![]() Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Gantang, Kamarulail Sulaiman sedia memikul tanggungjawab menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk kerusi parlimen Bukit Gantang.Beliau yang juga pensyarah di Kolej Islam Perak berkata, pucuk pimpinan parti perlu memilihnya kerana sebahagian besar 19,000 ahli dari 102 cawangan Umno bahagian Bukit Gantang menyokongnya. “Jangan mengecewakan ahli-ahli parti yang memilih saya menjadi timbalan ketua bahagian. Ini bermakna mereka menyokong saya. “Jadi tidak patut kalau calon BN Bukit Gantang diberikan kepada orang lain,” katanya. Kamarulail berkata, beliau boleh merampas semula kerusi Parlimen Bukit Gantang yang dimenangi PAS dalam pilihanraya umum lalu. Pada 2008, calon PAS, Roslan Shaharum telah mengalahkan calon BN iaitu bendahari Umno Datuk Seri Azim Zabidi.
‘Faham kehendak ahli’ Kamarulail berkata, beliau perlu menjadi ahli Parlimen Bukit Gantang untuk memudahkan tugasnya menjaga dua lagi Dewan Undangan Negeri iaitu Changkat Jering dan Trong. “Kalau saya tidak menjadi ahli Parlimen, bagaimanakah saya boleh membantu Umno bahagian sedangkan saya timbalan ketua bahagian. “Oleh kerana itu saya berharap parti melihat perkara ini dan memberi peluang bertanding dalam pilihanraya kecil. “Kalau tidak pilih saya, siapa lagi. Saya sudah lama dalam parti dan memegang pelbagai jawatan. Saya juga tahu kehendak ahli Umno bahagian ini,” katanya lagi. Kamarulail berkata, seseorang yang hendak menjadi wakil rakyat hendaklah boleh menjaga parti terlebih dahulu. Katanya, beliau telah membuktikan bahawa majoriti ahli Umno di Bukit Gantang menyokongnya sebagaimana yang berlaku dalam pemilihan parti Oktober lalu. HAIRAN sungguh menghairankan. Bagaimana seorang yang menjadi pensyarah di Kolej Islam meminta-minta jawatan. Tak belajar Kitabkah? Dalam Islam, meminta-minta tidak digalakan bahkan dilarang. “Nabi menasihati sahabatnya Abd. ar-Rahman bin Samurah: Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu.” Takkan Kamarulail tak jumpa hadis ni? Kalau yang belajar ugamapun seteruk ini, tak taulah yang tidak belajar agama dalam Umno. Jangan sampai gila-gila nak jadi YB sehingga terlupa apa yang kamu belajar….. Cukup memalukan apabila beliau “mengangkat diri sendiri”. Jarang kita jumpa orang seperti ini. Ini mungkin spesis yang boleh di muziumkan… Terserahlah kepada rakyat apabila beliau benar-benar menjadi calon nanti.. |
Posted by: manjanik | Februari 19, 2009
Timbalan Ketua Umno Bukit Gantang Gila Nak Jadi Calon
Dikirim dalam Isu Rakyat
Kepada semua yang membaca blog ni
saya aamat berharap anda semua dapat mengetahui siapa sebenarnya kamarulail.Beliau merupakan pengunjung tetap sempadan thailand medan dan kaki perempuan.Adakah wakil sebegini yang dikehendaki orang melayu dan bukit gantang? kAMI ADA BUKTI -BUKTI YANG BOLEH MENGAIBKAN BELIAU dan beliau sendiri tahu pekung di dada.Janganlah menutup sebelah mata dan mencontengkan arang di muka Najib lagi sekiranya dia yang menjadi pilihan.Tiada bezanya dia dengan Bill clinton yang hidup dengan byk hubungan sulit.Sekian dan tenungkan kata-kata saya.
By: hamba allah on Februari 19, 2009
at 6:12 pm
Fitnah telahpun bermula dan menjadi darah daging dan hakiki Pakatan Romen…
Saya yakin dan penuh percaya bahawa Kamalulail tidak mungkin bercakap sebodoh macam itu….
Ingatlah bahawa fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh….
By: Pakatan Romen (PR) on Februari 21, 2009
at 7:02 pm
hamba Allah,
Kalau betul ada bukti, kemukakan. Jgn Fitnah. Balasan Allah amatlah berat. Taubatlah. Semua la orang BN masuk neraka, korang je la yang masuk syurga… kan?
“kAMI ADA BUKTI -BUKTI YANG BOLEH MENGAIBKAN BELIAU ” < ini bukan ayat yang patut keluar dari seorang hamba Allah.
tukar la ID anda. tukar kepada ‘hamba Pakatan’. Tak pun ‘hamba abdi/pencacai pakatan’.
By: elizashamsuddin on Februari 25, 2009
at 11:26 am
Betoi ke dia cakap macam tu. Ingat KT..PR tak sama pemilihan parti. Belajorlah dari kesilapan. Yg pentingnya BN mesti menang.
By: anakumno on Februari 25, 2009
at 3:21 pm