Posted by: manjanik | Mac 23, 2009

Mubahalah – MB Pahang Mengalah

KUANTAN: Datuk Seri Adnan Yaakob tidak akan meneruskan mubahalah dengan Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman yang mendakwa wujud campur tangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang itu dalam pemilihan Umno bahagian berkenaan, tahun lepas.

Adnan berkata, beliau telah dinasihatkan oleh Mufti Negeri, Datuk Abdul Rahman Osman supaya tidak meneruskan mubahalah itu kerana sebab-sebab tertentu.

“Saya difahamkan ada pihak yang akan menasihatkan Datuk Tajuddin untuk tidak meneruskan (mubahalah) dan saya anggap perkara itu selesai begitu dan Allah tahu siapa yang betul, siapa yang tidak betul dalam hal ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis Ramah Mesra dan Pengenalan Caloncalon Wanita Umno dalam pemilihan parti dengan Perwakilan Wanita Pahang di sini, semalam.

Ditanya jika Ahmad Tajuddin berkeras untuk meneruskan mubahalah itu, Adnan berkata: “Itu hal dialah, mungkin dia boleh jadi mufti pula.”

Bagaimanapun, katanya, beliau akan cuba menyelesaikan isu itu secara politik.

“Ini isu politik, saya akan selesaikan dengan cara yang sesuai,” katanya.

Adnan sebelum ini menafikan beliau campur tangan dalam pemilihan bahagian itu sehingga menyebabkan empat pemimpin bahagian itu didapati bersalah melanggar Tata Etika Ahli Umno oleh Lembaga Disiplin parti serta mencabar Ahmad Tajuddin untuk bermubahalah.

Ahmad Tajuddin kemudian mencadangkan mubahalah itu diadakan pada pukul 10 pagi Selasa ini di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Sumber : BERNAMA

Dengan beralasankan Mufti nasihat jangan teruskan hasrat untuk bermubahalah maka dengan ini Dato Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang akur dengan saranan tersebut.

Sebelum inipun sudah banyak alasan pemimpin Umno/BN bila tersepit dengan masalah yang tidak menguntungkan mereka, maka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu digunakan.

Pihak keselamatan juga kerap dan sudah biasa digunakan apabila mereka terjepit. Contohnya menghalang ceramah, menyekat demontrasi, menarik permit akhbar parti pembangkang, mengugut dan terlibat secara langsung dengan agenda BN dalam pilihan raya.

Ini sahaja yang Adnan berani buat..hmmm

Ini sahaja yang Adnan berani buat..hmmm

Jadi tidak peliklah sekiranya Adnan menggunakan lidah mufti untuk tidak bermubahalah. Ianya juga menunjukkan kemenangan kepada pihak Ahmad Tajuddin.

Adnan yang kita sangkakan berani itu rupa-rupanya seorang yang penakut….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: