Posted by: manjanik | Februari 6, 2009

Krisis di Perak : Pandangan Dr Abdul Rani

Hak bubar DUN adalah hak Sultan, dan hak rakyat untuk mengundi Adun bila ada pilihanraya. Hak memilih MB juga adalah hak Tuanku Sultan. Kedudukan Perak dengan Trengganu tetap sama, Tuanku Sultan boleh jika dia mahu reject juga bakal MB Perak Dato Zambry tapi Tuanku Sultan sudah perkenankan.

Isu yang saya bincangkan adalah dari sudut undang2. Soal rakyat memberikan kepercayaan pada MB Nizar bukan relevan. Apa yang relevan adalah samada dia mendapat kepercayaan majoriti dari Adun2 DUN Perak. MB Nizar sekarang ini mendapat hanya 29 berbanding 32 dari BN (campur tiga bebas yang menyokong). Terpulanglah untuk PKR membuat daya usaha mendapatkan balik ADUN tersebut atau memujuk Aun BN lompat kepihak PKR. Selagi tiada mendapat sokongan majoriti Adun2 DUN Perak, tidak boleh salahkan Tuanku Sultan jika Tuanku Sultan menghendaki MB Nizar letak jawatan dengan rela atau paksa.

Kita tunggu apa keputusan mahkamah nanti samada Adun Behrang dan Changkat Jering sememangnya kosong. Sementara itu, pandai-pandai pujuk-pujuk supaya orang BN lompat ke PKR atau tunggu pilihanraya akan datang. Sementara itu pengundi2 yang merasakan mereka telah dipermainkan boleh pada pendapat saya menyaman dan minta ganti rugi dari ADUN2 mereka kerana mungkir janji pilihanraya(lihat manifesto). Pun begitu, itu bukanlah hal Tuanku Sultan. Maka dimana ketidakadilan dan ketidakbijaksanaan Tuanku Sultan? Apakah perkara ini pun nak dibebankan pada Tuanku Sultan? Malahan PKR sendiri pun boleh saman minta ganti rugi dari ahli mereka yang `belot’. Tunggu apa lagi? Bukankah itu bermakna Tuanku Sultan tidak berpihak?

Masaalah ADUN PKR lompat ke BN itu masaalah PKR dengan Adun2 mereka yang lompat. Terpulang pada PKR nak saman atau tidak Adun2 yang lompat itu. Bukankah itu hak PKR dan pengundi2 mereka nak saman Adun2 mereka? Sebab ada undang2, hendaklah ikut undang2. Apapun ini pendapat dan tafsiran saya – pendapat saya disini tidak mengikat berbanding apa yang mahkamah akan putuskan. Samada pendapat (keputusan) mahkamah kita setuju atau tidak, saya sendiri setuju atau tidak, kenalah patuh. itulah undang2 kalau tidak huru-hara.

MB Nizar sekarang ini mendapat hanya 29 berbanding 32 dari BN (campur tiga bebas yang menyokong BN). Maka dimana silap Tuanku Sultan bila dia membuat keputusan yang MB Nizar tiada lagi mendapat kepercayaan majoriti Adun2 DUN Perak? Apa itu keputusan yang bijak suatu perkara yang relatif.

Oleh kerana Tuanku Sultan sudah tidak perkenankan DUN dibubar, maka dari segi undang-undang tak bolehlah SPR buat piliihanraya. Samada tindakan itu bijak atau tidak adalah persoalan lain – sebab banyak pendapat, nak ikut pendapat siapa? Jika Mahkamah memutuskan kerusi behrang dan changkat jering kosong, bolehlah SPR buat pilihnaraya kecil

Apapun bukanlah untuk kita mencabar kuasa Sultan dengan mengingkari titah dan keputusannya kerana sudah muktamad. Malahan suatu kesalahan dibawah seksyen 121-122 Kanun Keseksaan.

121. Waging or attempting to wage war or abetting the waging of war against the Yang di-Pertuan Agong, a Ruler or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever wages war against the Yang di-Pertuan Agong or against any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, or attempts to wage such war, or abets the waging of such war, shall be punished with death, or imprisonment for life, and if not sentenced to death shall also be liable to fine.

121A. Offences against the Yang di-Pertuan Agong’s person.
Whoever compasses, imagines, invents, devises or intends the death of or hurt to or imprisonment or restraint of the Yang di-Pertuan Agong or any of the Rulers or Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri, their heirs or successors, shall be punished with death and shall also be liable to fine.

121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

Sekian
Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Kulliyah Undang2 IIUM

Advertisements

Responses

  1. saya rasa ada kesilapan prof dgn mengatakan Sultan boleh memaksa MB meletak jawatan. Perlembagan perak mengatakan hanya sidang dun saja boleh berbuat demikian dgn undi tidak percaya.

    di terengganu dulu sultan tidak mahu idris bukan memaksa deris letak jawatan. sampai ada mengugut akan membuat undi tak percaya di dun keatas ahmad said semata2 untuk memalukan sultan.

  2. 1. fakta pun tak betul
    2. Belajar undang-2 kena perjelas undang2lah bukan refer 1 sudut jer…nanti jd bahan provokasi rakyat jer.. patut guna ilmu untuk meminpin..
    3. konsep derhaka x wujud! jgn jd ‘ngok tahap tahap prof kangkung’ sebab fakta salah…1.refer surat ir nizal pada sutan 2.refer perlembagaan 16 (6) gugurlah seksyen 121-122
    4. fakta adun perak – bn n pr pun salah!
    5. bikin jatuhkan maruah ahli akademik je…uia..tak tau nk cakap lagilah…

  3. memang hebat kan undang-undang yg dipakai dinegara kita ini. Siap boleh jatuh hukuman bunuh kalau kita tak sekepala dengan sultan. Walhal, padahal sultan punyer duit poket tu pakai duit kerajaan. Duit kerajaan tu datang dari rakyat Pastu boleh plak nak hukum rakyat sampai hukuman bunuh. ish ish ish, hebat hebat. Korang jawab la nanti sendri bile dah mati. Aku mmg tak sokong undang2 mcm nih.

  4. Pemahaman saya berbeza Yang memerintah adalah Raja, MB dan pasukan exconya mentadbir negara bagi pihak pemerintah setelah mendapat mandat Raja berdasarkan sokongan rakyat padanya.

    Samada Sultan Perak mengikut undang2 adalah persoalan undang2 juga. Yang perlu PKR saman adalah kerajaan Pentadbiran pimpinan MB Dato Zambri dan exconya bukannya Sultan. Mintalah peristiharan dari mahkamah tinggi bahawa perlantikkan MB Dato Zambry dan Exconya dan pentadbiran kerajjan mereka tidak sah tanpa perlunya menyaman Sultan.

    Dalam persolan betul ke Sultan Perak tidak mengikut undang2 bila memecat MB Dato Seri Nizar adalah persoalan undang2. MB Nizar sepatutnya membuat sidang DUN dan lihat samada usul tidak percaya terhadapnya berjaya ke tidak tapi memilih nak bubar DUN namun tidak mendapat perkenan. Bila sudah tiada majoriti di DUN dan dipecat barulah dia nak adakan sidang DUN dan mengatakan bahawa disidang DUN barulah pemecatan itu sah. Bagaimana kini dia nak panggil sidang DUN jika sudah dipecat dan perlantikan MB baru sudah dibuat dan EXCO baru akan dilantik selepas Thaipusam selasa ini? Bekas MB NIzar masih boleh hadiri sidang DUN dengan MB baru dan exco barunya dan jika mahu boleh usulkan undi tak percaya pada MB baru – mudah-mudahan dia/PKR berjaya. Dato Zambri dari BN memimpin pentadbiran kerajaan dengan 31 ADUN (3 bebas menyokong) mendahului bekas MB Dato Seri Nizar/PKR.

    Oleh kerana bekas MB NIzar mahukan DUN dibubar tapi ditolak dan pada masa yang sama sudah tiada majoriti dan tak mahu pula panggil sidang DUN maka Sultan berhak menggunakan kuasa simpannya (inherent power) untuk pecat bekas MB Dato Seri Nizar.

    Sementara mahkamah belum buat keputusan yang memihak kepadanya, Dato Zambri sebagai MB ketika ini adalah sah. namun bukan dengan PKR menyaman Sultan (itu menghina Sultan dalam tugas rasminya) sepatutunya menyaman kerajaan baru pimpinan MB Dato Zambri dan EXCOnya tidak sah. Kita perlu faham tugas Sultan.

    Saya kagum dengan tulisan Raja Petra baru2 ini bertajuk “What More To Say” diMalaysia Today antara lainnya, PKR silap tidak bubarkan DUN semasa memiliki majoriti – sekarang nasi dah menjadi bubur – untuk PKR”. Tapi RP mengingatkan PKR bahawa kalah pertempuran bukan bermakna peperangan sudah tamat dan pinta agar PKR dan wakil-wakil rakyatnya diambil dari orang yang berkualiti dan memilik wawasan (foresight) dalam menyusun perjuangan. RP kata PKR taknak dengar nasihat.

    Sultan Perak adalah bekas Yang Amat Arif Hakim Federal dan bukan dia tak tahu undang2. Tidak boleh dikatakan fahaman Tengku Razaleigh betul dan fahaman Tuanku Sultan salah atau tidak mengikut undang-undang berdasarkan tafsiran kita – lihat nanti apa mahkamah kata – setuju atau pun tidak kena akur.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

  5. Isunya yang menjadi duri dalam daging adalah samada Tuanku Sultan Perak membelakangkan Undang2. Blog “Kerajaan Rakyat” merujuk kepada undang-undang tubuh Negeri Perak sepertimana yang tertulis didalam surat Dato Seri Nizar. Saya cut n paste dari surat tersebut;.

    “Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa

    “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive CouncL.

    Pada tafsiran blog Kerajaan Rakyat, ianya mesti berlaku semasa sidang DUN.

    Saya ada melawati blog ‘lawyer kampung – http://lawyer-kampung.blogspot.com/‘ dan mendapati undang3 tubuh fasal 16 yang dimaksudkan berlainan sedikit dan tidak seperti yang terdapat di dalam surat MB Dato Seri Nizar.

    Saya catitkan saja sebab tak berjaya nak copy kesini.

    “if the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the legislative Assembly, then unless at his request his Royal Highness dissolves the Legislative Assembly he shall tender the resignation of the Executive Council”

    Tidak pasti undng-undang tubuh yang mana yang sahih (authentic). Tapi ada perkataan `members of’

    Pun begitu, berdasarkan undang2 Tubuh negeri Perak sepertimana yang saya perolehi dari blog `lawyer kampung’, undang2 tubuh tidak menetapkan bahawa hilang kepercayaan majoriti ahli-ahli DUN terhadap MB perlu semasa sidang DUN. Maka sebaik sahaja Tuanku pasti MB Dato Seri Nizar hilang majoriti, dan DUN tidak dibubar setelah dipinta, Dato Seri Nizar hendaklah kemukan perletakkan jawatan bersama-sama EXCOnya. Maka saya tidak nampak dimanakah silap Tuanku Sultan Perak?.

    Disini, persoalannya apa ayat-ayat sebenar undang2 tubuh negeri Perak yang sebetulnya. Apakah Tuanku Sultan tidak tahu atau memahami undang-undang tubuh negerinya sendiri? Perlu ingat bahawa Tuanku Sultan adalah bekas Yang Amat Arif Hakim Mahkamah Federal dan amat arif dalam selok belok undang2.
    Sila lawat juga http://malaysiannewsblog.whizz.net.in/?p=101#comment-1713

    yang berpendapat seperti lawyer kampung – Tuanku tidak membelakangkan undang2 Tubuh Negeri Perak.

    Saya amat berterimakasih jika blog Kerajaan Rakyat dapat sediakan scan copy Undang2 Tubuh Negeri Perak dan bukan apa yang diambil dari surat Dato Seri Nizar. Ini adalah supaya perbincangan isu samada Tuanku Sultan Perak membelakangkan undang2 berjalan atas landasan yang betul.

    Adalah teratur jika Pakatan Rakyat (Barisan Keadilan) menyaman Kerajaan Pentadbiran Negeri Perak yang diterajui oleh MB Dato Zambri bukannya Sultan Perak (Badan Negeri). . Sultan hanya menjalankan tugas rasminya. Maka saman pemula seharusnya bertajuk

    Pakatan Rakyat (Pas, Pkr & Dap) lawan Kerajaan Pentadbiran Barisan Nasional Negeri Perak. Biar mahkamah tentukan samada kerajaan tersebut sah atau sebaliknya. Apa relevannya mengheret Sultan dalam masaalah parti politik? Sultan sekadar menjalankan tugas rasminya.

    Undang2 Tubuh Negeri Perak yang saya perolehi dari blog lawyer kampung – saya terjemahkan ke BM
    Jika/ sekiranya MB sudah tiada lagi mempengaruhi keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan Undngan Negeri , maka melainkan atas permintaannya Tuanku Sultan membubarkan DUN beliau hendaklah kemukakan perletakkan jawatan EXCO.

    Perlukah diadakan sidang DUN? Perkataan “members of the Legislative Assembly” bukan “members in”. Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar.? Persoalan samada dia perkenankan bubar DUNitu adalah prerogatifnya (pada timbangan atau fikirannya)- bolehke menang kalau disaman?.

    Persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab itu Dato Seri Nizar mohon bubar DUN. Sepatutnya, Pakatan Rakyat tidak seharusnya mengistiharkan kersusi Behrang dan Changkat Jering tu kosong dan membuang mereka. Itu telah membuat Adun Changkat benggang dan Adun Behrang menjadi berang dan melompat dan menyokong BN sebagai bebas. Inilah punca kejatuhan Pakatan Rakyat. Raja Petra pula diblognya “Malaysia Today – what more to say” mengatakan Hee (DAP) merajuk kerana yang lain mendapat Toyota Camry sedangkan dia tidak dapat. Pakatan Rakyat nyata telah buat langkah2 yang silap sehingga membawa padah.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

  6. Prof Shad antara lainnya;
    (i) akur bahawa adalah hak Sultan untuk atau tidak membubarkan DUN;

    (ii) akur adanya ruang dimana undi tidak percaya boleh juga diraih diluar sidang DUN;

    (iii) akur bahawa tindakan wakil-wakil rakyat dan DUN melompat adalah dibenarkan oleh Undang2;

    (iv) terbuka (tanpa memberikan jawapan) dalam isu samada Sultan mempunyai kuasa memecat MB Dato Seri Md Nizar; Prof Shad tidakpun mengatakan pemecatan itu tidak sah;

    (v) akur bahawa MB dilantik oleh Sultan mengikut pandanganya seorang yang berkemungkinan (likely) mendapat sokongan majoriti;
    Prof Shad bagaimanapun tidak memberikan apa-apa jawapan samada perlantikkan MB Dato Zambri sah – tapi Prof Aziz kata tak salah disisi undang2 cuma tidak wajar. Berbalik kepada apa yang Prof Shad akur – Sultan melantik MB mengikut pandangannya (budibicara/ kewajaraanya) siapa yang berkemungkinan (likely) meraih sokongan majoriti ADUN – perlu ambil perhatian bahawa Prof Dr Shad (did not rule out) tidak menolak kemungkinan meraih undi sokongan majoriti diluar sidang itu sah;

    Ujar Prof Dr Aziz Bari;
    “Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya
    Komen saya (Dr Abdul Rani) > untuk mengatakan perlantikan Dato Zambri itu tidak salah, pemecatan MB Dato Seri Md Nizar mestilah terlebih diterima sebagai betul dan sah,
    Ujarnya lagi;
    “Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa Sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat.”

    Persoalan saya (Dr Abdul Rani) – jika sudah tidak salah perlantikkan MB Dato Zambri – tak ke sakit (kesalahan jenayah) Speaker DUN Perak dan kuncu2nya bila menggantungkan mereka dari menghadiri sidang DUN dan menjalankan tugas mereka kononya tindakan mereka menyalahi peratutan Tetap DUN. Keputusan Sultan melantik MB Dato Zambri dan exxconyakan tidak boleh dicabar dalam tugas rasminya seperti Prof Dr Aziz sendiri ujar? Tambahan pula, kata Prof Dr Shad, Speaker DUN tidak boleh menghukum ADUN tanpa mendapat pengesahan ADUN disidang DUN – maka penggantungan itu pun tak sah.
    – persoalan saya (Dr Abd Rani) kepada Naspazi > bukankah itu semuanya menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa bila Dato Zambry dan Exconya digantung?

    (vi) mengajukan soalan (tanpa memberikan jawapan) samada Speaker DUN mempunyai kuasa mengatasi Suruhanjaya Pilihanraya yakni apakah Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai kuasa atau tidak mempertikaikan keputusan Speaker. Prof Shad tidakpun mengatakan Speaker berkuasa keatas Suruhanjaya Pilihanraya; Bukanklah ini bermakna ada kemungkinannya?

    (vii) Mengajukan soalan (tanpa memberikan jawapan) samada mencabar (saman) keputusan Sultan suatu perbuatan derhaka?
    Komen saya: jika jawapannya adalah “ya”> bukankah ianya suatu kesalahan samada dibuat atas kapasiti individu ataupun parti politik?

    (viii) Bolehkah Sultan (tanpa memberikan jawapan) disaman dimahkamah terhadap tugas/ keputusan rasmi Baginda? Prof Dr Shad tidak kata bolehpun dan juga tidak kata tidak boleh. Karpal Singh kata boleh (tapi sampai sekarang beiau tidak menyaman Sultan –malahan telah didakwa dibawah Akta Hasutan.

    > Prof Aziz menyatakan Sultan tetap kebal kecuali dalam tugas peribadinya sahaja – maka apahalnya menyaman Sultan? Bukankah ujar Prof Dr Aziz bermaksud Sultan tidak boleh cabar (disaman)?

    (ix) Sidang DUN boleh dibuat ditempat lain –
    – komen saya (Dr Abdul Rani) ialah Sultan tidak boleh membiarkan tiadanya sidang dibuat melebihi 6 bulan. Bermakna kuasa mengadakan sidang sebenarnya (ultimately – kata putus) ditangan Sultan. Maka jika Sultan tidak membenarkan sidang dibuat lagi – apakah sidang dibawah pokok itu boleh ditakrifkan halal atau “perhimpunan haram”?

    Pada pendapat saya, disini Prof Shad (with due respect –saya belajar Undang2 Perlembagaan bahawa Prof Shad sebenarnya ditahun 1984 –ditahun satu) telah “khilaf” (erred). Saya amat menghormati pandangan Prof Dr Shad bekas guru saya, dan begitu juga Prof Dr Aziz, rakan sejabatan dan seFakulti. Hormat-menghormati pandangan suatu sama lain adalah lumrah – tak perlu emosi. Namun, pendapat saya berbeza dalam isu ini – sidang DUN bawah pokok bertentangan dengan Undang2 Tubuh Negeri Perak kerana tidak mendapat perkenan Sultan bahkan dilarang diadakan sama sekali –sebab itulah setiausaha DUN itu “mengunci” Bangunan DUN.

    Penghujungnya, adalah tersasar untuk seseorang mengatakan bahawa pendapat itu bias (senget pandangannya) hanya kerana pendapat itu tidak memihak kepada pendapatnya tetapi “terpuji” jika pendapat itu memihak kepadanya. Prof Dr Shad pun dah mengatakan walaupun dengan kekesalan (unfortunately) akur bahawa lompat melompat adalah sah dan dibenarkan oleh Perlembagaan.

    Pandangan NASPAZI (MAC 21, 2009 – http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_naspazi29.html) sukar diterima dan tanpa disertai hujah sebenarnya. Apa yang penting ialah hujah kerana perbezaan pendapat (tafsiran) itu biasa. Saya ada autoriti (nas) saya begitu juga Prof Dr Aziz Bari.

    Apakah Naspazi boleh persetujui dengan saya bekenaan perkara-perkara (statement of agreed facts) berikut?;

    (i)lompat itu sah (Prof Shad);

    (ii)Perlantikkan MB Dato Zambri sah (Prof Aziz)

    (iii)MB dilantik oleh Sultan mengikut pandangannya
    (budibicara/ kewajarannya) seorang yang berkemungkinan (likely) mendapat sokongan majorit (Prof Shad ia, namun Prof Aziz juga?)

    (iv)Penggantunggan Dato Zambri dan exconya tidak sah (Prof Shad kerana perlu mendapat kelulusan semasa sidang DUN)

    (v)Bubar DUN adalah prerogative Sultan (Prof Shad)

    (vi) Sltan tidak boleh dicabar dalam tugas rasminya (Prof Aziz)

    Prof Mdya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (Public law Dept) IIUM
    Hujah balas kepada hujah balas Naspazi (memahami kekebalan raja)

    Dibawah – petikan apa yang dinyatakan Prof Dr Shad Faruqi;

    http://mt.m2day.org/2008/content/view/19676/84/

    AN AVALANCHE OF LEGAL ISSUES

    Posted by admin
    Wednesday, 25 March 2009 08:22
    REFLECTING ON THE LAW By SHAD SALEEM FARUQI (The Star)
    The legal skirmishes triggered by the four Perak assemblymen who defected have sullied the reputations of several hallowed institutions and opened up new legal frontiers where no Malaysian has up to now travelled.
    THE four Perak Assemblymen who slithered down the treacherous slope of defections could not have anticipated the political and legal avalanche they have triggered.
    The punches and counter-punches and the legal skirmishes over issues of procedure and substance are opening up new legal frontiers where no Malaysian has up to now travelled.
    Several constitutional institutions, including the state’s Sultan, the Election Commission, the Attorney-General’s office, the police, the Malaysian Anti-Corruption Commis¬sion, the State Speaker and the Secretary to the State Assembly, have become embroiled in the controversy and have had their good names sullied.
    The judiciary has not been spared.
    When the case first reached the courts, a Judicial Commissioner gave judgments that defy understanding. To have a Judicial Commissioner and not a senior High Court judge presiding over this novel constitutional case was indeed disappointing.
    Hearings were not in open court but in chambers. The Speaker of the Perak Assembly was declared to be a public servant despite indisputable legal evidence that he is exempted from such a definition.
    The Speaker was not allowed to be represented by private lawyers. He was not even allowed to represent himself!
    There was an unbelievable ruling that no conflict of interest existed in the state legal adviser representing the unwilling Speaker against the state government!
    These initial judicial missteps were fortunately corrected on appeal but they left a bad feeling and sullied the reputation of a hallowed institution whose resurgence we were all praying for.
    Defections: As opposed to the stability of the American presidential system, governments in parliamentary democracies often rise and fall because of political defections.
    Unfortunately, the right to disassociate and re-associate is part of the fundamental right to association under the Federal Constitution’s Article 10(1)(c) and the decision in Nordin Salleh (1992).
    We need a constitutional amendment to Articles 10(1) and 48(6). There are eminent legal models available in other Commonwealth countries. MPs and Assemblymen who hop midstream should be required to vacate their seats and seek a fresh mandate from their constituency.
    Dissolution: The right to refuse a premature dissolution is an undoubted constitutional discretion of the Sultan under Article 18(2)(b) and 36(2) of the Perak Constitution.
    We have instances in Kelantan in 1977 and in Sabah in the 90s when requests by MBs for premature dissolution were politely turned down. Judicial authority in Datuk Amir Kahar (1995) confirms the non-reviewability of this discretion.
    Even if it is argued that the Sultan was bound by constitutional convention to pay heed to the advice of the then beleaguered MB, it must be noted that constitutional conventions are not law. They are rules of political morality that are non-enforceable in a court: Government of Kelantan v Government of Malaya (1963).
    Dismissal of MB: This poses more complex issues. Article 16(7) of the Perak Constitution implies that the Sultan has no power to dismiss an MB. An MB’s cessation of office must come about by resignation under Article 16(6):
    “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.”
    The Sarawak case of Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) ruled that lack of confidence may be demonstrated only by a vote of no-confidence in the Council Negeri. Factors outside the Council Negeri are irrelevant.
    The High Court will have to decide whether to follow Ningkan or to distinguish it on many grounds, among them, that in Sarawak in 1966 the Assembly was in session when the Governor sacked Ningkan. In Perak, the Assembly was in adjournment and a vote on the floor was, therefore, not possible.
    The High Court may also note that Article 16(6) does not make any explicit reference to a vote of no-confidence in the Assembly. It uses the words “confidence of the majority of the members of the Assem¬bly”.
    The Privy Council in Adegbenro v Akintola (1963) and the Sabah High Court in Datuk Amir Kahar (1995) have held that factors other than a vote of no confidence can be taken note of in determining the question of confidence, and that there is no limitation to the consideration of factors outside the Assembly.
    There was an additional complication. The Speaker of the Assembly declared that the hoppers had ceased to be members of the Assembly. With them excluded, Nizar disputed the loss of confidence and therefore refused to resign under Article 16(6).
    In such a stalemate, did the Sultan have a residual, prerogative power to dismiss Nizar? In addition could His Highness rely on section 47 of the Interpretation Act that the power to appoint includes the power to dismiss? The court has to decide.
    Appointment of MB: This is a discretionary function but is controlled and structured by constitutional guidelines. The Sultan has to appoint someone who, in his opinion, is likely to command the confidence of the State Assembly.
    If there is a clear-cut leader with the requisite numbers, the discretion of the Ruler is merely nominal. But in an Assembly where no one has a clear majority, (a “hung Assembly”) the Sultan’s personal discretion acquires great significance.
    In this case, the Sultan was obviously of the view that Zamri had the requisite numbers and therefore swore him in. The Sultan relied on face to face, separate interviews with the actors involved. The court will have to determine whether this manner of determination is legally justified.
    Along with the above contentious issues there is a whole range of controversies that the Perak crisis has engendered.
    Powers of Sultan: Can a Sultan be sued in the courts for his official acts? Is a threat to sue tantamount to sedition or treason?
    Speaker’s powers: If open-dated resignation letters have no effect, as was determined in Datuk Ong Kee Hui v Sinyium (1983), can the Speaker still rely on them to declare that four Assembly seats have fallen vacant?
    Is the Election Commission bound by the rulings of the Speaker on this point or can it decide on the issue independently?
    The Speaker of an Assembly is indeed the master of proceedings and procedures in his Assembly, but does his power go so far as to declare seats vacant and to deprive members of their legal right to attend? Is his decision absolutely unimpeachable in any court?
    In India, courts do not refrain from pronouncing on the validity of decisions in the House if human rights or constitutional issue are involved.
    If the Assembly was not under prorogation but merely under adjournment, can the Speaker convene it on his own without an order from the Sultan?
    Who must issue the summons, the Speaker or the Secretary to the Assembly? Does the Speaker have the power to dismiss a disobedient Assembly Secretary?
    Privileges committee: The committee has undoubted powers to try members for contempt. But its decisions are not final and any recommendation to dismiss, suspend or discipline members must be confirmed by the Assembly.
    Immunity of members: There is no legal bar to the Assembly meeting outside its official premises. The constitutional issue is whether those, including the police, who obstructed the Assembly from meeting are liable to punishment by the Assembly for contempt?
    Likewise, are the police and the Anti-Corruption Commission guilty of serious breach of the privileges of the Assembly by questioning the Speaker and Privileges Committee members for their official conduct?
    These are serious triable issues. Our answers to them must not be based on expediency or political partisanship but on well established principles of constitutional law.

    Dr Shad Faruqi is Professor of Law at Universiti Teknologi MARA.

    Pada 30hb Mac 9.30 mlm di TV akan diperbincangkan kemelut Politik diPerak yang dianggotai Prof Dr Shad Faruqi (UITM), Presiden Majlis Peguam yang baru (Kesavan), Peguam kanan (Dato Shafee) dan di pengerusikan oleh Prof Madya Mohd Agus. Adalah lebih baik jika Prof Dr Aziz juga dipanggil turut serta agar pandangan pelbagai pihak dapat didengar oleh semua pihak-pihak.

  7. The Federal Court (5 judges) unanimously held (9th April 2009) that the Election Commission had the authority to determine whether there is or not a casual vacancy.

    Indeed sivakumar is brave enough in thinking that he was above and over the Election Commission.

    Whether wrongly or rightly decided, these 5 Federal Court judges cannot agree with Sivakumar.

    Soalan seterusnya adalah, adakah dia mengatasi Sultan pula bila menggantungkan Dato Zambri dan EXCOnya?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (Public Law) IIUM

  8. Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    Komen saya terhadap rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM – “Krisis Perak” pada 31b Mac 2009

    Ahli2 panel akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

    Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

    Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.

    Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.
    Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

    Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahyang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput – namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue – agreed fact).

    Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan – tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu – 15 Mei 2009.

    Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

    Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu,

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
    Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

    Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto) dibawah Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat.

    Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak

    Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti – maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

    Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

    Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan kononya tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

    Adakah hanya kerana 3 ADUN, Sultan dikehendakai bubar DUN? Dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan?

    Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah – maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat – isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

    Saya dah berulang-ulang kali mengatakan bahawa jika pengundi2 merasakan mereka telah ditipu dan tertipu dengan calon DUN mereka – bukankah yang “menipu” adalah calon tersebut – dimanakah salah Sultan? Adakah calon tersebut disarankan Sultan atau PKR/DAP? Siapa yang cuai dalam mencalonkan ADUN2 yang melompat tersebut? Maka siapa sebenarnya cuai – Sultankah?

    Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu – sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: