Posted by: manjanik | Mac 19, 2009

Amalan Khurafat Dalam Umno – Pak Lah Jadi Mangsa

Kertas Jampi di bawah meja Pak Lah?
Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

pak lah table in umno building 180309Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.

Pemeriksaan itu dijalankan sebagai persiapan mesyuarat terakhir Majlis Tertinggi (MT) sebelum bermula perhimpunan agung Umno, awal minggu depan.

Dua kertas putih, bersaiz kecil sehingga boleh dimuatkan di dalam mulut, mengandungi tulisan jawi dan kayu kecil yang dibalut kertas putih, lapor harian itu lagi.

sin chew daily report on pak lah cursed jampi table materials in umno building 180309Polis dilaporkan telah mengambil keterangan daripada tiga orang yang mempunyai kad akses ke bilik tersebut, termasuk dua anggota polis dan seorang pembantu politik yang bergelar Datuk.

Menurut laporan itu lagi, bilik itu tiada CCTV dan selain pemimpin politik, hanya pekerja pembersihan bangunan yang boleh masuk ke bilik tersebut.

Untuk kepastian lanjut, pasukan polis menghantar objek-objek kepada Jabatan Kimia. Hasil siasatan dilaporkan belum diketuai.

Mengulas laporan akhbar itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempersoalkan bagaimana objek tersebut berada di bawah meja presiden Umno dan tidak diletakkan di bawah meja timbalannya Datuk Seri Najib Razak.
Sumber : Malaysiakini.com

Orang kata, biasalah dalam Umno dimana amalan yang bercanggah dengan Islam ni semacam sudah menjadi asam garam. Cakap Islam berdegar-degar dalam waktu yang sama tak boleh pisahkan dengan perkara-perkara yang haram.

Kenapa jadi sedemikian? Kerana mereka bukan memperjuangkan Islam, mereka hanya memperjiuangkan melayu. Apakah sama berjuang untuk Melayu dengan berjuang untuk Islam?

Rasulullah SAW berjuang untuk Islam dan tidak berjuang untuk bangsa Arab walaupun Baginda orang  Arab. Bahkan Bagindalah yang melawan orang-orang  Arab yang menentang Islam.

Fikirkanlah betulkah perjuangan Umno?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: