Posted by: manjanik | Februari 2, 2009

Bubarkan DUN Perak

Melihat kepada kemelut yang sedang melanda kerajaan Negeri Perak sekarang ini, adalah lebih baik sekiranya tindakan membubarkan DUN dibuat. Ini kerana selagi Kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai jumlah kerusi yang perbezaannya amat kecil, BN/Umno tidak akan mendiamkan diri untuk merampas negeri tersebut.

Mempertahankan kedudukan yang tidak stabil merupakan suatu kesilapan. Jalan paling baik ialah membubarkan DUN. Perak bukan Kelantan.

Pakatan Rakyat Perak tidak perlu gusar dan bimbang terhadap sokongan rakyat terhadap mereka. Sekarang inipun rakyat cukup meluat dan marah dengan cara Umno Perak mengkucar kacirkan negeri tersebut sedangkan mandat telah diberikan rakyat kepada PR.

Umno Perak seolah-olah tidak dapat menerima kekalahan mereka ditangan rakyat. Mereka berusaha dengan apa cara sekalipun untuk merampasnya kembali. Dan kini terbukti kerja jahat mereka sedang dilaksanakan.

Dalam keadaan sekarang ini, simpati rakyat terhadap PR amat tinggi. Apatah lagi cara Kerajaan Pusat dan BN/Umno menangani masalah rakyat amat buruk sekali. Mengumpan pengundi dengan kebendaan bukan zamannya lagi. Hanya segelintir ahli-ahli Umno sahaja yang “telan dengan mata kail sekali”. Yang lainnya hanya memakan umpan sahaja. Rakyat sudah cerdik dan Umno tidak mampu menggula-gulakan rakyat lagi.

Begitu juga apabila diteliti kepada sokongan golongan muda. Terbukti mereka amat teguh dengan kepercayaan dan pegangan kepada Pakatan Rakyat. Kita ambil contoh, dari 11 Peti undi di DUN Changkat Jering, hanya satu peti undi sahaja undi orang muda BN mengatasi PKR iaitu Peti Undi Air Kuning. Selain daripada itu majoriti besar undi orang muda memihak kepada PKR.

Ini bermakna trend pengundi muda yang bersama dengan PR akan terus menerus berlaku sebagaimana di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Tidak ada tanda-tanda mereka akan berubah kepada BN diwaktu terdekat ini. Dan BN kena mengakui fakta tersebut.

Jadi, tindakan membubarkan DUN Perak adalah langkah terbaik untuk “melepaskan rakyat berhadapan dengan BN/Umno”. Biar rakyat yang menggayang Umno sekiranya pemimpin mereka masih tidak faham bahawa rakyat sudah membenci Umno/BN.

Walau bagaimanapun sekirannya pihak PR enggan mengambil tindakan nekad ini, maka sudah pasti ianya akan berhadapan dengan masalah besar bahkan boleh jadi hilang kerajaan PR di Perak. Fikirkan lah….

Advertisement

Respon

  1. ok gak tu…

  2. SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
    { Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD } · { Komentar }

    ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL – FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
    TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
    MASA: 8.00 PAGI – 11.45 MALAM
    TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.

    ATURCARA:
    7.30 pagi : Ketibaan para peserta
    7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato’ Pengarah JAKIM, Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa

    8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.

    9.15 pagi : Minum pagi

    9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
    Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad

    10.45 pagi : Rehat

    11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
    Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama

    12.45 t’hari : Makan tengahari dan shalat zohor

    2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
    Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim

    3.15 petang : Rehat

    4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.

    *************
    Ceramah Khas – مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)

    7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar

    8.15 malam: Majlis bermula – bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab

    11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba’ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa

    11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.

    Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
    Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
    Ustaz Muhadir: 012 – 697 3893

    http://pondokhabib.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: