Sumber: Sinar Harian
PADANG TENGKU – Kerajaan negeri memberi peruntukan RM50,000 kepada jawatankuasa pembinaan Tokong Guan Yin, di sini bagi meneruskan operasi pembinaannya yang tertunda sekian lama.
Peruntukan itu disampaikan Ketua UMNO Bahagian Lipis, Abdul Rahman Mohamad kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan tokong itu, Datuk Bong Jau Chong.
Jau Chong berkata, sumbangan itu dapat meneruskan pembinaan selepas lama terganggu kerana menghadapi masalah kewangan.
Beliau berkata, projek pembinaan itu dimulakan sejak 2004, tetapi masih belum disiapkan kerana berhadapan dengan krisis kewangan.
“Kerja pembinaan terhenti dan hanya dilaksanakan apabila kewangan mencukupi. Oleh itu, ia masih gagal disiapkan meskipun hampir empat tahun projek itu dilaksanakan,” katanya ketika ditemui, di sini.
Jau Chong berkata, beliau percaya kerja pembinaan akan diteruskan setakat termampu bergantung kepada jumlah peruntukan yang diterima itu.
“Apabila tokong ini siap kelak, ia akan digunakan hampir 1,000 penganut agama Buddha seluruh Lipis dan kawasan berhampiran,” katanya.
Katanya, penduduk tidak perlu pergi jauh ke tokong lain untuk melaksanakan upacara keagamaan mereka.
PERSOALANNYA: Bolehkah sebuah Kerajaan yang di dakwa Negara Islam @ orang Islam turut menyumbang kepada pembinaan Tokong?
Tinggalkan Jawapan