Posted by: manjanik | Februari 21, 2009

Rafidah Hina Qur’an

Qur'an dijadikan sebagai alat.

Qur'an dijadikan sebagai alat.

Inilah pemimpin Umno. Menggunakan Qur’an bila terdesak. Pun begitu penggunaan yang bagi mereka sudah cukup Islamik ini sebenarnya telah menghina Qur’an itu sendiri. Qur’an bukan untuk dibuat bersumpah. Ianya di turunkan sebagai pentunjuk kepada seluruh manusia.

Kalau setakat meletak Qur’an di hadapan kita  semasa bermesyuarat tidak membawa apa-apa erti selagi kita tidak mengikuti apa yang disuruh dan apa yang dilarangnya.

Qur’an menyuruh kita menjalani kehidupan sebagaimana yang digariskannya. Menutup aurat. Berpolitik secara Islam. Berhias secara Islam. Bersosial secara Islam. Berekonomi secara Islam. Tidak berjudi, minum arak dan berpeleseran.

Oleh itu Rafidah kena jaga tatatertib bila bersama dengan Qur’an. Kena ada wudhuk dan menutup aurat. Tiada keduanya, maka sah suatu penghinaan kepada Kitab Suci itu.

Di mana Ulama-Ulama Umno atau mufti-mufti yang hebat-hebat itu. Tegurlah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dahulu sebelum menegur orang lain. Rosak pemimpin maka rosaklah rakyatnya. Dan apa yang penting jangan pula Ulama yang rosak. Jangan kamu takut kepada pemerintah tapi takutlah kepada Allah SWT.

Haram bagi seorang Islam memeluk lelaki yang bukan suaminya..tapi Rafidah...

Haram bagi seorang Islam memeluk lelaki yang bukan suaminya..tapi Rafidah...

Akhirnya apabila Al-Qur’an sebagai perhiasan dan bukannya untuk dibaca dan diamal maka inilah jadinya….. Tidak menghiraukan lagi soal halal dan haram.

Apa yang jelasnya, Umno hanya menggunakan Al-Qur’an semata-mata demi kepentingan politiknya sahaja. Semasa meminda perlembagaan untuk memansuhkan imuniti Raja-Raja dahulu, Islam juga digunakan bagi menghalalkan apa yang mereka mahukan. Imuniti bercanggah dengan Islam itulah alasannya. Dan apabila mereka mahu menggunakan Raja-Raja semula untuk tujuan politik mereka seperti apa yang berlaku di Perak sekarang ini, alasan derhaka kepada Raja adalah dosa besar.


Responses

  1. …inikah yg islam hadhari ajar eh?

  2. Keji. Sangat keji.

  3. Saya tidak mahu komen Tan Sri Rafidah Aziz yang menghina Al Quran sebab UMNO sendiri pun menolak Al Quran sebagai perlembagaannya.
    Bahkan kalau ada kumpulan yang mahu memperjuangkan Islam yang berdasarkan Al Quran, Hadis, Qias Ijma Ulamak pun di halang dan di tentangnya. Jadi buat apa nak komen tentang Kak Fidah yang hanya meletak Al Quran waktu Mesyuarat Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. Tudung pun tak pakai, Air Sembahyang pun belum tentu ada. Itulah cara pemikiran sekular, guna apa sahaja asalkan matlamat tercapai tanpa memikir halal dan haram.

    Apa yang saya mahu bicarakan dalam komen ini ialah tentang kedudukan YB DATO’ HAJI IBRAHIM BIN ALI yang mana saya salah seorang pengundi dan hardcore yang memberikan sumbangan kemenangan kepada beliau. Tok Guru Pesuruhjaya telah membuka mulutnya meminta supaya Tok Him meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan bertanding semula atas tiket bebas. Soalnya Tok Him tidak lagi boleh bertanding apabila meletakkan jawatan kerana halangan perlembagaan Malaysia.

    Bila Tok Guru membuka mulut sedemikian rupa, maka jelaslah Tok Him telah melanggar tata susila dalam berorganisasi. Kita makan atas rumah PAS, kemudian memburuk-burukkan PAS di kedai-kedai kopi. Bukan salah untuk menegur kepincangan atau kesilapan, tetapi kalau perkara dalam kelambu pun nak royat habis ko orang lagu mana Tok Him? Saya amat terkilan dengan sikap dan pembawaan Tok Him yang sering mengkritik orang lain seoalah-olah dia sahaja yang betul dan orang lain semua tak betul bila bercanggah pendapat dengan nya. Waktu Pilihanraya lepas bermatia-matian menghentam UMNO dan BN. Bila lepas Pilihanraya mula buat onar dan sanggup pula gomo orang yang memberi nyawa semula dalam politik. Jenis tak kenang jasa dan muka tebal tak malu.

    Saya akan terus memberi komen kedudukan Dato Him selepas ni…. banyak lagi yang akan saya dedahkan…tunggu dan lihat.

  4. kawe perasan lamo doh bendo ni…bengong sungguh mek dah..dio ingat Al-Qur’an tu gapo agoknyo. Baik letak tokong depe tu….Aurat tak tutup (hok bulih napok…wuduk ado agaknyo, tak leh komen pasai tak nampok..)..eiii kesian sunggoh pada Al-Qur’an. Sepatutnya pakat baca, hayati isi kandungan,.. ni jadi perhiasan. Pendek kato jaman loni, sapa2 bawa al.Qur’an..maka orang tu baik…pendeknyo akaiii…..Ko guano?

  5. Kalau orang kabo die ikut sekular, dia kata dia ikut islam hadhari. Pikio-pikiolar

  6. dahtu, itu saja yang dia boleh buat… nak buat camana?!!
    mana la tau masih laku. kan makcik kannn!?..
    kalau dah komfom tak laku sok, paling tak pun, orang dah tau makcik ada simpan kitab ni kat rumah. bukan sembarangan makcik tau nih!

  7. Itu namanya menjadikan Kitab Suci Al-Quran sebagai berhala atau tangkal. Boleh jadi syirik.

    Seharusnya kitab suci itu dibaca dan diamalkan ajarannya bukan disembah.

  8. sangat keji

  9. saudara tolonglah tegur si Rafidah kalau berani. silap-silap ken sebiji.

  10. […] Klik Sini Untuk Melihat Posting Berhubung Isu Rafidah Menghina Al-Qur’an […]

  11. basa spesis katak puru…biar dilopat masuk baruh pasih mas…pah 2 kena gala dengan keta gala..pade muka…

  12. aku perasan kes rafidah tu semasa tgk tv 3/4 suku tu …. aku cakap kat orang umah aku…tgk tu orang islam tak hormat kitab suci. malu netul lah ………..jahanam lah UMNO/BN


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: