Posted by: manjanik | Februari 4, 2009

Keputusan Bubar atau tidak, esok

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin memaklumkan, Sultan Perak dijangka akan membuat keputusan berhubung dengan permohonan beliau untuk membubarkan Dun Perak besok.

Beliau berkata, Sultan Perak meminta tempoh untuk membuat keputusan permohoan itu untuk membolehkan beliau membuat rujukan terhadap beberapa perkara.

Nizar memberitahu perkara ini kepada pemberita yang menyerbu beliau selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan PAS, Exco dan Adun Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Perhubungan PAS Perak dekat sini.

Menurut Nizar, pertemuan itu berjalan dengan baik sekali dan beliau amat terharu dengan cara Sultan Perak mengendalikan hal ini.

“Saya amat terharu apabila di hujung pertemuan itu apabila Baginda Sultan berkata kepada saya dengan membaca satu potong ayat Al Quran,” katanya. Ayat itu yang bermaksud “Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.”

Sumber: Siasah

Advertisements

Responses

  1. Disini adalah sekadar pandangan sepintas lalu saya, dan tentunya tertakluk pada apa yang terkandung didalam akta berkaitan pilihanraya. Persoalannya, apakah Pengerusi dikehendaki mengadakan pilihanraya kecil? Apakah suatu pilihanraya hendaklah dibuat sebaik sahaja mendapat notis kekosongan kerusi dari speaker dewan undangan negeri? Pada pendapat saya (tertakluk kepada tafsiran sebenar yang Mahkamah akan tentukan jika dibawa ke Mahkamah), tafsiran sebegitu pada pendapat saya terlalu simple untuk diterima. Apakah, Pengerusi SPR tidak ada budibicara atau hak mentafsirkan apa itu `kerusi kosong’? Apakah hanya kerana speaker dewan undangan negeri menghantarkan notis ada kerusi kosong, maka kerusi tersebut dikira kosong dan pilihanraya kecil hendaklah dibuat?

    Perlu diingatkan bahawa piihanraya melibatkan perbelanjaan yang bukan sedikit dan tidak seharusnya dibuat sewenang-wenangnya kononya ada kerusi kosong. Apa istilah dan makna `kosong’ itu sendiri perlu difahamakan mengikut apa yang Mahkamah faham atau putuskan. Sesuatu istilah ‘kosong` tidak sepatutnya dalam hal ini dilihat secara literal (terurat) tetapi secara tersirat juga. Maka pada pandangan sepintas lalu saya, `kosong’ hendaklah bermaksud, kerusi itu kosong akibat kematian wakil rakyat tersebut, atau disebabkan sabitan kesalahan jenayah atau menjadi orang muflis yang menghendaki mereka letak jawatan, atau sah mereka itu letak jawatan. Mengatakan kerusi itu kosong berdasarkan mereka-mereka itu `hilang’ beberapa hari saja, pada saya suatu tafsiran yang kelakar (absurd). Perlu ingat bahawa Akta Tafsiran seksyen 17A menghendaki sesuatu tafsiran itu menggunakan pendekatan maksud (purposive approach) bukan sekadar maksud yang tersurat. Maka wajarkah kehilangan mereka beberapa hari dianggap sebagai wujudnya kekosongan kerusi? Notis speaker tidak sepatutnya diterima bulat-bulat, Pengerusi SPR perlu memastikan sebab kekosongan iaitu adakah sebab kematiannya, menjadi bankrap (muflis), disabitkan dengan kesalahan penjara, atau perletakkan jawatannya kerana sakit dan lain-lain lagi bukan sekadar hilang beberapa hari?

    Izin kan saya menambah sedikit lagi penjelasan saya jika terdapat kekurangan. Suatu surat kononya perletakkan jawatan yang ditandatangani March lalu (Mac 2008) bolehkah ianya diterima pakai? jika boleh, bila pula tarikh dan masanya, adakah pada bulan Mac 2008 atau bila-bila suka? Apakah perbuatan ini sah atau perletakkan mereka suatu paksaan? Apakah perletakkan jawatan secara paksaan boleh dianggap sah? Karpal Singh pun akur bahawa sudah ada keputusan Mahkamah dalam isu ini. PKR juga memilih untuk membubarkan DUN berbanding mencabar keputusan SPR diMahkamah. Maka apa mahkamah akan putuskan sudah boleh dijangka disegi kedudukan dan sudut undang-undang. Dalam perletakkan jawatan kedua ADUN tersebut, Mahkamah perlu fikirkan samada mereka itu sebenarnya meletak jawatan.

    Persoalan yang berbangkit adalah, samada Pengerusi SPR terikat dengan notis Speaker Dewan Undangan Negeri adalah persoalan undang-undang. Speaker DUN menggunakan undang-undang lain, dan Pengerusi SPR memakai undang-undang lain. Kedua undang-undang yang bertembung itu mesti dibaca dan maksudnya perlu diseimbangkan. Kedua-dua ADUN itu menafikan mereka letak jawatan. Pun begitu, secara tumpul, bolehkah seorang speaker DUN `memperdayakan’ SPR bahawa terdapatnya kerusi kosong? Betul ke kerusi tersebut sebetulnya kosong? Jika tidak, apakah perbuatan tersebut suatu kesalahan? Speaker DUN, SPR dan ADUN berkenaan (jika mana-mana dari mereka mahu) boleh medapatkan ketentuan dimahkamah samada kita suka atau tidak, `betul’ atau `tidak’ keputusan mahkamah. Keputusan mahkamah samada `betul’ atau `tidak’ mengikut pandangan seseorang tetap suatu ketentuan yang mengikat. Begitu juga, ketentuan mahkamah tidak semestinya ketentuan (pendapat) saya, hanya cuma ketentuan mahkamah mempunyai kuasa mengikat sedangkan ketentuan saya adalah sekadar pendapat. Pengamal undang-undang yang lain, pendapatannya mungkin lain pula.

    Dalam isu pembubaran pula – seseorang wakil rakyat ADUN yang mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN yang lain tentunya akan mengadap (nak tunggu apa lagi) Tuanku Sultan meminta perkenan diberikan padanya mandat mentadbir negeri Tuanku bagi pihak Tuanku dan dibawah Tuanku Sultan tertakluk pada sumpah akan membuatnya dengan amanah dan menjaga rahsia negeri (kiranya minta kerja/jawatan). Selalunya ( tidak semestinya) Tuanku Sultan akan perkenankan kerana ADUN tersebut disukai rakyat dan seharusnya Tuanku Sultan akan menyukainya juga. Mungkin Tuanku Sultan tidak menyukainya dan tidak memberikan perkenannya (contohnya Trengganu) walaupun rakyat menyukainya atas sebab Tuanku Sultan mengetahui sesuatu yang rakyat secara amnya tidak ketahui. Sebabnya tidak semestinya Tuanku Sultan dedahkan (rahsialah tu). Apapun perkenan Tuanku Sultan memberikan perkenan adalah atas apa yang Tuanku Sultan fikir wajar iaitu `pada fikiran ataupun timbangan’ Tuanku Sultan. Ianya bukan hak orang yang memohon perkenan – secara mudah, perumpaannya seperti kemahuan CEO syarikat samada nak mengambil seseorang berkerja sebagai Pengarah Urusan (Managing Director) dalam syarikatnya.

    Berbalik kepada MB Perak, oleh kerana belum ada keputusan Tuanku Sultan, wajarlah dia teruskan kerjanya sebagai MB bersama EXCOnya kerana status qou belum berubah. Sebaiknya adalah untuk Tuanku Sultan mengarahkan MB Perak memanggil supaya DUN Perak bersidang segera dan kemudiannya melihat samada undi tidak percaya terhadap Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berjaya atau tidak. Dengan ini, Tuanku Sultan boleh dengan mudah buat keputusan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2, IIUM


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: