Posted by: manjanik | Februari 27, 2009

Warkah Untuk Datuk Ibrahim Ali

Assalamualaikum YB Datuk,

Ada dua tiga perkara yang saya ingin utarakan kepada Datuk, mudahan Datuk bersedia untuk menatapnya.

1. Datuk kata Datuk Ahli Parlimen Bebas. Tak apalah. Tetapi adakah Datuk benar-benar bebas atau sekadar bebas menghentam PAS dan Pakatan Rakyat sahaja?.

Selepas Datuk menang di Parlimen Pasir Mas atas tiket dan lambang Bulan, saya tidak pernah mendengar  Datuk mempersoalkan kebejatan BN/Umno berbanding sebelum pilihanraya.

Sebelum Pilihanraya Umum, apa yang Datuk tidak kata kepada Umno danibrahim-ali1 pemimpinnya. Pendek kata mereka menjadi mangsa belasahan Datuk tidak kira siang dan malam. Pak Lah, Najib, Awang Adek, Stopa dan Nuar Musa sudah menjadi sardin dilanyak oleh Datuk. Apakah lanyakan semasa itu adalah kerana Datuk mengampu nak jadi calon?

2. Datuk tak usah bercakap mahu mempertahankan maruah raja-raja melayulah. Bukankah Datuk yang menganjurkan demontrasi menentang KDYMM Al-Sultan Kelantan dan Raja Perempuan di bangunan Umno tahun 1992 dahulu? Apa yang Datuk tidak tulis di sepanduk-sepanduk pada masa itu.

Bukankah Datuk juga terlibat untuk menggoncangkan istana Kelantan dengan dakwaan Al-Sultan Kelantan tidak layak menduduki takhta kerana pewaris yang sebenar  adalah Tengku Iskandar?

3. Datuk sepatutnya menunjukkan setiakawan dengan PAS kalaupun tidak mahu bertegur sapa dengan Pakatan Rakyat. Tindakan dan tingkah laku Datuk sekarang ini seolah-olah sedang mencipta alasan untuk melepas diri dari PAS.

Orang-orang PAS sedih dan marah apabila di atas pentas PASpun Datuk menghentam dan memukul PAS dan pimpinannya.

Cuba Datuk fikir, adakah pemimpin-pemimpin PAS memukul Datuk di atas pentas dan di tempat terbuka selepas Datuk diberi keistimewaan bertanding atas tiket PAS? Tak ada Datuk, tak ada. Mereka menghormati Datuk dan amat setiakawan.

Kenapa Datuk tidak menegur secara setiakawan sekiranya Datuk merasakan pimpinan PAS perlu ditegur? Bukan Datuk tidak boleh bersua muka dengan Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hj Hadi. Datuk boleh jumpa dan boleh berbincang dengan mereka bila-bila masa sahaja. Ini tidak, Datuk mengambil peluang menghentam mereka bukannya menasihati. Datuk memperlekehkan mereka tetapi apabila pimpinan PAS hentam Datuk balik Datuk naik angin. Apa Datuk ingat Datuk seorang sahaja yang betul?

4. Datuk kena ingat, sejarah Datuk bertanding atas tiket Bebas sudah terbukti – kalah. Datuk kalah lebih teruk dari orang lain kalah. Apakah Datuk tidak merasa malu dengan lambang yang tergantung di dada Datuk semasa kempen pilihan raya dulu? Sekarang ini sesenang itu Datuk menghentam dan melanyaknya?

5. Akhir sekali Datuk, cuba Datuk fikir baik-baik dengan fikiran yang lapang dan waras. Sudah 2 kali Datuk mengalami fenomena ini. Pertama semasa Datuk lari dari perjuangan Semangat 46 dahulu dan keduanya, sekarang ini. Apakah Datuk ingin mengulangi sejarah itu lagi?

Apakah sanggup sekali lagi Datuk mengkhianati undi dan kepercayaan rakyat Pasir Mas kepada Datuk? Jangan sampai rakyat Pasir Mas berkata “jenis manusia apa Datuk ini?

Datuk… tidak memadai dengan apa yang Datuk selalu sahaja kata “walaupun mulut aku jahat tetapi hati aku baik”. Jarang berlaku mulut jahat hati baik tetapi biasanya kalau mulut sudah jahat hati lagilah jahatnya.

Cubalah Datuk befikir dengan akal yang dianugerahkan Allah SWT itu dan jangan takbur dengan kebijaksanaannya kerana Allah lagi Maha Bijaksana.

Cukuplah Datuk berfikir untuk Melayu tetapi cuba fikirkan pula untuk Islam. Islam mampu menyelamatkan melayu akan tetapi melayu tidak mampu menyelamatkan Islam.

Selamat berfikir Datuk.

Advertisements

Responses

  1. saya sokong 100%
    takbir….!!!
    letak jawatan LETAK JAWATAN letak jawatan LETAK JAWATAN letak jawatan LETAK JAWATAN
    letak jawatan LETAK JAWATAN letak jawatan LETAK JAWATAN letak jawatan LETAK JAWATAN letak jawatan LETAK JAWATAN letak jawatan LETAK JAWATANletak jawatan LETAK JAWATAN letak jawatan….KALU MU JATE LA!!!

  2. De nyo katok gak, tok leh buak apo.
    Dok ralit nok lompat sokmo.

  3. JOM SIGN PETISYEN TOLAK BRAHIM ALI DI KELATE

    SILA MASUK DI http://www.petitionspot.com/petitions/kelate

    ATAU KLIK SINI -> MASUK

    terima kasih

  4. Saya bukan nak menghukum Ibrahim Ali tapi orang yang macam ni…lahir dari perut Umno memang suka mengambil kesempatan. Tak ada harga diri. Rasanya(pastinya) inilah kali terakhir beliau merasa kemenangan diPilihanraya. Cakap memang tak serupa bikin,,,bikin pun tak seperti apa yang dicakap.
    Letak jawatan kalau betul rasa masa menang dulu tu atas nama Ibrahim Ali…

  5. inilah dunia realiti namanye..ada peluang, rembat terus..nama dapat (tak kisah baik buruk..peduli apa).., untung2 projek pun dapat..betul tak datuk? mana dahan kukuh, situlah tempat sepatutnya kita bergantung..bila agak2 dah nak jatuh..kita bergantung dahan lain pula…macam mana nak naik bergantung..itulah skill tersendiri..tp awas..jangan jadi enau dalam belukar, kacang lupa kulit..

    ambo puji datuk..pasal datuk berpijak dibumi nyata dan pandai ambil peluang..demi untuk kesenangan rakyat kawasan datuk dan orang2 datuk..datuk telah bekorban..apa taknya, macam2 orang kata..sabarlah tok..

    tok sebenarnya orang kata mangsa keadaan…serba salah dibuatnya ye? sendiri makan cili..sendiri pedas lah…kalau tok rasa silap…apa lagi..mohon maaf terbuka la…baru gentelman…

  6. Sebagai pengundi dan sahabat Tok Him, saya terkilan dengan sikap yang tak lekat Unjat beliau. Saya masih teringat waktu Tok Him mula-mula di pecat ketua UMNO bahagian Pasir Mas pada akhir tahun 2004, tak ada orang yang nak berkawan dan bersahabat dengan beliau dari kalangan UMNO bahkan tidak kurang yang memaki hamun nya. Dalam keadaan yang tersepit dan mahu menyambung nyawa politiknya Tok Him cuba mempengaruhi pimpinan PAS agar memberi laluan untuk bertanding di Pasir Mas.
    PAS pada waktu itu masih meragui kesetiaan Tok Him dan tidak memberikan laluan sehingga beliau bertanding atas tiket BEBAS yang berlambangkan Payung.

    Pimpinan PAS selepas pilihanraya tahun 2004 melihat Tok Him adalah aset penting untuk kemenangan di Kelantan akhirnya memberi laluan untuk beliau bertanding atas tiket PAS walaupun pimpinan PAS Kawasan Pasir Mas sebahagian besar tidak merestuinya. Inilah keputusan paling pahit untuk PAS Kawasan, namun oleh kerana ianya keputusan Parti semuanya akur dan bekerja bertungkus lumus untuk kemenangan. Sebagaimana yang di lihat Tok Him mene besar. Selepas kemenangannya, beliau terus mengistiharkan kedudukan di Parlimen adalah atas tiket BEBAS. PAS mengmabil sikap berdiam diri walaupun Tok Him tidak berbincang dengan pihak pimpinan parti.

    Persoalannya selepas mengistiharkan ahli parlimen BEBAS, Tok Him mulai menghentam pimpinan PAS dengan ketara tetapi tidak pula menghentam UMNO dan BN. Kiblatnya mula beralih arah dan panduannya hanyalah tokoh idolanya Tun Dr Mahathir Muhammad. Mungkin strategi Tok Him sama dengan Dr Mahathir pada tahun 1969 dahulu. Mahathir lah segala-galanya bagi Tok Him dan bila Pak Lah berundur dan Najib naik, maka akan lebih terserlah lagi Tok Him untuk bersama UMNO. Najib adalah orang Mahathir dan saya menjangkakan pada bulan April ini Tok Him akan menyertai UMNO. Saya di fahamkan Tok Him akan menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dalam kabinet Dato Najib nanti.

    Kalau lah di takdirkan ini perjuangan Tok Him iaitu mendapatkan kerusi Menteri atau Timbalan Menteri, usahlah bicara soal membela rakyat atau membangunkan Kelantan. Saya melihat bahawa Tok Him lebih mementingkan agenda peribadi dari berjuang untuk rakyat. Itu yang leas……

  7. ni jenis ore gapo pun tak tau lah kawe..buke setakat tak reti malu tp ni jenis baso tak dok muka..

    bakpo gak sedak sangat dok ngata ko ore..tak sedar dek untung nih..

    kalu ore tak tulun dulu..tok rasa bulih naik ko? kalu sero gagoh, letak jawatan, kito wat ngundi semula..

    tak pun..tok perasanlah (SS) nak jadi gapo pun..nak jadi PM ko..jadi TPM ko..tak dok sapo maroh..tok pun kayo doh buke? dok rumah ngasuh cucu jah la..maah tok!

  8. askum tok..macam2 cerita saya dengar. apa nak jadi ni tok..macam ni lah..tok turun je..biar orang kata apa pun..dari orang dok kutuk hari2 mcm ni..tak syok la..

  9. Dia sama ngan Osman Bakar presiden apekemende Melayu tu. Lompat sama dah kawan baikle katakan.
    Ibrahim Ali Pasir Mas-Osman Bakar-Kg Gajah, Perak

  10. Salam Tok Him yang tercinta. Amba bagi pihak penduduk Kampong Bechah Semak amat terharu dengan kebijaksanaan Dato’ bermain politik dan berjaya pula menempatkan diri di Parlimen mewakili Pasir Mas. Sejarah Dato’ yang amba perhatikan terlalu banyak liku-liku dalam mengharungi perjuangan membela rakyat.

    Amba masih ingat lagi tahun 1977, Dato adalah hero membela Dato Nasir tetapi tidak pula boleh bertanding atas tiket BERJASA walau pun Dato Ketua Pemuda BERJASA waktu itu. Kemudiannya tahun 1981 Dato aktif dalam UMNO dan di beri kepercayaan menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas. Namun Pilihanraya 1982 tidak juga boleh bertanding atas tiket UMNO. Lalu Dato berkempen habis-habisan untuk Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Sebagai membalas jasa, Dato di beri mandat menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan.

    Pada tahun 1986 Dato berpeluang bertanding di Parlimen Pasir Mas atas tiket BN dan berjaya menjadi Ahli Parlimen. Tahun 1989 Dato keluar UMNO dan menyokong Tengku Razaleigh yang menubuh Parti Melayu Semangat 46 dan dilantik menjadi Ketua Pemuda Malaysia. Tahun 1990 dengan kerjasama PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah Dato bertanding atas tiket Semangat 46 dan mene dengan majoriti yang besar di Pasir Mas.

    Tidak sampai setahun keluar Parti Semangat 46 dan masuk UMNO. Dato’ di beri jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan sekali gus merampas kerusi Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas dari Dato’ Hj Hassan Ismail (Al Marhum). Pilihanraya 1995 Dato bertanding atas tiket BN dan tewas kepada calun PMS 46 Hj Zainuddin (Sekarang Bendahari UMNO Bahagain Pasir Mas).
    Pada tahun 1999 sekali lagi Dato’bertanding atas tiket BN di Parlimen Pasir Mas dan sekali lagi tewas kepada calun PAS Ustaz Hj Ismail Noh.
    Tahun 2004 Dato dipecat dari Ketua UMNO Bahagian Paasir Mas dan terkontang kanting kesana kemari mencari simpatisme. Lalu Dato bertanding atas tiket BEBAS dan mendapat undi 6 ribu lebih sikit.

    Tahun 2008 Dato di beri laluan oleh PAS bertanding dan di beri lambang bulan walaupun terpaksa mengorbankan perasaan ahli-ahli PAS di Pasir Mas. Bila mene dengan majoriti yang agak besar iaitu 8991, Dato bukannya membalas budi tetapi menghentam PAS dan pimpinannya. Ini menggambarkan bahawa Dato sahaja yang betul, orang lain semua tak betul. Tapi bagi Dato’ hanya seorang sahaja IDOLA yang Dato’ tidak pernah derhaka iaitu TUN DR MAHATHIR MUHAMMAD.

    Saya tidak pasti berapa kali lagi Dato nak lompat sana, lompat sini, yang jelas PAS sudah tidak ada tempat lagi buat Dato’ dan UMNO juga sudah tidak ada tempat. So ke arah mana Dato akan tujui, mungkin ke negeri kayangan bersama-sama AYAH PINN.

  11. baso nate dasa katok

  12. dulu masa ngundi 2008 berehim ali mengaku dia ni katok hijau kononyer,nak bodek rakyat pasir mas,tuih, loni bila dia jd AP dan najib naik PM,sanggup nate ni jual rakyat hok sokong dan undi dia semata-mata nak jilat punggung najib/najis


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: