber : Sinar Harian.

Advertisements

Responses

  1. Fuyyyoooo…. 10 juta tu…..
    Settle luar dapat berapa agaknya……


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: