Posted by: manjanik | Mac 13, 2009

Sultan tak boleh pecat MB? Apa pasal pula tak boleh?

Fasal 16(7) menyebut “subject to clause (6). Maka berbalik kepada Fasal 16(6) jika permintaan MB Dato Seri Nizar untuk dibubarkan DUN tidak mendapat perkenan Sultan, MB Dato Nizar hendaklah mengemukakan perletakkan jawatan EXCO.

Samada beliau hendak atau tidak meletakkan perletakkan jawatan sudah tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan. Maka saya pasti sangat Sultan Perak bertindak mengikut undang2 Tubuh Negeri dan pemecatan Dato Nizar dan Exconya pun mengikut undang2 negeri?

Pendapat saya memang berbeza. Speaker tidak berhak keatas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Juga tidak berhak menggantungkan perlantikkan Sultan, Speaker juga tidak berhak pandai-pandai pula mengadakan sidang DUN jika Sultan tidak membenarkannya. Dewan DUN milik speaker ke?

Dalam hal majoriti, sila hayati perkataan fasal 16(6). Adakah ianya menyebut “members in” atau “members of the legislative Assembly”? Maka perlukah kehilangan sokongan majoriti mesti dibuat didalam sidang DUN? Ya atau tidak?P

Perlukah sokongan majoriti diraih semasa diadakan sidang DUN?Perkataan “members of the Legislative Assembly” bukan “members in” bukankah sudah cukup jelas? Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar?

Persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab itu Dato Seri Nizar sendiri memohon perkenan Sultan untuk dibubarkan DUN kerana jika Dato Seri nizar memanggil sidang DUN nescaya usul tidak percaya BN (28 campur tiga ADUN lompat) terhadapnya tentu berjaya. Bermakna Kerajaan Pentadbiran Pakatan Rakyat tumbang juga.

`Pakar Undang2 Perlembagaan’ seolah-olahnya sepakat bahawa Speaker DUN Perak tidak memerlukan perkenan Sultan jika sesi DUN yang lalu ditangguhkan/ ditundakan dan bukannya ditamatkan. Jika sesi DUN yang lalu ditamatkan baharulah perkenan Sultan diperlukan untuk memulakan semula sidang DUN.

Pandangan saya berbeza. Samada sidiang DUN dibuat dibawah pokok atau atas pokok bukan soalan pokok – yang paling penting adalah perkenan Sultan samada sidang DUN boleh dibuat atau tidak. Jika tidak, sidang DUN dibawah pokok atau diatas pokok merupakan `perhimpunan haram’. Kesalahan yang boleh tangkap tanpa waran.

On the issue of Article 72, Clauses (1) to (3) of the Fed Constitution;

“(1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.

(2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.

Speaker hanya kebal jika pada mulanya sidang DUN yang dibuat itu adalah sidang yang sah dan ditempat yang sah. Saya menyangkal pendapat bekas Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan NH Chan yang mengatakan sidang DUN itu sah dan Sivakumar mempunyai kekebalan.

Speaker hanya mendapat perlindungan jika pada mulanya sidang tersebut adalah sidang yang sah i.e. mendapat perkenan sultan.

Persoalan yang saya ajukan adalah Sultan ibarat CEO Negeri Perak, apakah Baginda Sultan tiada kuasa veto dan mempunyai kuasa menitahkan Speaker untuk tidak membuat/ meneruskan sidang DUN yang sudah dirancangkan Speaker? Apakah rancangan Speakar mengatasi rancangan Sultan Negeri Perak itu sendiri?

Perkataan “Speaker” (Pengucap) itu sendiri menunjukkan kedudukannya yang sebenar berbanding Sultan.

Lain pulalah kedudukannya jika seseorang itu berpendapat bahawa Sultan bukannya CEO dinegerinya sendiri sebaliknya Speakerlah yang menentukan walaupun terhadap Sultan yang merupakan Pemerintah (Ruler) dinegeri Perak. Terpulanglah pendapat yang mana nak pakai.

Hendaklah suatu Peraturan Tetap DUN tidak dibaca berasingan (piecemeal) tetapi secara menyeluruh dan filosof. Pentadbiran negeri boleh bertukar tangan seperti Kelantan, namun Pemerintahnya tidak. DI Kelantan contohnya, Pas mendapat mandate mentadbir negeri bagi pihak Sultan sebab itu MB merupakan perlantikkan Sultan bukan rakyat. Dinegeri Selangor pun sama, Pentadbiran jatuh kepada Pakatan Rakyat namun Pemerintahnya tidak berubah.

Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;

PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

“PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.

PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.

Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
yang di hadapan.”

Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah memalukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden sehingga dibuat dibawah pokok? Beberapa banyak kapal-kapal perang berlabuh diLumut.

Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/ kataputus (final say). Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa (kedaulatan & ketuanan) yang ada pada Raja iu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN.

Majistret pun ada kuasa, namun Hakim mahkamah Tinggi pun ada kuasa malahan lebih lagikan?

Perkenan Sultan perlu bukan sahaja bila DUN boleh bersidang bahkan termasuk tempat bersidang. Maka sidang DUN dibawah pokok itu atas perkenan siapa?

Izinkan saya memberikan sedikit kelas undang2 diruangan kecil ini jika kalian tidak keberatan. Parti2 Politik adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (Soceity Act). Masaalah dikalangan ahli2 parti hendaklah diselesaikan dibawah Akta tersebut contohnya dengan memecat ahli tersebut namun pertubuhan (PKR contohnya)itu tiada hak melucutkan mereka sebagai ADUN kerana itu adalah pilihan dan hak rakyat bukan parti. Jika rakyat benci ADUN tersebut kerana melompat, kenalah tunggu pilihanraya akan datang atau jika ada kausa tindakan (cause of action) boleh juga saman ADUN tersebut kerana memungkir janji dan meminta ganti rugi.

Contohnya, , Ali dan Minah berkahwin. kemudiannya Minah lompat pergi ke lelaki lain. apa kaitan dalam hal ini untuk Ali menyalahkan tok kadi? Ali samanlah lelaki yang membawa lari Minah isterinya atau saman Minah . Kenapa pula hendak dibubarkan semua akad pernikahan pasangan suami-isteri yang lain yang tok kadi telah akad nikahkan?

Inikan masaalah antara BN dan Pakatan Rakyat, kenapa perlu dibabitkan Sultan pula dan kenapa hendak dibatalkan ADUN-ADUN yang lain hanya kerana 3 ADUN yang lompat keluar dari Pakatan Rakyat?

Maka jika Ali ditipu dan tertipu oleh ADUN Behrang (contohnya) bukankah itu masaalah Ali yang mudah tertipu dan ditipu oleh ADUN tersebut? Tunggulah pilihanraya akan datang. supaya jangan tertipu lagi namun Ali boleh jika mahu saman ADUN Behrang kerana telah memungkiri janji atau saman saja PKR kerana nyata telah cuai dalam memilih calon yang baik untuk dipertandingkan. Kenapa pula nak mengalihkan pandangan dengan membenci dan menyalahkan Sultan dan menghasut dan mengelirukan rakyat atas salah diri sendiri?

Berbalik kepada Ali dan Minah suami isteri, bukankah Ali sendiri yang tackle dan goda Minah untuk dijadikan isteri- bukannya tok kadi yang pandai-pandai paksa Ali berkahwin dengan Minah? Bila masa pula Sultan ada menyuruh/ memaksa ALi mengundi Adun Behrang (contoh) – maka kenapa perlu babitkan dan persalahkan Sultan atas kesilapan diri sendiri?

Maka jika ALi tak berpuas hati dengan ADUN yang belot dan penipu, samanlah ADUN itu jangan pula Sultan atau paksa Sultan bubarkan DUN sehingga membabitkan ADUN2 yang lain pula yang tiada masaalah dengan Sultan ataupun menghasut dan mengelirukan pengundi2 tempat DUN lain yang tak bermasaalah.

Sekian

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin.
Pensyarah (Undang2 Awam) IIUM

Advertisements

Responses

  1. #

    Persoalannya sekarang, apakah Sidang bawah pokok tersebut tidak SAH? Jikalah tidak SAH, kenapa ini tidak boleh dijalankan?

    Quote:

    “Pandangan saya berbeza. Samada sidiang DUN dibuat dibawah pokok atau atas pokok bukan soalan pokok – yang paling penting adalah perkenan Sultan samada sidang DUN boleh dibuat atau tidak. Jika tidak, sidang DUN dibawah pokok atau diatas pokok merupakan `perhimpunan haram’. Kesalahan yang boleh tangkap tanpa waran.

    End Quote

    Kenapa Speaker dan para ahli Sidang DUN tidak ditangkap? Jika benar-benar sidang DUN tersebut tidak SAH?

    Krisis perlembagaan Perak semakin rumit untuk difahami. Sehingga tiada arah untuk selesaikan.

    Melainkan, UMNO berlapang dada untuk membubarkan DUN.

  2. Pendapat adalah pendapat asalkan disertakan hujah. Apapun, biarlah mahkamah settlekan – samada keputusan Mahkamah itu betul atau tidak, bijak atau tidak pendapat makamah akan mengkat pihak2 yang bertikai. Kita bukan pihak2 yang bertikai.

    Isu kenapa kalau salah tidak ditangkap adalah soal dan kuasa polis – isu penguatkuasaan sebagaimana penguatkuassan pengunaan bahasa malaysia di IPTA dan Mahakamah dan banyak lagi.. Ibarat tidak pakai topi keledar keselamatan semasa menunggang motorsikal. Penguatkuasaan perlu mengambil kira sensitivi keadaan.

    Prof Madya Dr abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    Soal Jawab: Sultan Perak miliki kuasa lantik Menteri Besar sesuai Undang-Undang Tubuh Negeri
    Oleh Rasid Rahaman dan Siti Almizan Aripin
    TINDAKAN Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar baru terus dipertikaikan Pakatan Rakyat walaupun ia dilakukan mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Menteri Luar, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berpengalaman luas dalam soal perundangan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengupas krisis itu. Ikuti temu bual beliau dengan Pengarang Berita, Berita Minggu, Rasid Rahaman dan Wartawan, Siti Almizan Aripin.

    BOLEH Datuk Seri jelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dan Sultan dalam Perlembagaan Persekutuan terutama dalam proses pelantikan Perdana Menteri dan Menteri Besar?
    Seseorang Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga kuasa besar yang tidak boleh diganjak mengikut Perlembagaan. Pertama, melantik seseorang Perdana Menteri mengikut perkara 43 (2a) Perlembagaan Persekutuan. Kedua, sama ada bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Parlimen dan ketiga, menguruskan perkara berkaitan hak-hak keistimewaan atau pun adat istiadat Melayu dan yang berkaitan dengan agama Islam.
    Ketiga-tiga kuasa mutlak ini juga ada pada Raja Melayu atau Sultan di negeri-negeri. Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai pelbagai fungsi dan kuasa mengikut Perlembagaan termasuk sebagai Ketua Turus Angkatan Ketenteraan. Baginda juga mempunyai hak dan kuasa untuk memberi keampunan kepada pesalah yang kesalahannya berlaku di Wilayah Persekutuan. Hak ini juga ada di negeri-negeri, cuma Sultan tidak ada kuasa atau peranan sebagai Ketua Turus Ketenteraan di negerinya.
    Kuasa di Perak misalnya melantik seseorang Menteri Besar terletak pada Perkara 16 dan perkara ini ada ceraiannya antara satu hingga enam. Yang penting ialah bagi kita mengetahui kuasa baginda Sultan di Perak melantik Menteri Besar dari kalangan seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang pada pandangan baginda mempunyai sokongan teramai atau majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN) terbabit.
    Bagaimanapun, peruntukan ini ada pada semua negeri. Bagaimanapun yang tidak ada pada semua negeri adalah Klausa 4 perkara 16 di negeri Perak itu yang berbunyi lebih kurang, Sultan mempunyai kuasa melantik seseorang Menteri Besar dari kalangan yang baginda dapati sesuai dan untuk melantik seseorang Menteri Besar di bawah Klausa 4 itu, baginda boleh mengetepikan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri jika pada pendapat baginda ini sesuai dan berpatutan.
    Klausa atau peruntukan inilah yang pada hemat pakar Perlembagaan digunakan oleh Sultan Perak ketika melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tempoh hari. Seharusnya pelantikan ini tidak dipertikai, tetapi politik sudah mempertikaikannya dan pada masa sama penasihat dan mereka yang bertanggungjawab mengenai Perlembagaan negeri Perak sendiri mungkin berasa terkejut dengan tindakan di luar dugaan itu. Inilah kuasa-kuasa am dan khusus yang ada.

    Kenapa pelantikan Menteri Besar Perak terus dipertikaikan?
    Politik mempunyai pelbagai mata, tetapi undang-undang mempunyai satu mata. Oleh demikian, politik di Perak yang diasuh oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas nampak bahawa dengan peruntukan Klausa 4 tadi, mereka masih mempersoalkan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar. Kononnya pada ketika sama tidak ada ujian penentuan dibuat di DUN untuk menentukan siapa yang mempunyai kedudukan majoriti. Jadi dalam hal majoriti di DUN ini memang menjadi suatu kelaziman bagi mana-mana kuasa legislative (perundangan) untuk menentukan majoriti seseorang atau sesuatu kumpulan.
    Di Perak, pembangkang terus menduga dengan hujah mereka kononnya Sultan tidak mengendahkan keputusan Dewan. Jadi pihak yang menyebelahi pandangan mereka terus mendesak supaya diadakan undian di Dewan dan menganggap hanya itulah yang sepatutnya diadakan. Tanggapan itu salah sebab menentukan majoriti di DUN hanya salah satu daripada kaedah dan ini diputuskan oleh kes di negeri Sabah pada 1994, Amir Kahar lawan Tun Mustafa. Dan hal ini sudah diterima sebagai hakikat keputusan universal (sejagat). Ia terkandung di dalam pelbagai kes lain juga dan dengan adanya kes di Sabah itu maka jelas bahawa Sultan tidak perlu mengikut kaedah lazim seperti dikatakan oleh pembangkang.

    Pada pandangan Datuk Seri siapakah yang berhak bertindak kepada mereka yang mempersoalkan fungsi Sultan?
    Kuasa untuk menahan mana-mana pihak daripada menyaman Sultan atau mengheret Sultan, atau menyaman atau mengheret Menteri Besar yang baru, tidak ada. Apatah lagi sejak 1994, pindaan Perlembagaan kepada Perkara 181 sudah dibuat dan pada pindaan itu seseorang Sultan boleh disaman atau sesuatu kesalahan atau salah laku atau atas sesuatu yang sabit dengan kes sivil. Asalkan Pendakwa Raya membenarkannya. Jadi soal dibangkitkan di Perak ini harus diamati dengan baik oleh kerana kita tidak mahu terbabit dengan suasana kita memperli atau memperkecil mahkamah lantaran ada satu dua perbicaraan sekarang yang berlaku di dalam mahkamah yang seharusnya tidak kita pertikaikan perjalanan atau perbicaraan itu.
    Tetapi soal ini adalah soal majmuk yang seharusnya masyarakat boleh mengambil perhatian mendalam.

    Bloggers turut memperkecilkan fungsi Sultan?
    Kita lemah dari segi penguatkuasaan undang-undang. Dan apabila saya nyatakan begini, saya tidak fikir ramai yang tidak bersetuju. Majoriti bersetuju apa saya rasakan. Kita ada Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sama ada puncanya berasaskan kepada radio, televisyen atau blog di dalam internet, ia sama seperti seseorang itu menulis. Sebab niat yang wujud akibat perbuatan itu untuk mewujudkan suasana menghasut atau perasaan syak wasangka hingga menyebabkan perpaduan masyarakat berpecah. Jadi dengan itu, pihak berkuasa harus terus mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan atau Akta Polis dan ada beberapa akta lain. Dan tidak semestinya kita guna ISA. Saya cuma bercakap dari hal undang-undang semata-mata. Ini bukan soal hendak mempolitikkan sesuatu isu. Seharusnya, penulis blog ini sudah menerima saman dan juga untuk hadir di mahkamah. Jadi kita bandingkan kalau di beberapa negara jiran, mereka tidak berani menulisnya di blog, kenapa mereka berleluasa di Malaysia. Sebab mereka tahu kita tidak menjalankan tugas asas untuk menyusul sesuatu tindakan mengikut undang-undang.

    Apa yang membezakan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dengan negeri lain?
    Perbezaannya ada pada beberapa aspek. Salah satu daripadanya adalah kuasa diraja. Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional. Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.
    Kuasa untuk memberi pengampunan semuanya ada. Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, tetapi tidak ada di dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

    Boleh Datuk Seri berikan contoh kes lain yang boleh dibuat rujukan?
    Tidak seratus peratus. Tetapi nasnya banyak. Misalnya dalam kes Adigbenro Akintola dari Nigeria ditentukan di situ bahawa dalam menentukan siapa yang boleh menjadi Gabenor harus mempunyai suara ramai. Jadi nas seperti itu juga dipakai di dalam kes Stephen Kalong Ningkan 1966 di Sarawak. Atas kes-kes Komanwel inilah muncul satu corpus undang-undang yang merujuk kepada keputusan DUN menentukan siapa yang mempunyai kuasa majoriti harus diikuti. Kes negeri Perak, keadaan itu telah dibatalkan oleh Klausa 4. Sebab itu Sultan Perak selepas memanggil semua Adun termasuk Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim, Yee Yit Foong (Adun Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering). Baginda berpendapat suara ramai sebenarnya sudah ada pada Barisan Nasional (BN). Sebab itu baginda bersetuju ambil Dr Zambry sebagai Menteri Besar.

    Kewajaran Speaker gantung Menteri Besar dan 6 DUN daripada menghadiri Persidangan DUN Negeri Perak?
    Kuasa itu tidak boleh diikuti sebenarnya sebab prosiding itu tidak dibuat dalam Dewan. Ia boleh dipertikaikan dan tidak seharusnya Menteri Besar akur kepada arahan itu. Sekiranya arahan itu dibuat dalam Dewan dan diluluskan usulnya di bawah Peraturan Tetap 18 atau 89 barulah menjadi perkara yang boleh dikuatkuasakan. Tetapi seseorang Speaker yang Dewannya pun tidak ada, beliau tidak ada kuasa menggantung Menteri Besar dan enam Exco daripada menghadiri persidangan DUN Perak. Sebab Speaker hanya boleh bertindak dalam Dewan. Begitu juga di bawah pokok, bukan Dewan. Seharusnya pihak berkuasa menghalang perhimpunan itu, tetapi ia tidak dihalang. Di situlah saya mempertikaikan cara kita mentadbirkan kuasa undang-undang di negara ini yang sudah berlainan sangat ketika saya menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri dulu (tahun 1977-1978).

    Ada pihak menyatakan Speaker DUN Perak tidak perlu mendapatkan perkenan Sultan untuk mengadakan persidangan baru kerana persidangan terdahulu hanya ditangguhkan, bukan ditamatkan. Boleh Datuk Seri komen?
    Itu pandangan biasa namanya. Pandangan yang tidak berasaskan kepada undang-undang. Tetapi jikalau seseorang itu meneliti perkara 36 dan melihat kehendak dan kuasa Sultan di situ, ialah bahawa Sultan mempunyai kuasa itu. Kita tidak boleh hanya menyatakan oleh kerana ini hanyalah kesinambungan kepada Dewan dulu. Sedangkan Menteri Besar sudah bertukar, Exco sudah bertukar, Menteri Besar lama sudah keluar daripada bidang tugas dan bidang kuasanya. Ia sudah menjadi suatu keadaan baru. Sebab itu perlunya kita mendapat arahan daripada Sultan. Sebenarnya ketika Dewan tidak bersidang, kuasa Sultan tetap ada. Sama ada hendak mengarah Dewan bersidang atau tidak. Ini perlu difahami semua orang yang berkaitan dengan DUN. Speaker tidak boleh berbuat sesuka hati di negeri begitu juga di Parlimen. Jika Yang di-Pertuan Agong menyatakan baginda hendak menangguhkan Dewan, jadi ini kuasa baginda.

    Tindakan Speaker DUN Negeri yang mengadakan persidangan di bawah pokok dari sudut undang-undang?
    Pertama, istilah Dewan mengikut amalan Parlimentary Practice Commonwealth termasuk yang diamalkan di House of Common (Dewan Rakyat) dan di House of Lord (Dewan Negara). Ia institusi berdinding, beratap dan menggunakan suatu bangunan. Jadi apabila seseorang itu bersidang di bawah pokok, ia bukan bersidang di dalam Dewan. Tidak ada rumahnya jadi mengikut Sesyen 27, seharusnya kita sudah boleh bertindak, tapi kenapa dibiarkan? Soalan ini saya tidak boleh jawab. Jadi saya berterus terang menyatakan tindakan-tindakan preventive (pencegahan) kita tidak cukup. Dan mesyuarat itu tidak sah.

    Adakah tindakan pencegahan itu perlu tunggu arahan menteri sebelum polis boleh bertindak?
    Tanpa menyinggung mana-mana perasaan, polis sendiri boleh bertindak. Sebab ini bukan berada di bawah cabang keselamatan. Ini kesalahan awam biasa. Ada tiga undang-undang berkaitan dengan tindakan awam. Pertama Akta Polis, kedua Akta Ketenteraman Awam dan ketiga ialah akta bersabit dengan mesyuarat atau berkaitan dengan Dewan Parlimen misalnya. Jadi mereka terbabit boleh diambil tindakan mengikut Akta Polis dan Akta Ketenteraman Awam 1959.

    Jadi, jika persidangan dibuat tidak sah, bagaimana dengan tiga usul diluluskan oleh DUN di bawah pokok?
    Ia juga tidak sah. Satu, prosedurnya ialah Setiausaha Dewan harus menyediakan notis sekurang-kurang tujuh hari atau menurut kehendak Speaker boleh disingkatkan. Dalam persidangan itu, Setiausaha Dewan tidak terbabit. Proses itu tidak dilakukan. Yang kedua, mengikut Perkara 36 Perlembagaan negeri Perak, Sultan hendaklah memanggil dari semasa ke semasa sidang DUN. Bermakna masa tertentu, Sultan harus dimaklumkan lantaran konsep DUN di negeri-negeri, pertama Sultan dan kedua DUN. Jika di Parlimen, konsep Parlimen ialah pertama Yang di-Pertuan Agong dan kedua Dewan Rakyat dan ketiga Dewan Negara. Jadi di negeri, Speaker tidak boleh bertindak sesuka hati, sekurang-kurangnya setiausaha mesti berfungsi dan yang paling wajar Sultan perlu memainkan peranannya. Sultan juga boleh meminta supaya sidang diadakan. Menteri Besar juga mengikut petisyen di bawah kuat kuasa peraturan Dewan Negeri Perak boleh meminta Dewan diadakan. Timbalan Speaker pun boleh sekiranya Speaker mempunyai alasan, dan boleh buat petisyen mengikut Sesyen 8 Peraturan negeri Perak.

    Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan menyatakan kekebalan Speaker DUN termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya. Boleh Datuk Seri komen?
    Mereka yang cakap kebal ini sebenarnya kebal dari apa. Itu saya fikir satu terma yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan pelbagai pihak. Speaker tidak kebal dari segi undang-undang dan juga prosedur.
    Pertama, seseorang Speaker jika tidak mengikut prosedur, fungsinya terbatal. Speaker beroperasi di dalam Dewan bukan di luar Dewan. Speaker mesti menerusi Setiausaha Dewan, Speaker tidak boleh mengarahkan dengan sendiri. Kerja-kerja Speaker mengadakan persidangan dan membubarkan Dewan mesti mendapat kelulusan Sultan sebab erti DUN, tampuknya ialah Sultan dan bawahnya DUN.

    Seterusnya, jika Speaker menyalahi keempat-empat prosedur ini, Speaker boleh dihadapkan kepada Jawatankuasa Keistimewaan atau Committee of Privileges apabila bersidang nanti. Jadi pandangan terbaik adalah oleh kerana BN sekarang sudah pun majoriti selepas dibuat perkiraan tempoh hari, kenapa tidak berani mengadakan Dewan, lantik Speaker baru. Di bawah Perkara 39 Perlembagaan Perak, ada peruntukan bagi Timbalan Speaker.
    Kenapa ini tidak berlaku?
    Inilah masalahnya. Kita kena berani sekarang melaksanakan tuntutan undang-undang. Paling penting, Perak sekarang ini dinasihati oleh satu kumpulan. Kita harus meneliti adakah kumpulan ini memadai bagi perjuangan negeri Perak menghadapi cabaran sekarang. Tapi ini bukan bagi saya untuk jawab. Terserah kepada pihak negeri. Kita mesti mencari alternatif yang praktikal jadi mesti orang yang betul-betul memahami prosedur politik dan juga prosedur dalaman legislative (perundangan) dan juga peraturan menguatkuasa undang-undang dalam DUN.

    Adakah kerajaan baru ini boleh berfungsi sebagai kerajaan negeri?
    Sebenarnya boleh dan yang terbaik ialah memberi legitimacy (kesahihan) kepadanya di DUN sekarang. Sebab BN sudah majoriti. BN sudah ada 31 Adun termasuk tiga DUN Bebas. Apa yang hendak ditakutkan. Cuma soalan saya, betulkah yang empat orang itu tidak berubah hatinya. Bak kata pepatah, anak sungai lagikan berubah ini pula hati orang. Jadi sekarang mahu tanya balik. Kalau betul kita majoriti, sebaik-baiknya dibuat petisyen di bawah Peraturan 8 ataupun 18 di dalam kaedah peraturan tetap, diadakan sidang. Speaker kalau tidak hadir pun tidak apa. Sebab petisyen boleh dibantu oleh arahan daripada Sultan mengadakan sidang. Menteri Besar sekarang pun boleh memohon menerusi petisyen, di situ lantik Speaker baru.

    Ada pihak terutama Pakatan Rakyat menganggap masalah kecelaruan politik di Perak boleh diselesaikan jika DUN dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Komen Datuk Seri?
    Itu pilihan mereka. Kalau hendak buat begitu, kini terpulang kepada Sultan Perak. Sekarang setahu saya baginda tidak bersetuju, tidak berkenan untuk bubar Dewan. Kalau Sultan tidak berkenan bubar Dewan, sebaik-baiknya kita memilih Speaker baru. Itu jalannya. Kita gunakan institusi DUN bagi memberi cop legitimacy kepada kerajaan negeri sekarang. Di situ kita boleh dengar petisyen daripada Menteri Besar, petisyen daripada Setiausaha misalnya dan kita buat usul dan diterima. Dan saya percaya akan lulus sebab majoritinya ada, iaitu sekurang-kurangnya satu. Ini yang terbaik

  3. Hampir seluruh rakyat Malaysia kata rampasan kuasa di Perak adalah melanggar Undang-undang Tubuh Negeri.

    Tengku Razaliegh pun kata macam tu. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/20370-dr-m-says-perak-grab-unlawful“>Sekarang, Mahathir pun kata cam tu gak.

  4. http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/03/profesor-dr-aziz-bari-sanggah-pandangan.html

    Ahad, 2009 Mac 08
    Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak

    sedikit Petikan dari web diatas;

    Ujar Prof Dr Aziz Bari;

    “Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya.

    Prof Shad Faruqi diUiTM pun berfikiran begitu. Bahkan engatakan kuasa melantik bermakna ada juga kuasa memecat. Cuma fasal 16(7) Undang2 Tubuh Perak mengatakan seolah-olah MB tidak boleh dipecat namun Fasal 16(6) boleh. maka lebih wajar sokongan majoriti dibuat semasa sidang DUN bukan diluar DUN. Namun ini tidak bermakna sokongan majoriti yang dibuat luar DUN salah disisi undang2 cuma tidak wajar.

    Apakah Sultan Perak dalam keputusannya perlu mengikut kewajaran Prof tersebut atau kewajarannya sendiri. Apakah sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Perak sudah kurang kewajarannya sehingga memerlukan Daginda bertindak berdasarkan kewajaran dan pendapat2 orang lain. Apakah sultan perak kurang Arif dengan Undang2 Tubuh negerinya sendiri?

    Pada saya, jika keputusan Sultan dihormati, masaalah tidaklah timbul. Jika tidak puas hati akan keputusan Sultan mintalah deklarais diMahkamah. Ini tidak, digantung EXCO tersebut kononya melakukan kesalahan terhadap Peraturan Tetap Dewan hnaya kerana menerima perlantikkan Jawatan dari Sultan. Kalau perlantikkan itu sah -dimana pula kesalahan Dato Zambri dan Exconya? Kan sudah kalut. Maka siapa sebenarnya yang merampas kuasa dan siapa sebenarnya yang melanggar undang2 Tubuh?

    Jangan pula kata “Hampir seluruh rakyat Malaysia kata rampasan kuasa di Perak adalah melanggar Undang-undang Tubuh Negeri” Barisan nasional masih memegang tampok pentadbiran. Namun tampok pemerintahan (kedaulatan dan ketuanan ) adalah kepunyaan Raja.

    Suka atau tidak, biarlah Mahkamah yang memutuskan. Tidak kira ianya suatu keputusan yang betul atau tidak, ianya adalah keputusan yang mengikat pihak yang bertikai. Oleh kerana kita bukan pihak yang bertikai, kita berhak kepada pendapat kita walau apapun keputusan mahkamah kelak/nanti. Bukankah ianya pada 20 March ini? Bukan lama lagipun.

    Kita tunggu macam lihat permainan bola. Adakalanya kita tak berpuashati dengan pihak yang menang permainan bola kerana kita merasakan pihak yang kalah patut menang.

    Isu antara lainnya ialah:

    (i) adakah pemecatan Dato Nazri dan exconya sah?
    (ii) Perlantikkan MB dan Exco baru sah?
    (iii) Samada Speaker berhak menggantungkan perlantikkan Sultan yang perkenankan Dato Zambry dan exconya – adakah tindakan speaker salah guna kuasa atau tindakan diluar bidangkuasanya?
    (iv) Kuasa membenarkan sidang DUN kuasa siapa – Sultan atau Speaker?
    (v) Samada tindakan Sivakumar dan kuncu2nya suat u kesalahan mengingkari titah Sultan antara lainnya=
    i.e. 121B dab 124 Kanun Keseksaan
    Menggangu-gugat keselamatan negara – ISA
    salah guna kuasa atau diluar kuasanya.

    Prof Madya Dr abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

  5. Salam prof,

    Bagi saya kurang ilmu ini mohon kuliah dari prof.

    1. Huraian Sidang Tergempar DUN Perak. Adakah sama seperti sidang tergempar parlimen baru-baru ini isu palestin dan di kelantan dahulu pada tahun 1978 hingga berlakunya MAGERAN.

    2. Status Speaker sebagai penjawat awam bagi pandangan prof walaupun Mahkamah Rayuan sebulat suara kata speaker bukan penjawat awam.

    p/s : rasanya prof dah lupa nama MB Perak ke-10. Bukan Dato Nazri… Dato Seri Ir. Nizar. Dato Nazri tu rasa Menteri yang jaga Parlimen. Elok guna nama gelaran penuh sebab anugerah Paduka Sultan. Melainkan dah ditarik balik.

  6. Betullah nama bekas MB Perak adalah Dato Seri IR Mohd Nizar bukan Nazri.. Dalam blog memanglah adakalanya tersilap taip dan seperti SMS lebih gemar menggunakan singkatan. Samalah kalau Professor Madya, kita panggil prof saja sedangkan Prof madya rendah berbanding Prof.

    Samada Speaker adalah Penjawat Awam telah diperjelaskan oleh bekas Yang Arif Mahkamah Rayuan NH chan diblog Kopi Tian bang Nan – dan saya setuju dengan hujah bekas hakim NH Chan sebelum Mahkamah Rayuan putuskan lagi dimana saya katakan;

    “On NH Chan Former Court of Appeal Judge’s view, i do agree, he has validly made his point on whether the Speaker is a public officer or not. Sivakumar has a good chance of succeeding in his appeal.”

    Komen saya itu bertarikh 8hb Mac 2008 di blog kopitiam bang nan > Sunday, March 8, 2009
    Mari belajar undang-undang…

    http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2009/03/mari-belajar-undang-undang.html?showComment=1236570600000#c3422814461905575945

    Saya ulangi sedikit dari apa yang sudah saya komen sebelum ini.

    Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
    Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.

    PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

    Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.

    Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
    enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
    yang di hadapan.”

    Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah memalukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden sehingga dibuat dibawah pokok? Beberapa banyak kapal-kapal perang berlabuh diLumut.

    Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/ kataputus (final say). Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa (kedaulatan & ketuanan) yang ada pada Raja iu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN.

    Perkenan Sultan perlu bukan sahaja bila DUN boleh bersidang bahkan termasuk tempat bersidang. Maka sidang DUN dibawah pokok itu atas perkenan siapa?

    Maka, apakah Raja kita sekadar simbolik atau sememangnya Pemerintah (Ruler) yang berkuasa? Apakah seorang Pentadbir seperti MB dan PM bertindak diatas kepala Raja atau dibawah Duli Yang Maha Mulia?

    Amatilah Kedudukan Raja dalam Rukun Negara dan lagu Negaraku.

    Fahamilah Rukun Negara
    (i) Kepercayaan kepada Tuhan
    (ii) Kepercayaan kepada Raja dan Negara
    (iii) Keluhuran Perlembagaan
    (iV) Kedaulatan Undang2
    (v) Kesopanan dan Kesusilaan

    dan lagu Negaraku!

    Negarakau,
    tanah tumpahnya darahku
    Rakyat hidup bersatu dan maju
    Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
    Raja kita selamat bertakhta.

    Apa yang pelik tapi benar ialah, ramai tidak sedar termasuk yang mengajar perlembagaan itu sendiri siapa Tuan mereka dinegeri-negeri masing-masing diMalaysia.

    Berkenaan dengan penggantungan Gobind – Bukankah sidang parlimen itu sah dan bukankah dibuat ditempat yang sah? Ataupun perhimpunan haram? Pergantungan itu bukankah mengikut peraturan-peraturan Dewan?

    Saya tidak mahu mengulas kerana kuasa Speaker Dewan didalam suatu sidang yang sah dan ditempat yang sah sudah diperjelaskan diakhbar-akhbar.

    Didalam kes Dato Zambry dan Exconya – apakah menerima lantikan dan perkenan Sultan perbuatan melanggar Peraturan Dewan? Malahan, bila pula DUN Perak itu bersidang?

    Biar saya petik dari “Lenggongvalley blog”

    http://lenggongvalley.blogspot.com/2009/02/perak-pakatan-snared-in-own-trap-over.html

    Saturday, February 21, 2009
    Perak Pakatan snared in own trap over Sivakumar’s ‘brilliant’ move…

    We are living in interesting times. Seems that Perak speaker Sivakumar may have just gone a wee bit too far to perform a coup de grace on PR’s stubborn (albeit) foolish hold in the state.

    Read the following excerpt:

    Pakatan Rakyat members are shaking their heads in disbelief over the suspension of Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six exco members by Speaker V. Sivakumar for 18 months and 12 months respectively.

    Even DAP chairman Karpal Singh, a prominent lawyer, is stumped by Sivakumar’s decision to order the suspension.

    Karpal told a press conference at Parliament House in Kuala Lumpur Sivakumar must call for the assembly to meet to endorse his decision to suspend Zambry and six executive councilors.

    He said Sivakumar’s decision must be endorsed by the house.

    He recalled his own experience in 2004, where he was referred to the privileges committee for saying that members of parliament were required to raise their hands before taking their oath of office.

    The committee’s report was tabled in Parliament and Karpal was suspended for six months without pay or privileges.

    Several PR lawmakers here said the move was totally unexpected as they had painstakingly gone through the state constitution and the assembly’s Standing Orders prior to Wednesday’s hearing before the Rights and Privileges Committee.

    “I was shocked upon hearing Sivakumar’s decision. We had discussed about this (possibility of suspending Zambry and his exco members) and strongly advised against it.

    “By doing so, we have fallen into our own trap, akin to stepping on a banana peel planted by ourselves.

    “I honestly do not know whose advice he (Sivakumar) took before making up his mind,” said a PR lawmaker.

    Sivakumar might have just relied solely on Order 89 of the Standing Orders to justify the suspension of the recently sworn-in Barisan Nasional administration.

    Order 89 states that the decision of the speaker upon any point of interpretation of any of these Standing Orders, or upon any matter of practice, shall be subject to a substantive motion moved for that purpose, be final, and the speaker may from time to time issue rulings thereon.

    While this clearly means that the speaker’s decision is final and cannot be challenged, Order 72 which governs the Committee of Privileges must also be taken into consideration.

    Order 72(2) specifically states that when the assembly is not sitting, a member may bring an alleged breach of privilege to the notice of the speaker who may, if he is satisfied that a prima facie breach of privilege has been committed, refer such matter to the committee, which shall report thereon to the assembly.

    The Perak state assembly is not sitting and is only scheduled to do so in April.

    Sivakumar told reporters last Saturday that the findings of the committee would be submitted only at the next sitting of the state assembly.

    Something must have happened after Saturday for him to suspend Zambry and his exco members in such a hasty manner.

    Canning DAP state assemblyman Wong Kah Woh got the ball rolling by writing to Sivakumar asking to hold an inquiry against the seven BN leaders for allegedly violating the sanctity of the Perak constitution by getting themselves appointed as menteri besar and exco members.

    -From NST-

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    Persoalan saya pula – apakah Raja kita sekadar simbolik atau sememangnya Pemerintah (Ruler) yang berkuasa? Apakah Ketuanan dan Kedaulatan Raja-Raja hanya simbolik?

  7. Memahami kekebalan Raja:

    Pindaan Perlembagaan hanya membuka sedikit ruang bagi membincangkan hal-ehwal Raja-Raja didalam Dewan bukannya lessen besar untuk mempertikaikan kedaulatan dan Ketuanan Raja-Raja. Immuniti Raja juga kekal melainkan tindak-tanduk dalam urusan peribadinya terhadap apa-apa kesalahan2 dibawah mana-mana undang2 bertulis Negara. Maksudnya, Raja2 tetap memiliki dan menikmati kedudukan, keistimewaan selari dengan kedaulatan dan Ketuanan Baginda-Baginda Tuanku. Maka jangan beranggappan Raja sekadar simbolik kerana Kuasa sememangnya ditangan Raja2 jelas termaktub didalam Perlembagaan.

    Pandangan NASPAZI (MAC 21, 2009 – http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_naspazi29.html) sukar diterima dan tanpa disertai hujah sebenarnya. Apa yang penting ialah hujah kerana perbezaan pendapat (tafsiran) itu biasa. Saya ada autoriti (nas) saya begitu juga Prof Dr Aziz Bari. saya dengan Prof Dr Aziz Bari tiada masaalah – saya dan beliau dalam suatu Jabatan dan Fakulti yang sama. Kalau Prof Dr Aziz Bari hendak mengulas pandangannya biarlah dia sendiri yang mengulas – beliaukan Professor bukannya awak. Malahan awak juga telah menyalah ertikan pandangan Prof Dr Aziz Bari – rakan setugas saya dalam Fakulti Undang2.
    Beberapa Petikan dari blog awak apa yang Prof Aziz kata;

    “Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat.”

    “Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya.”

    Dalam dua kenyataan Prof Dr Aziz Bari ini cukup sebagai pengendosan akan Ketuanan dan Kedaulatan Tuanku. Naspazi dari negeri mana – takkan tidak ada Tuanku yang memerintah dinegeri itu? Ataupun Naspazi bukan orang Malaysia dari negera yang tak beraja?

    Apakah saya bias atau awak (Naspazi)? Nampaknya, Beginilah, Naspazi sebenarnya tidak faham apa yang dipindapun – baca betul2 ucapan Tun Dr Mahathir sekali lagi apa yang sebenarnya dipinda.

    Petikan (beberapa sahaja) dibawah dari;
    SELAYANG PANDANG KECAMUK POLITIK DI PERAK
    Oleh: Naspazi – 22 Mac, 2009 –
    http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_naspazi29.html
    UCAPAN : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
    JAWATAN: PRESIDEN UMNO / PERDANA MENTERI MALAYSIA
    LOKASI : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
    TARIKH : 18 JANUARI, 1993

    Tuan Yang di-Pertua,
    Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.
    26. Justeru ……….. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.
    27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.
    28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar-benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi-fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.
    37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capacity`.
    38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.
    40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.
    55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.
    60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat

    Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.

    RAJA BERPERLEMBAGAAN TIADA KEKEBALAN
    – Mahathir Mohamed

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamrudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

  8. Kepada Naspazi;

    Prof Shad antara lainnya;
    (i)akur bahawa adalah hak Sultan untuk atau tidak membubarkan DUN;

    (ii)akur adanya ruang dimana undi tidak percaya boleh juga diraih diluar sidang DUN;

    (iii)akur bahawa tindakan wakil-wakil rakyat dan DUN melompat adalah dibenarkan oleh Undang2;

    (iv)terbuka (tanpa memberikan jawapan) dalam isu samada Sultan mempunyai kuasa memecat MB Dato Seri Md Nizar; Prof Shad tidakpun mengatakan pemecatan itu tidak sah;

    (v)akur bahawa MB dilantik oleh Sultan mengikut pandanganya seorang yang berkemungkinan (likely) mendapat sokongan majoriti;
    Prof Shad bagaimanapun tidak memberikan apa-apa jawapan samada perlantikkan MB Dato Zambri sah – tapi Prof Aziz kata tak salah (isisi undang2?) cuma tidak wajar. Berbalik kepada apa yang Prof Shad akur – Sultan melantik MB mengikut pandangannya (budibicara/ kewajaraanya) siapa yang berkemungkinan (likely) meraih sokongan majoriti ADUN – perlu ambil perhatian bahawa Prof Dr Shad (did not rule out) tidak menolak kemungkinan meraih undi sokongan majoriti diluar sidang itu sah;

    Ujar Prof Dr Aziz Bari;
    “Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya
    Komen saya (Dr Abdul Rani) > untuk mengatakan perlantikan Dato Zambri itu tidak salah, pemecatan MB Dato Seri Md Nizar mestilah terlebih diterima sebagai betul dan sah,

    Ujarnya lagi;
    “Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa Sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat.”

    Persoalan saya (Dr Abdul Rani) – jika sudah tidak salah perlantikkan MB Dato Zambri – tak ke sakit (kesalahan jenayah) Speaker DUN Perak dan kuncu2nya bila menggantungkan mereka dari menghadiri sidang DUN dan menjalankan tugas mereka kononya tindakan mereka menyalahi peratutan Tetap DUN. Keputusan Sultan melantik MB Dato Zambri dan exxconyakan tidak boleh dicabar dalam tugas rasminya seperti Prof Dr Aziz sendiri ujar? Tambahan pula, kata Prof Dr Shad, Speaker DUN tidak boleh menghukum ADUN tanpa mendapat pengesahan ADUN disidang DUN – maka penggantungan itu pun tak sah.
    – persoalan saya (Dr Abd Rani) kepada Naspazi > bukankah itu semuanya menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa bila Dato Zambry dan Exconya digantung?

    (vi) mengajukan soalan (tanpa memberikan jawapan) samada Speaker DUN mempunyai kuasa mengatasi Suruhanjaya Pilihanraya yakni apakah Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai kuasa atau tidak mempertikaikan keputusan Speaker. Prof Shad tidakpun mengatakan Speaker berkuasa keatas Suruhanjaya Pilihanraya; Bukanklah ini bermakna ada kemungkinannya?

    (vii) Mengajukan soalan (tanpa memberikan jawapan) samada mencabar (saman) keputusan Sultan suatu perbuatan derhaka?
    Komen saya: jika jawapannya adalah “ya”> bukankah ianya suatu kesalahan samada dibuat atas kapasiti individu ataupun parti politik?

    (viii) Bolehkah Sultan (tanpa memberikan jawapan) disaman dimahkamah terhadap tugas/ keputusan rasmi Baginda? Prof Dr Shad tidak kata bolehpun dan juga tidak kata tidak boleh. Karpal Singh kata boleh (tapi sampai sekarang beiau tidak menyaman Sultan –malahan telah didakwa dibawah Akta Hasutan.

    > Prof Aziz menyatakan Sultan tetap kebal kecuali dalam tugas peribadinya sahaja – maka apahalnya menyaman Sultan? Bukankah ujar Prof Dr Aziz bermaksud Sultan tidak boleh cabar (disaman)?

    (ix) Sidang DUN boleh dibuat ditempat lain –
    – komen saya (Dr Abdul Rani) ialah Sultan tidak boleh membiarkan tiadanya sidang dibuat melebihi 6 bulan. Bermakna kuasa mengadakan sidang sebenarnya (ultimately – kata putus) ditangan Sultan. Maka jika Sultan tidak membenarkan sidang dibuat lagi – apakah sidang dibawah pokok itu boleh ditakrifkan halal atau “perhimpunan haram”?

    Pada pendapat saya, disini Prof Shad (with due respect –saya belajar Undang2 Perlembagaan bahawa Prof Shad sebenarnya ditahun 1984 –ditahun satu) telah “khilaf” (erred). Saya amat menghormati pandangan Prof Dr Shad bekas guru saya, dan begitu juga Prof Dr Aziz, rakan sejabatan dan seFakulti. Hormat-menghormati pandangan suatu sama lain adalah lumrah – tak perlu emosi. Namun, pendapat saya berbeza dalam isu ini – sidang DUN bawah pokok bertentangan dengan Undang2 Tubuh Negeri Perak kerana tidak mendapat perkenan Sultan bahkan dilarang diadakan sama sekali –sebab itulah setiausaha DUN itu “mengunci” Bangunan DUN.

    Penghujungnya, adalah tersasar untuk seseorang mengatakan bahawa pendapat itu bias (senget pandangannya) hanya kerana pendapatnya tidak memihak kepadanya tetapi “terpuji” jika memihak kepadanya. Prof Dr Shad pun dah mengatakan walaupun dengan kekesalan (unfortunately) bahawa lompat melompat adalah sah dan dibenarkan oleh Perlembagaan.

    Apakah Naspazi boleh persetujui dengan saya bekenaan perkara-perkara (statement of agreed facts) berikut?;

    (i)lompat itu sah (Prof Shad);

    (ii)Perlantikkan MB Dato Zambri sah (Prof Aziz)

    (iii)MB dilantik oleh Sultan mengikut pandangannya
    (budibicara/ kewajarannya) seorang yang berkemungkinan (likely) mendapat sokongan majorit (Prof Shad ia, namun Prof Aziz juga?)

    (iv)Penggantunggan Dato Zambri dan exconya tidak sah (Prof Shad kerana perlu mendapat kelulusan semasa sidang DUN)

    (v)Bubar DUN adalah prerogative Sultan (Prof Shad)

    (vi) Sltan tidak boleh dicabar dalam tugas rasminya (Prof Aziz)

    Prof Mdya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (Public law Dept) IIUM

    Dibawah – petikan apa yang dinyatakan Prof Dr Shad Faruqi;

    http://mt.m2day.org/2008/content/view/19676/84/

    AN AVALANCHE OF LEGAL ISSUES

    Posted by admin
    Wednesday, 25 March 2009 08:22
    REFLECTING ON THE LAW By SHAD SALEEM FARUQI (The Star)
    The legal skirmishes triggered by the four Perak assemblymen who defected have sullied the reputations of several hallowed institutions and opened up new legal frontiers where no Malaysian has up to now travelled.
    THE four Perak Assemblymen who slithered down the treacherous slope of defections could not have anticipated the political and legal avalanche they have triggered.
    The punches and counter-punches and the legal skirmishes over issues of procedure and substance are opening up new legal frontiers where no Malaysian has up to now travelled.
    Several constitutional institutions, including the state’s Sultan, the Election Commission, the Attorney-General’s office, the police, the Malaysian Anti-Corruption Commis¬sion, the State Speaker and the Secretary to the State Assembly, have become embroiled in the controversy and have had their good names sullied.
    The judiciary has not been spared.
    When the case first reached the courts, a Judicial Commissioner gave judgments that defy understanding. To have a Judicial Commissioner and not a senior High Court judge presiding over this novel constitutional case was indeed disappointing.
    Hearings were not in open court but in chambers. The Speaker of the Perak Assembly was declared to be a public servant despite indisputable legal evidence that he is exempted from such a definition.
    The Speaker was not allowed to be represented by private lawyers. He was not even allowed to represent himself!
    There was an unbelievable ruling that no conflict of interest existed in the state legal adviser representing the unwilling Speaker against the state government!
    These initial judicial missteps were fortunately corrected on appeal but they left a bad feeling and sullied the reputation of a hallowed institution whose resurgence we were all praying for.
    Defections: As opposed to the stability of the American presidential system, governments in parliamentary democracies often rise and fall because of political defections.
    Unfortunately, the right to disassociate and re-associate is part of the fundamental right to association under the Federal Constitution’s Article 10(1)(c) and the decision in Nordin Salleh (1992).
    We need a constitutional amendment to Articles 10(1) and 48(6). There are eminent legal models available in other Commonwealth countries. MPs and Assemblymen who hop midstream should be required to vacate their seats and seek a fresh mandate from their constituency.
    Dissolution: The right to refuse a premature dissolution is an undoubted constitutional discretion of the Sultan under Article 18(2)(b) and 36(2) of the Perak Constitution.
    We have instances in Kelantan in 1977 and in Sabah in the 90s when requests by MBs for premature dissolution were politely turned down. Judicial authority in Datuk Amir Kahar (1995) confirms the non-reviewability of this discretion.
    Even if it is argued that the Sultan was bound by constitutional convention to pay heed to the advice of the then beleaguered MB, it must be noted that constitutional conventions are not law. They are rules of political morality that are non-enforceable in a court: Government of Kelantan v Government of Malaya (1963).
    Dismissal of MB: This poses more complex issues. Article 16(7) of the Perak Constitution implies that the Sultan has no power to dismiss an MB. An MB’s cessation of office must come about by resignation under Article 16(6):
    “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.”
    The Sarawak case of Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) ruled that lack of confidence may be demonstrated only by a vote of no-confidence in the Council Negeri. Factors outside the Council Negeri are irrelevant.
    The High Court will have to decide whether to follow Ningkan or to distinguish it on many grounds, among them, that in Sarawak in 1966 the Assembly was in session when the Governor sacked Ningkan. In Perak, the Assembly was in adjournment and a vote on the floor was, therefore, not possible.
    The High Court may also note that Article 16(6) does not make any explicit reference to a vote of no-confidence in the Assembly. It uses the words “confidence of the majority of the members of the Assem¬bly”.
    The Privy Council in Adegbenro v Akintola (1963) and the Sabah High Court in Datuk Amir Kahar (1995) have held that factors other than a vote of no confidence can be taken note of in determining the question of confidence, and that there is no limitation to the consideration of factors outside the Assembly.
    There was an additional complication. The Speaker of the Assembly declared that the hoppers had ceased to be members of the Assembly. With them excluded, Nizar disputed the loss of confidence and therefore refused to resign under Article 16(6).
    In such a stalemate, did the Sultan have a residual, prerogative power to dismiss Nizar? In addition could His Highness rely on section 47 of the Interpretation Act that the power to appoint includes the power to dismiss? The court has to decide.
    Appointment of MB: This is a discretionary function but is controlled and structured by constitutional guidelines. The Sultan has to appoint someone who, in his opinion, is likely to command the confidence of the State Assembly.
    If there is a clear-cut leader with the requisite numbers, the discretion of the Ruler is merely nominal. But in an Assembly where no one has a clear majority, (a “hung Assembly”) the Sultan’s personal discretion acquires great significance.
    In this case, the Sultan was obviously of the view that Zamri had the requisite numbers and therefore swore him in. The Sultan relied on face to face, separate interviews with the actors involved. The court will have to determine whether this manner of determination is legally justified.
    Along with the above contentious issues there is a whole range of controversies that the Perak crisis has engendered.
    Powers of Sultan: Can a Sultan be sued in the courts for his official acts? Is a threat to sue tantamount to sedition or treason?
    Speaker’s powers: If open-dated resignation letters have no effect, as was determined in Datuk Ong Kee Hui v Sinyium (1983), can the Speaker still rely on them to declare that four Assembly seats have fallen vacant?
    Is the Election Commission bound by the rulings of the Speaker on this point or can it decide on the issue independently?
    The Speaker of an Assembly is indeed the master of proceedings and procedures in his Assembly, but does his power go so far as to declare seats vacant and to deprive members of their legal right to attend? Is his decision absolutely unimpeachable in any court?
    In India, courts do not refrain from pronouncing on the validity of decisions in the House if human rights or constitutional issue are involved.
    If the Assembly was not under prorogation but merely under adjournment, can the Speaker convene it on his own without an order from the Sultan?
    Who must issue the summons, the Speaker or the Secretary to the Assembly? Does the Speaker have the power to dismiss a disobedient Assembly Secretary?
    Privileges committee: The committee has undoubted powers to try members for contempt. But its decisions are not final and any recommendation to dismiss, suspend or discipline members must be confirmed by the Assembly.
    Immunity of members: There is no legal bar to the Assembly meeting outside its official premises. The constitutional issue is whether those, including the police, who obstructed the Assembly from meeting are liable to punishment by the Assembly for contempt?
    Likewise, are the police and the Anti-Corruption Commission guilty of serious breach of the privileges of the Assembly by questioning the Speaker and Privileges Committee members for their official conduct?
    These are serious triable issues. Our answers to them must not be based on expediency or political partisanship but on well established principles of constitutional law.

    Dr Shad Faruqi is Professor of Law at Universiti Teknologi MARA.

  9. Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    Cut n paste komen saya di blog – http://drhalimahali.wordpress.com/2009/04/01/hujah-peguam-shafee-abdullah-dipatahkan-oleh-ahli-panel-lain/

    HUJAH PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DIPATAHKAN OLEH AHLI PANEL LAIN
    April 1, 2009 at 8:22 am (Bar Council of malaysia, CONSTITUTON OF MALAYSIA
    Rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM

    1. tongkatmusa said,
    April 1, 2009 at 1:56 pm

    Ahli2 panel UiTM akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

    Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

    Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.

    Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
    Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.
    Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahayang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput – namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue – agreed fact)

    Berkenaan Fasal 10 Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan – tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu – 15 Mei 2009. Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu, Fasal 10 Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto)dibawah Fasal 10 undang2 Tubuh Perak untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat. Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.

    Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti – maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

    Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

    Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

    Adakah hanya kerana 3 ADUN – dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan? Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah – maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat – isu ini diperbesar-besarkan.

    Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

    Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu – sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

  10. Hari ini (14hb April 2009) Yang Amat Arif Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan (Federal Court) yang diketuai oleh Presiden Makamah Rayuan (ambil perhatian bahawa Presiden Mahkamah Rayuan juga adalah Hakim Mahkamah Persekutuan) Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin sepakat bahawa Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa mendengar dan menentukan samada keputusan pergantunggan Dato Zambry dan Exconya dari menghadiri sdiang itu mengikut undng-undang atau tidak (sah atau tidak). Sila lawati;

    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404155
    April 14, 2009 20:13 PM
    Zambry Used Correct Procedure To Challenge Speaker’s Suspension – Federal Court
    PUTRAJAYA, April 14 (Bernama) — The Federal Court ruled today that Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors had used the right procedure to challenge their suspension from attending the State Legislative Assembly sittings by Speaker V. Sivakumar.

    Sebelum ini (awal April) mahkamah telah menolak bantahan awal bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidangkuasa menentukan isu peruntukkan dalam perlembagaan negeri hanya isu perlembagaan Persekutuan. Bantahan ini bagaimanapun tidak berjaya kerana Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan sebelum ini memulangkan “paku buah keras” kepada Mahkamah Rayuan yang memutuskan bahawa peruntukkan perlembagaan negeri bukan sesuatu yang boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan.

    Disegi ini, pada pandangan itu ada betulnya namun tidak tepat kerana Mahkamah Rayuan terlupa bahawa bidangkuasa Mahkamah Persekutuan meliputi bukan sahaja bidangkuasa Rayuan (appellate) tetapi termasuk bidangkuasa2 seperti Penyelian (supervisory), bidangkuasa semakan (revisionary) dan bidangkuasa asal (original). Malahan biangkuasa Mahkamah Persekutuan merangkumi dan melewati (goes beyond) apa-apa bidang kuasa yang terdapat pada Mahkamah Tinggi mahupun Mahkamah Rayuan. Maksud saya, Mahkamah Persekutuan tidak sekadar (walaupun kebiasaannya) mendengar rayuan dari mahkamah Rayuan (Court of Appeal) seperti difahami ramai. Lihat Courts of Judicature Act 1964,

    Tidak lama kemudian (9hb April) Mahkamah Persekutuan memutuskan lagi bahawa Suruhanjaya Pilhanraya (dibawah Akta Pilihanraya) adalah kuasa menentu samada terdapatnya kerusi kosong DUN(casual vacancy) bukannya Speaker.

    Kini pula (14th April) , Mahkamah Persekutuan sekali lagi memutuskan bahawa mahkamah persekutuan ada bidang kuasa mendengar dan menentukan samada Speker Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantungkan tugas MB (Dato Zambry) dan Exconya selama 18 bulan dari menghadiri sidang DUN. Dibawah Artikel 44 Undang2 Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) Zambry dan 6 ahli ECO lain — Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Dr Mah Hang Soon memohon deklarasi penggantungan mereka adalah tidak sah dan batal (null and void).

    Halangan demi halangan (melalui bantahan awal) Sivakumar bahawa Mahkamah Persekutuan tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan kuasa Speaker ternyata gagal. Pada pandangan/hujah mereka, Mahkamah (Mahkamah Rendah, Tinggi, Rayuan, Persekutuan) tiada bidangkuasa mendengar dan menentukan samada tindak tanduk speaker yang kononnya kebal berdasarkan Artikel 72 Undang2 Tubuh Negeri Perak (Perak State Constitution) yang menyatakan bahawa kesahan (validity) apa-apa prosiding di DUN tidak boleh dipersoalkan di mana-mana Mahkamahpun.

    Isunya kini ialah Setelah bantahan awal sivakumar gagal, persoalannya sekarang adalah samada Sivakumar mempunyai kuasa untuk menggantungkan MB Dato Zambri dan EXconya. Dalam hal ini apa itu “prosiding” menjadi isu penting?

    Jika Mahkamah Persekutuan memutuskan spekaer tiada kuasa menggantung MB Dato Zambry dan Exconya, bermakna masaalah besar akan menimpa Spekaer kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).

    Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;

    121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
    Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

    121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
    Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

    124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
    Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.

    Maka, apakah pergantunngan MBDatZambry dan EXCONya sah?
    http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2009/02/deterministic-chaos-in-perak.html
    FRIDAY, FEBRUARY 20, 2009

    Deterministic Chaos In Perak

    Here is a news report from the New Straits Times today:
    Karpal stumped by Sivakumar’s decision
    IPOH: Pakatan Rakyat members are shaking their heads in disbelief over the suspension of Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six exco members by Speaker V. Sivakumar for 18 months and 12 months respectively.
    Even DAP chairman Karpal Singh, a prominent lawyer, is stumped by Sivakumar’s decision to order the suspension. Karpal told a press conference at Parliament House in Kuala Lumpur Sivakumar must call for the assembly to meet to endorse his decision to suspend Zambry and six executive councilors.
    He said Sivakumar’s decision must be endorsed by the house.
    Several PR lawmakers here said the move was totally unexpected as they had painstakingly gone through the state constitution and the assembly’s Standing Orders prior to Wednesday’s hearing before the Rights and Privileges Committee.
    “I was shocked upon hearing Sivakumar’s decision. We had discussed about this (possibility of suspending Zambry and his exco members) and strongly advised against it. “By doing so, we have fallen into our own trap, akin to stepping on a banana peel planted by ourselves.
    “I honestly do not know whose advice he (Sivakumar) took before making up his mind,” said a PR lawmaker.
    Karpal’s suggestion that Sivakumar should put the suspension to the Assembly first is echoed on both sides. Perak UMNO Youth secretary Hang Tuah Din cited Rule 72(2) of the Standing Orders stating :
    “when the House was not in session, a state representative could complain to the Speaker of any offences. The Speaker, if satisfied that the offence appeared to have been committed, could refer it to the Rights and Privileges Committee. In turn, the committee must report it to the Assembly”
    “It is clear he (Sivakumar) should have referred the matter to the Assembly, and not made a decision,” Hang Tuah told a press conference.
    Hang Tuah Din’s statement tallies with Karpal’s view.
    According to another comment, by not following the proper procedure, the Speaker has become “the investigator, the prosecutor and the judge at the same time” when such a decision by the Privileges Committees should have been referred to the House.
    The Perak Assembly does not meet until April. Logically the Speaker cannot suspend any member of the Assembly until then. Pending the vote, the MB and the six Excos are not suspended. And when the Assembly sits in April, the MB and the six Excos targeted by Sivakumar must also have the right to vote over their own suspension. Otherwise it is as good as a confirmed suspension already and a mockery of the whole process.
    (Imagine a situation where a Speaker goes berserk and suspends say 28 members of the Assembly. Why not? If the Speaker can suspend six Excos and the MB, why not suspend 12, 18 or 28 members of the Assembly?)
    More importantly if you suspend an MB and six Exco members, how does the State Government function? How does this help the people of Perak? No matter how tasty or distasteful, the State of Perak and its people do not have an effective Government to rule its affairs. Is this what the Speaker Sivakumar really aims to do?
    Granted that Sivakumar has a serious axe to grind with the new MB over the change in the Perak State Government. But that does not justify his present action. Suspending an MB and six Exco members on some excuse that they showed contempt to the State Legislature appears frivolous.
    Again I can smell the presence of His Ineptitudeness here.
    The suggestion that the MB and his Exco take this matter to Court to set aside the suspension imposed by the Speaker is sound. It must be pursued urgently.
    If the Court sets aside the Speaker’s action, it is possible that it will be Sivakumar who is in contempt. This must be thought through extremely very carefully but Sivakumar can also be held in breach of other laws.
    In my view treason against the Sultan is not an issue because Sivakumar has not denied that Zambry Kadir is the new MB of Perak. He recognizes the Sultan’s appointment of Zambry as the new MB. He has merely suspended the MB and six Excos based on procedure which does not seem right.

    Lihat juga;
    http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Frontpage/2484884/Article/index_html

    http://lenggongvalley.blogspot.com/2009/02/perak-pakatan-snared-in-own-trap-over.html

    Sidang bawah pokok pula?

    Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan – tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu pada – 15 Mei 2009. (lihat Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009)

    Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

    Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2.

    Pun begitu,

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, pada pandangan saya jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

    Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

    Maka jika tiada perkenan Sultan, jangan nak kata sidang DUN didewan itu boleh sah, apatahlagi dibawah pokok.

    Baru-baru ini, MB Perak Dato Zambry ada menyatakan disuratkhabar (13hb April) beliau akan meminta perkenan sultan untuk mengadakan sidang DUN dan menasihati Speaker DUN supaya bertindak mengikut Undang2.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang2 Awam) IIUM

  11. Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat “casual vacancy” bermaksud (tersirat) keputusan EC adalah sah disisi undang2. Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat “judicial review” itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.

    Perlu ingat bahawa Mahkamah Persekutuan sudahpun memutuskan bahawa 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN? Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat.
    Tambahan pula, kini penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah.

    Isunya sekarang, apakah tindakan jenayah (pendakwaan) akan diambil terhadap beliau?

    Bermakna masaalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).

    Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;

    121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
    Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

    121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
    Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

    124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
    Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.

    Prof Madya Dr Abbdul Rani Bin Kamarudin.
    Pensyarah Undang2 (Jabatan Undang2 Awam)
    Kulliyah Undang2 IIUM


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: