Posted by: manjanik | Mac 14, 2009

CALON BN BUKIT GANTANG : ISMAIL TERPILIH, KAMARULAIL MERINTIH


Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan nama calon-calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan kerusi DUN Batang Ai.

Ismail Saffian dari Umno dicalonkan di Bukit Gantang.

Senyum seorang calon

Senyum seorang calon

Datuk S Ganesan dari MIC di Bukit Selambau.

Malcolm Mussen ak Lamoh di Batang Ai.

Pencalonan Ismail and S Ganesan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, masing-masing di Taiping, Perak and Sungai Petani, Kedah, hari ini.

Bagaimanapun, tidak jelas siapakah yang mengumumkan pencalonan Malcolm Mussen. Satu laporan awal bahawa pengumuman itu dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, telah dipertikaikan.

Joseph Tawie, yang melaporkan untuk Malaysiakini di Kuching, berkata, Presiden PRS, Dr James Masing yang mengumumkan pencalonan Mussen – pilihan parti tersebut – sebagai calon.

BN Sarawak bermesyuarat di Kuching hari ini untuk memutuskan calon bagi pilihanraya kecil Batang Ai. Ia dihadiri oleh pemimpin BN negeri dari PBB, Supp, SPDP dan PRS.

Sumber: Malaysiakini.com

Tanda-tanda kekalahan BN di Bukit Gantang.

Pemilihan Ismail Safian sebagai calon sememangnya sudah diduga kerana beliau adalah “orang Najib”. Manakala “orang Pak Lah” adalah Ketua Umno Bahagian, Datuk Rosli Husin dan Timbalan Ketua Bahagian, Kamarulail Hj Sulaiman yang juga dikatakan menjadi sebutan ramai sebagai calon yang berwibawa.

Kamarulail yang sebelum ini dilihat begitu beria-ia benar untuk dicalonkan nampaknya disingkirkan secara halus oleh “orang yang kalah” dalam merebut jawatan Ketua Bahagian dalam pemilihan yang lalu – Ismail Safian.

Apa yang jelas, sememangnya Najib mahu orang-orang dari kem beliau yang akan menjadi calon memandangkan beliau akan menerajui parti dan Negara sedikit masa lagi.

Apapun, pemilihan Ismail bukanlah yang terbaik. Tanda-tanda perpecahan sudah mewarnai Bukit Gantang. Persoalan bagaimana orng yang kalah dipilih menjadi calon sudah tersebar di kedai-kedai kopi?

Mereka mendakwa kekalahan merebut jawatan itu sendiri sudah membuktikan bahawa ahli-ahli Umno tidak mahukan Ismail. Bagaimana pimpinan tertinggi Umno tidak nampak perkara ini?

Kalaulah hendak diambil kira faktor anak tempatan, Kamarulail juga merupakan anak tempatan,  Mempunyai latar belakang agama dan disenangi oleh rakyat tempatan.

Apa yang jelas, mereka kecewa dengan pemilihan itu dan menganggap ianya adalah “mainan politik orang-orang atasan”.

Selain daripada Ismail, masih ada lagi beberapa orang pemimpin Umno Bahagian yang dilihat berwibawa dan layak dipilih sebagai calon. Menurut pengundi-pengundi tempatan, Mohd Kamarudin Abu Bakar(Naib Ketua yang juga bekas Ketua Pemuda),  Kapt (B) Abd Razak, Dato’ Kamilia, Tan Sri Jins Shamsudin juga layak dan dan berhak dipertimbangkan.

Kamarudin yang pernah kecewa kerana tidak terpilih dalam PRU 12 lalu walaupun Ketua Bahagian pada masa itu sememangnya sudah yakin bahawa beliau akan dicalonkan, juga dilihat mempunyai pengaruh yang besar di kalangan orang muda. Kini beliau juga dipinggirkan walaupun menjawat jawatan no 3 Umno Bahagian.

Walau bagaimanapun, Kamarulail adalah orang yang paling diberi perhatian untuk menjadi calon. Di bawah ini di perturunkan harapan dan kemahuan orang-orang Umno untuk melihat Kamarulail menjadi calon dalam blog Umno : kmu.net.my.

PRK P59 BUKIT GANTANG – Calon UMNO mana pilihan anda?

(1)Dato Rosli adalah orang yang amat disenangi diperingkat Bahagian Bkt Gantang, seorang yang mudah didekati… mesra rakyat dan berjiwa rakyat memang sesuai dia control bahagian.

Kamarulail adalah calon pilihan….. walaupun saat ini Ismail Safian dikatakan

Kamarulail..punya jawatan tetapi "ditendang"...

Kamarulail..punya jawatan tetapi "ditendang"...

memberi saingan dalam pemilihan kali ini… saudara Kamarudin Abu Bakar pula dikatakan memberi laluan kepada dua orang calon diatas…

Kapt Razak tu tak sepatutnya dicalonkan baru sehari dua ni dia balik kg kalau tanya orang bahagian bkt gantang dah tentu orang tertanya tanya siapa Kapt Razak..

yang terpilih mestilah orang yang bergiat aktif di bahagian bukit gantang dan bermastautin di bukit gantang… inilah syarat yang “wajib” bagi setiap calon….

(2) Kamarulai Hj Suleiman calon yang sesuai.

(3)3 orang duk dalam final list sekarang Kamarullail, Kamaruddin dan Ismail Safian. Ismail Safian kemungkinan besar akan terkeluar, walaupun beliau dilihat ‘bersama’ dengan orang kuat UMNO dan BN. Akar Umbi kurang berkenan Ismail Safian ni, mungkin kerana beliau ‘bukan anak tempatan dalam ertikata sebenar’ berbanding Kamarullail dan Kamaruddin.

(4) Kamarulail adalah calon yang layak…untuk bertanding di parlimen bukit gantang…beliau memunyai sifat dan ciri-ciri yang menepati seorang pemimpin…yang dicari oleh UMNO dan BN pada masa kini…HIdup KAMARULAI!!!Hidup UMNO bukit ganTang!!!Hidup BN!!!!

Apapun yang jelas Ismail Safian sudah terpilih dan sudah tentu Kamarulail dan penyokong-penyokongnya sedang merintih.

Advertisements

Responses

  1. calon la sesiapa pun tak kisah, sb BN bertanding bukan untuk menang pun.

  2. Sebenarnya Umno main tangkap muat saja dalam pemilihan calonnya ini. Sebab Umno tahu dia akan kecundang. Dalam kempen pilihanraya ini Umno tidak akan menurunkan wang peruntukan yg banyak seperti didalam pilihanraya Pmtg. Pauh dan Kuala Terengganu. selain dari itu wang ini akan digunakan kempen pemilihan Umno.
    Telan air lior ajelah pengundi Parlimen Bukit Gantang

  3. mudah-mudahan calon-calon umno yang tak tercalon tergerak untuk ajak penyokong mereke mnyokong calon PAS

  4. Aritu awal-awal lagi Pakatan Romen dok kutuk Kamarulail… harap2 Kamarululail jadi calon…. jadi dah ada point nak belasah dia….

    Ismail orang terbaik… geng pakatan romen tak de point nak belasah dia…..

  5. APA LE MEKA NI, KEJAP KUTUK KAMAROL, KEJAP PUJI MANE SATU NI.. KALU NAK KUTUK, KUTUK SEMUA ORANG UMNO.. JANGAN CAMPOR GHUMAH TANGGE ORANG… BAWAK LA BERSABOR 7 APRIL NI… BKT GANTANG.. YE.. PASTIKAN MENANG.. JANGAN RISAU ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG YANG BENOR… JAGA MULUT KITA UDAH…

  6. boh la sapa pon calon bn kalah tetap kalah

  7. harap berkat mengimamkan sembahyang dan harapan imam masjid melantik nizar jadi imam pas dan pkr menang kerusi masing-masing.imam pun tidak harap calon bn jadi imam buktinya pas bakal menang di bukit gantang.lihatlah

  8. wahai pengundi-pengundi suapan umno ingatlah,bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu buat
    ,Allah mendengar apa yang kamu perkatakan,Allah melihat apa yang kamu lakukan

  9. Itu masalahnya UMNO tak pernah mau berubah sama saja disemua tempat,kalau UMNO nak berubah atau disokongi rakyat UMNO kena tukar semua pemimpin kurap yang terlalu banyak jika tidak buruk padahnya PRU13

  10. susah-susah sangat bubarkan UMNO buat parti lain


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: