Posted by: manjanik | Mac 23, 2009

Inilah “Demo(kamu) + Kerasi” Kita

Harakah digantung tiga bulan

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Khusyuk menatap harakah

Khusyuk menatap harakah

Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini – kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.

Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta,” surat KDN dipetik.

Sumber : Harakahdaily

APA NAK JADI dengan negara kita sekarang ini. Langsung sudah tidak boleh dikritik. Menghukum tanpa diketahui kesalahan yang dilakukan. Ke arah mana negara ini mahu dibawa?

APA AKAN JADI dengan generasi masa hadapan. Apakah seperti katak di bawah tempurung?

APA KESUDAHANNYA anak cucu kita nanti. Apakah seperti lembu dicucuk hidung?

BERDOA LAH semoga kita semua selamat dan negara kita tidak menuju kepada pemerintahan diktator.

Advertisements

Responses

  1. cilaka…

  2. kalu utusan sebar fitnah besar besaran tarak di kena gantung.

    kalau buku separa-lucah juga bebas- KDn tarak peduli juga.

    Ini Cilaka punya KDN.

    Hantu Raya Betul!

    Patut La Rakyat Meyampah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: