Posted by: manjanik | Mac 26, 2009

Lawatan Rombongan Kelantan ke Batang Ai

Rombongan Jentera Pilihanraya Kelantan yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato Wan Abdul Rahim Wan

Bergambar dengan petugas-petugas PKR di Bilik Gerakan.

Bergambar dengan petugas-petugas PKR di Bilik Gerakan.

Abdullah telah mengunjungi DUN Batang Ai pada 25 Mac lalu. Lawatan ini bertujuan memberi sokongan kepada Jentera Pilihan Raya Kecil Batang Ai yang di wakili oleh Parti PKR.

Seramai 8 orang dari Kelantan dan 5 orang dari PAS Sarawak telah disambut meriah oleh petugas-petugas PKR yang sedang menjalankan gerakan mengenal pasti pengundi dari rumah ke rumah. Mereka begitu bersemangat dan yakin dapat menang dalam PRK ini.

Tinjauan rambang didapati ramai yang memberi sokongan kepada calon PKR dan ada juga meminta merahsiakan sokongan mereka kepada PKR kerana tidak mahu ada tekanan dari BN selepas selesai pilihan raya nanti.

Mereka juga kesal dengan taktik kotor BN yang menyiarkan berita bahawa kehadiran pemimpin tertinggi PKR telah dihalau semasa membuat kunjungan ke rumah-rumah panjang yang terletak di dalam kawasan DUN tersebut.

Dato Wan Rahim dan Adun Semerak, Wan Hassan sempat bertanya kabar seorang warga emas.

Dato Wan Rahim dan Adun Semerak, Wan Hassan sempat bertanya kabar seorang warga emas.

Ketua-ketua rumah panjang juga tidak begitu menggemari cara kotor BN ini dan mereka menunjukkan kekesalan di atas berita tersebut. Bagi mereka cara akhbar memainkan isu tersebut seolah-olah masyarakat rumah panjang tidak menghormati tetamu. Sedangkan perkara tersebut tidak berlakupun.

Turut serta dalam lawatan ini ialah ADUN Semerak Wan Hassan Wan Ibrahim, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, Abdul Rahman Yunus, Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kelantan dan setiausahanya, Nasir Daud, Ariffin Mahmood, Presiden PERAKAN dan setiausahanya, Hamzah.

Mereka telah diberi taklimat oleh ketua Bilik Gerakan dan bertukar-tukar pandangan. Pada hari penamaan calon nanti difahamkan bahawa Dato Husam Musa, Naib Presiden PAS akan turut turun memberi sokongan bagi mewakili PAS.

Rombongan juga sempat ke Pusa dalam DUN Beting Maro di mana ianya merupakan satu kawasan di mana PAS bertanding di dalam pilihan raya negeri pada tahun 2003 yang lalu.


Responses

  1. apa gunanya umno rasuah byk pembunuh boleh jadi pm habislah kita aloy of crime in malaysia but the polis doin noting busy catching pr mps n rakyats for wat!!!nak ankat keris lagi nak perang dgn lain kaum ka we r all malaysians lah not umno ketuanan melayu no brains minister of education like gangsta lah!!!we must be strong to fight umnobn for kuasa rakyat the ppls power!!

  2. Dalam kedaifan berjuang di Sarawak, terasa akan kegembiraan terserlah apabila momokan BN yakin menang di Batang Ai agak terlalu tipis berdasarkan kebangkitan rakyat yang mahu kepada perubahan. Jawah gerang bukan lah orang asing di Batang Ai kerana beliau pernah menjadi ADR di kawasan berkenaan dan rakyat amat menyukainya.

    Berdasarkan tinjauan rambang, sedikit perubahan minda rakyat berlaku hampir semua UPU dalam Batang Ai. Masyarakatnya yang melihat tidak ada sebarang perubahan sepanjang wakil rakyat yang lalu berkhidmat, telah menyimpulkan bahawa PKR yang mewakili Pakatan Rakyat harus di berikan mandat untuk mewakili mereka. Walaupun secara sembunyi, mereka akan berusaha untuk mengundi PKR nanti. Ketakutan dan kekalutan BN jelas kelihatan apabila Pehin Tan Sri Taib Mahmood merasakan yakin menang di Batang Ai. Kenyataan ini adalah semata-mata untuk memberi keyakinan dan semangat kepada jentera BN yang semakin hilang keupayaan untuk bekerja. Take Lufi orang kuat jentera BN menyatakan SIP MANA TAU BN BOLEH MENE KALI INI.

    Oleh itu cahaya kemenangan BN amat malap dan sebaliknya PKR akan terus bersinar untuk menjulang panji-panji kemenangan yang akhirnya akan menumbangkan Kerajaan BN di Sarawak nanti.

  3. […] – Pembidas Minda Lawatan Rombongan Kelantan ke Batang Ai 18 beberapa jam yang […]

  4. Mintak penjelasan, setahu kawe Arifin Mahmod bukan lagi Presiden Perakan.. khabarnya dia sudah meletak jawatan dalam AGM Perakan bulan lepas.. mitak check balik..

  5. kalu bukan presedin,maknanya ia mantan presedin tak salah pun.
    Tok peraih ni ko hok nak gati presiden perakan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: