Posted by: manjanik | April 8, 2009

Kemenangan PR “Hadiah Istimewa” Kepada Najib dan Mahathit

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya kita menang.

Kemenangan ini mempunyai banyak penafsirannya. Bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat tetapi juga kepada Umno/BN. Ianya membuka mata semua pihak yang hidup di bumi Malaysia ini. Ianya menuntut supaya kita semua berfikir!

Sebelum BN mengetahui kekalahannya, semua pemimpin mereka bercakap soal perubahan sokongan rakyat kepada BN. Ianya disebabkan faktor Najib menjadi PM, gugurnya Pak Lah yang dianggap “beban” kepada BN dan Umno sebelum ini dan satu lagi kembalinya Mahathir ke pangkuan Umno dan menjadi penyokong kuat kepada Najib.

Namun, semuanya kini ditempelak oleh rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau… TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA!!

Cuba bayangkan selepas Najib menjadi PM. Pak Lah dipinggirkan sedemikian rupa. Khairy selaku ketua pemuda Umno entah ke mana. Beliau tidak dibenarkan turun di mana-mana kawasan pilihan raya kecil ini secara jelas.

Tiba-tiba “orang yang tidak laku gadai” dijulang dan dipuja sebegitu rupa. Apakah “orang-orang Pak Lah” tidak terasa hati dengan perlakuan sedemikian?? Istimewa sangatkah Mahathir??

Pak Lah langsung tidak dijemput turun ke kedua-dua bukit itu. Pak Lah sudah dilupakan sebegitu cepat sekali oleh Umno. Tiba-tiba orang yang “tibai” Umno siang malam di letak dipersada pemujaan sekali lagi. Nah! sekarang Umno menerima akibatnya..

“Surat khabar lama” ingin menjadi baru. Isunya isu lapuk. Mahathir hanya marah kepada Anwar sahaja. Itu isu peribadi. Sedangkan rakyat lebih lama tahu persoalan yang Mahathir bawa di dua bukit tersebut. Hampehhh….

Pak Lah jangan bersedih hati. Jikalau masa Pak Lah menjadi PM, BN kalah di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, kini Najib sedang merasai keperitan itu dengan kekalahan di dua bukit tersebut. Bukan sahaja Najib, Rosmahpun turut merasai kepedihan tersebut.

Rakyat cukup meluat dengan cara kempen BN. Akhbar-akhbar dan TV secara kurang waras dalam memperbodohkan rakyat kini menerima akibatnya. SPR dan polis menghadkan masa berkempen hanya setakat jam 11 dan 12 malam sahaja di medan pilihan raya ini. Akan tetapi TV menggunakan ruang dan peluang untuk berkempen 24 jam sehinggalah mereka menerima kekalahan. ADILKAH begitu???

SPR yang menjadi kuda tunggangan BN dalam banyak hal perlu meneliti perkara ini sekiranya mereka benar-benar mahukan keadilan dan ketelusan. Kalau tidak tak usah berbicara soal keadilan, ketelusan dan bebas.

Apapun, kini kemenangan rakyat itu merupakan hadiah istimewa kepada Najib dan Mahathir dalam erti kata sebenar bahawa rakyat sudah menolak “pemimpin baru dan lama Umno/BN”.

Pak Lah tak usah bersedih hati… Khairy boleh tersenyum dan menepuk dada dan berkatalah seperti apa yang dikatakan oleh Pak Pandir  “Ingatkan anak aku je mati rupanya anak orang lainpun mati juga”.

Saya cukup terperanjat dengan pencapaian undi kaum Cina dan India yang begitu solid untuk Pakatan di Kuala Sepetang. PAS memperolehi 1948 undi berbanding BN yang hanya mendapat 363 undi sahaja. Majoriti 1584 undi adalah begitu besar dan ini juga menuntut perhatian yang serius khususnya kepada pemimpin-pemimpin PAS. Jangan ada lagi “keceluparan” yang oleh meretakkan hubungan yang baik ini.

Akhir sekali, sekalung tahniah kepada petugas-petugas Pakatan Rakyat dan syabas kepada pengundi di kedua-dua Bukit….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: