Posted by: manjanik | Januari 29, 2009

Tajol Rosli Marah Wartawan?

……Bercakap kepada pemberita di sini, Tajol Rosli menyelar sebuah akhbar hari ini yang melaporkan beliau telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak.

“Saya terperanjat dengan laporan itu. Akhbar itu memang tidak beretika. Selama ini hubungan saya dengan wartawan memang baik tapi hari ini saya memang marah dengan akhbar itu”.

Ha ha ha ha ha…….lucu betul dengan Si Tajol ni. Baru dia tau langit tinggi rendah bila penangan media terkena batang hidung sendiri.

Sebelum ini macam-macam ulasan dan tomohan dilemparkan kepada pemimpin pembangkang terutamanya di sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini.

Isu Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dengan juru gambar media bagaikan nak “rak” dimainkan oleh pemimpin Umno khususnya di Perak. Seolah-olah Menteri Besar itulah yang bersalah dalam hal ini.

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lainnya. Pendek kata tiada seorangpun terlepas dari penangan media dalam Negara ini. Hatta perkara yang tiadapun diada-adakan. Sebab itulah majoriti rakyat sudah muak dan tidak mempercayai lagi akhbar-akhbar milik kerajaan.

Kini, Tajol mula merasai apa yang dirasai oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Walaupun begitu “penangan” itu sangat kecil jika nak dibandingkan dengan apa yang pernah dilemparkan kepada Pakatan Rakyat. Itupun Tajol sudah terperanjat… samada terperanjat beruk ke tidak, tak kisahlah tetapi si Tajol sudah terperanjat.

Tajol juga marah. Marah kerana wartawan tersebut tidak beretika. Suatu pertanyaan kepada Tajol dan wartawan-wartawan tertentu serta editor-editor tertentu, bila masanya mereka ada etika????

Seorang wartawan dari Kelantan yang menulis berita mengenai titah DiRaja semasa pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini memberitahu bahawa beliau tidak menulis seperti mana yang tercetak di akhbar tersebut mengenai isu “Sultan Murka” kepada kerajaan Kelantan.

Jadi siapa yang ubah kalau bukan pihak atasan akhbar tersebut? Ada etikakah begitu dan sampai ke hari ini akhbar tersebut masih belum memohon maaf.

Saya mencadangkan supaya wartawan dari akhbar tersebut dihalang dari memasuki Dewan Undangan Negeri pada masa akan datang sehingga majikan beliau memohon maaf kepada Dewan.

Sebuah pengajaran perlu diutamakan kepada orang yang tidak beretika. Jadi kepada Si Tajol adalah diharapkan peristiwa ini dapat dijadikan suatu pengajaran dan menerima dengan penuh keinsafan bahawa kawan-kawan politik lain juga mengalami peristiwa yang sama.

Sabarlahhhh……

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: