Posted by: manjanik | Februari 12, 2009

Lantik Tiga Penasihat MB – Salah Guna Wang Rakyat

IPOH: Bekas Exco Kerajaan Negeri, Nga Kor Ming membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi ini, mendakwa pelantikan tiga penasihat Menteri Besar Perak bertaraf Exco sebagai salah guna wang rakyat.

Dalam laporannya, Nga mendakwa tiada peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri untuk pelantikan itu.

Nga tiba di pejabat SPRM jam 11.15 pagi dan keluar jam 11.40 pagi.

Persoalannya sekarang ini, kenapa ADUN Kubu Gajah, Dato’ Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Omar, ADUN Temengor Dato’ Hasbullah Osman, ADUN Selama Dato’ Hj Mohd Daud bin Mohd Yusoff, ADUN Chenderoh Dato’ Siti Salmah Binti Mat Jusak, ADUN Lintang Datuk Ahamad Bin Pakeh Adam serta yang lainnya tidak terpilih sebagai exco?

Mereka adalah orang lama dan berpengalaman. Apakah Zambry juga mengamalkan sikap memilih bulu dengan  memilih orang yang rapat dengannya sahaja?

Apa perlunya mempunyai sampai tiga orang penasihat dengan meninggalkan Adun-Adun yang telah dipilih oleh rakyat? Sikap membelakangi rakyat inilah yang akan menghukum BN balik dalam mana-mana Pilihan raya selepas ini.

Bagi Adun-Adun yang dipinggirkan oleh BN, berfikirlah secara matang sampai bila sanggup membiarkan diri diperkudakan oleh pemimpin Umno demi matlamat peribadi masing-masing. Fikirkanlah untuk rakyat Perak.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: