Posted by: manjanik | Januari 31, 2009

Erdogan Canggah Peres

Wahai Racep Tayyip Erdogan! Engkaulah Wira Umat Islam.

Kita sesungguhnya bangga dengan apa yang telah dilakukan oleh Erdogan Perdana Menteri Turki apabila beliau berani menyanggah dan menyelar sikap Perdana Menteri Israel yang mempertahankan serangannya ke atas Palestin baru-baru ini.

Walaupun beliau seorang Perdana Menteri sebuah negara sekular tetapi sanggup membela rakyat Palestin yang tertindas. Lain pula dengan Perdana Menteri negara ini yang bukan sahaja mengaku sebuah Negara Islam tetapi juga Pengerusi OIC yang Umno bangga-banggakan hanya membela seperti lepas batuk ditangga sahaja.beliau tidak pernah memanggil mesyuarat OIC dalam keadaan umat Palestin tertindas seksa.

Tindakan Erdogan yang menyelar para peserta Forum Ekonomi Dunia(WEF) di Davos Switzerland kerana memberi tepukan di atas ucapan Perez yang menyembelih umat Palestin amat kita banggakan. Apatah lagi apabila beliau bertindak meninggalkan Forum tersebut kerana diminta meringkaskan ucapannya yang membela umat Palestin.

Pemimpin seperti inilah yang sepatutnya memimpin umat Islam bukannya pemimpin yang tidor sepanjang masa.

Tindakan Berani.....Erdogan berjalan keluar melintasi Peres yang terpaku di atas tindakan Erdogan yang menyanggahnya.

Tindakan Berani.....Erdogan berjalan keluar melintasi Peres yang terpaku di atas tindakan Erdogan yang menyanggahnya.Syabas kita ucapkan dan beliau adalah wira kita umat Islam....


Respon

  1. Erdogan, begitulah nama baru yang sedang meningkat naik sebagai pembela umat Islam dari di tindas. Banyak halangan dan dugaan yang terpaksa beliau tempuhi sebelum dan selepas bergelar Perdana Menteri Turkey atas nama parti AK. Sebelum ini nama beliau tidak begitu terserlah banyak pandangan-pandangan negatif terhadapnya oleh pihak barat sehinggakan sampai kini Turkey masih di awang-awangan untuk menjadi Negara Kesatuan Eropah (EU).

    Kepulangan beliau dari sidang Davos di sambut begitu meriah oleh rakyat Turkey. Kita mengharapkan usaha Erdogan menyanggah Mustakbirin Yahudi dalam sidang di Davos dapat di sambut dan disokong sepenuhnya oleh seluruh umat Islam di dunia. Kalau Erdogan sanggup membakar dirinya menentnag Yahudi Laknatullah, mengapa kita hanya mengambil sikap sambil lewa menentang Yahudi.

    Saya menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri Kelantan yang bersetuju membantu anak-anak dari Palestin untuk menyambung Pelajaran. Sesungguhnya usaha ini amat penting di realisasikan sama oleh Negeri-negeri PAKATAN RAKYAT kalau pun pusat tidak mahu berbuat demikian. Selain daripada usaha-usaha lain bagi membantu rakyat Palestin, usaha ini juga boleh meringankan beban mereka. Di sini saya suka cadangkan peranan Tabung Tok Kenali, Perbadanan Menteri Besar (PMBK), Salor Care, Kijang Care, yayasan Amal, ABIM dan pelbagai pertubuhan NGO boleh memainkan peranan dalam pengurusan bantuan memberi pendidikan kepada anak-anak Palestin.

    Kalaulah Erdogan yang berani berdepan dengan Peres bapak Yahudi, kenapa kita umat Islam harus berdiam diri. Kalau nak harap kepada UMNO, saya dapat rasakan sudah tentu keadaan anak-anak Palestin sepertimana sekarang dan tidak akan berlaku perubahan. Justeru itu marilah sama-sama kita membantu Palestin saudara Islam yang bernasib malang ini. Takbir.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: