Posted by: manjanik | April 7, 2009

Peluang Pas Menang di Bukit Gantang Cerah

Sehingga ke jam 3 petang ini, saya melihat faktor-faktor kemenangan kepada calon PAS sudah ada. Namun ianya boleh berubah sekiranya jam 3 ini ini juga BN mulai menggunakan strategik kotornya – menambah undi dengan cara diluar dari amalan demokrasi.

Boleh dikatakan majoriti UPU di DUN Changkat Jering agak perlahan pengundinya keluar mengundi. Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Walaupun begitu di beberapa UPU lain pengundinya keluar mengundi seperti biasa.

DI mana-mana tempat pusat pembuangan undi, petugas perayu undi dari PAS sememangnya menguasai suasana berbanding dengan sedikit dan tidak bermayanya perayu undi dari BN.

Hujan mulai turun sekarang ini. Sekiranya peratusan undi keluar tidak melebihi 74 peratus peluang PAS untuk menang adalah cerah. Walau bagaimanapun apa-apa boleh berlaku dan merubah suasana yang ada sekarang ini. Sehingga kini peratusan keluar mengundi sudah mencapai 63 peratus. Lonjakan peratus keluar mengundi mungkin akan berlaku dalam 2 jam terakhir sebelum pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang.

Di Kuala Sepetang amat jelas sokongan berpihak kepada PAS. Sehinggakan di sesetengah pusat pengundiaan, tiada kelihatan perayu undi BN. mereka mencari tempat untuk berteduh dari panas matahari sedangkan perayu undi PAS masih bersemangat merayu undi.

Manakala di Trong, pengundian agak perlahan. Satu-satunya kubu BN di dalam Parlimen ini nampaknya tidak bermaya di beberapa UPU. Walau bagaimanapun seperti apa yang saya jelaskan tadi, mungin akan bertambah di saat-saat akhir.

Kita tunggu dan lihat sedikit masa lagi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: