Posted by: manjanik | Mac 16, 2009

Rasuah Pemilihan Umno – Ali Rustamkah Orangnya?

Mesyuarat Lembaga Disiplin Umno esok menjadi tumpuan ekoran tersebarnya khabar angin sejak seminggu lalu yang menyatakan seorang pemimpin kanan Umno akan digantung daripada bertanding dalam pemilihan Umno berhubung kesalahan politik wang.

Malah sebuah akhbar berbahasa Cina telah menghantar ‘SMS alert‘ hari ini yang mengatakan bahawa Lembaga Disiplin akan mencadangkan  penggantungan keahlian seorang calon jawatan timbalan presiden Umno.

Menurut SMS tersebut, lembaga itu dijangka mencadangkan pemimpin tersebut digantung keahlian selama tiga tahun.

umno muhyiddin yassin ali rustam muhamad mohd taibTiga orang calon bagi jawatan tersebut ialah Naib Presiden Umno – Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam – dan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Muhyiddin merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, manakala Muhd Taib adalah menteri kemajuan luar bandar dan wilayah. Mohd Ali adalah ketua menteri Melaka.

Khabar angin yang sama juga heboh diperkatakan di kalangan petugas media di Dewan Rakyat sejak beberapa hari lalu.

Di kalangan Umno sendiri, ianya sedang panas diperkatakan. Malah mereka secara terbuka menyebut nama calon yang akan dikenakan tindakan tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail akan mengadakan sidang akhbar khas petang esok selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut.

Dalam sidang akhbar tersebut, beliau dijangka mengumumkan hasil siasatannya yang melibatkan pemimpin terbabit.

Pegawai calon-calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini berkata mereka tidak tahu menahu mengenai khabar angin tersebut.

“Kami meneruskan kempen seperti biasa,” kata pegawai seorang calon timbalan presiden yang dihubungi hari ini.

Menurutnya, dalam masa 10 hari terakhir ini, pihaknya akan meningkatkan kempen di Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

“Malam ini, majlis memperkenal calon-calon di sebuah hotel di Shah Alam,” katanya.

Sumber : Malaysiakini.com

RASUAH AMALAN TRADISI UMNO/BN

Esok adalah harinya. Jam 4 petang esok akan terbukalah siapa sebenarnya yang terlibat dengan rasuah tersebut. Walaupun sok sek sok sek di kalangan wartawan seolah-olah menunding jari kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam, akan tetapi bersabarlah untuk mengetahui siapakah sebenarnya.

Ini kerana bukan Ali seorang yang terlibat dalam menawarkan diri merebut jawatan Timbalan Presiden. Kalau dahulu Tan Sri Isa Samad terjerat dengan amalan rasuah ini sehingga tergugurnya beliau dari senarai pemimpin no 3 Umno, kini siapa pula yang akan menjadi mangsa kepada amalan rasuah itu.

Kejelikan rasuah pemimpin Umno sudah sebati dan menjadi darah daging mereka. Cuma ada yang terlepas dan ada yang terkena. Di mana-mana sahaja perbuatan rasuah ini menjadi mainan mereka apatah lagi semasa berlangsungnya Pilihan raya samada PRU atau PRK.

Dalam Pilihan raya mereka menamakan “projek” untuk rakyat sebagai sogokan atau sebenarnya adalah RASUAH.

Kenapa di namakan rasuah?, kerana projek tersebut adalah umpan untuk meraih, meminta, memikat, mendamba, mengharap, memaksa secara halus, menukar dan pelbagai lagi ungkapan yang memberi erti pemberian tersebut adalah tukaran supaya rakyat menyokong BN/calon yang dipilih.

Jadi, apalah hendak dihairankan apabila dalam pemilihan kepimpinan Umno ini berlaku rasuah merasuah sesama mereka kerana dengan orang lainpun mereka mengamalkan juga budaya buruk dan amalan ahli neraka ini.

Jadi, Jauhilah Umno dan BN.


Responses

  1. Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah

    Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah
    Assalamu’alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh

    Tarikh: 21 Rabi’ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)

    Lokasi: Pusat Pengajian Ba’alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (belakang Zoo Negara)

    Tetamu Khas: Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut), Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dan Tuan Guru Baba Abdul Aziz

    Aturcara:

    Sholat Maghrib berjemaah
    Bacaan Ratib al-Haddad
    Bacaan Maulid – Diyaul Lami’
    Ceramah oleh Habib Kazim
    Qasidah
    Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz
    Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame’ oleh Habib Kazim
    Tertib al-Fatihah oleh Habib ‘ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
    Sholat Isya’
    Jamuan

    Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. Kalau nak ditafsitkan semua itu rasuah

    maam-macam tafsiran

    La ni nak pi mesyuarat PIBG atau bersifat sukarelapun nak kena bagi RASUAh

    seperti

    CABUTAN BERTUAH

    HADIAH

    Dik kata nak dikategorikan RASUAH …

    Semua orang mesti ada niat sesuatu

    JAMUAN MAKAN

    DALAM MENEFIESTO pun boleh dikira macam rasuah

    NAK AMBIK HATI ORANG …

    Orang politik – TENGKOK ORANG CINA .. KAYA BERTAMBAH KAYA

    ORANG MELAYu BERCAKARAN SESAMA SENDIRI

    MCA vs DAP — DAPAT TANAH LAGI .. SEDANGAKAN TANPA TANAH TU MEREKA BOLEH BINA UNITAR .. ORANG MELAYU YANG BODOH

    MALAYU HANYA PANDAI LEPAS GERAP

    STRATEGI POLITIK MELAYU ADALAH CETEK

    HINDU KAT MALAYSIA 3% – TAPI DALAM NGO SOLAH_SOALAH MACAM &)% KAT MALAYA NI

    MELAYU MEMANG BODOH CGPA < 3.00 kebawah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: