Posted by: manjanik | Mac 20, 2009

Beranikah Adnan Bermubahalah dengan Ahmad Tajuddin?

SEDIA BERMUBAHALAH…Ketua Umno Bahagian Paya Besar,Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman (kiri) sedia menyahut cabaran Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berhubung dakwaan campur tangan beliau dalam pemilihan bahagian itu tahun lalu.

KUANTAN: Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman sedia menyahut cabaran Datuk Seri Adnan Yaakob untuk bersumpah (mubahalah) berhubung dakwaannya mengenai campur tangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Pahang dalam pemilihan Umno bahagian itu tahun lepas.Ahmad Tajuddin mencadangkan mubalahah itu diadakan pada pukul 10 pagi Selasa depan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

“Saya akan menunggu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang di tempat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Tajuddin sebelum ini menggesa Adnan meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap keputusan Lembaga Disiplin Umno menggantung keahlian Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Abdul Manan Ismail selama setahun dan memberi amaran kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lembing yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian, Datuk Md Sohaimi; Adun Lepar yang juga Naib Ketua Bahagian, Mohd Shohaimi Jusoh dan Ahli Jawatankuasa Umno bahagian, Mohd Zaili Besar.

Kesemua mereka adalah anggota Umno Bahagian Paya Besar yang didapati bersalah melanggar Tata Etika Ahli Umno.

Adnan dalam kenyataannya semalam bagaimanapun menafikan beliau menjadi dalang serta mencabar Ahmad Tajuddin untuk bermubahalah pada tarikh dan masa yang akan ditetapkan.

Sumber : BERNAMA

Sudah terang lagi bersuluh nampaknya UMNO sedang nazak dan menunggu saat kematiannya. Lepas satu satu bala jentaka menimpa Umno. Politik wang, mahkamah, kata mengata sesama sendiri, bomoh membomoh, ancam mengancam, fitnah mengfitnah, buruk menburuk, dengki mendengki dan sekarang ini mubahalah sesama sendiri pula.

Apa nak jadi dengan Umno kalaulah bukan sedang menuju kehancurannya. Setiap yang hidup akan mati. Sudah banyak kita menyaksikan keruntuhan parti-parti besar dan gah disuatu ketika dahulu. Dan kini tibalah giliran Umno pula.

Selamat jalan Umno dan orang-orang melayu serta Islam yang berlapang dada dan tidak taksub kepada Umno boleh memilih parti Melayu Islam mana yang mereka mahu. Bersedialah untuk berubah!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: